Showing posts with label Freebies. Show all posts
Showing posts with label Freebies. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Surprise! Surprise! Surprise!

Wahahaha!!! Tajuk entry bukan kemain lagi macam ko tu Oprah nak bagi kereta sorang sebijik. Instead aku yang nak Oprah bagi aku kereta tu! Huh!

Korang ingat tak lagi entry pasal ni??

Ingat tak? Ingat tak?? Dimana dulu Starstruck ada mengumumkan nak bagi freebies dekat readers2 dia yang bertuah? Tapi time tu still tak decide cara apa yang aku nak buat supaya nak bagi kat korang2 ni sama ada dalam bentuk lucky draw ke buat slogan paling kreatif ke tapi yang pasti bukan contest. Kenapa bukan contest? Sebab this blog is too 'young' for that. Tapi maybe someday aku akan jugak buat contest. Maybe someday.  ^ ^ 


So what happened too StarStruck Freebies setelah SEBULAN (Lamanya!!) menghilangkan diri? Tak jadi ke?? postpone ke? Or ni just propaganda terbaru dari blog ni ke? LOL! Tak de lah. It's just matter of time. Sekarang dah ada sedikit time ni meh kita selesaikan benda ni right now jugak!! Wahahaha.

Lawa betul poster ni! =P

So remember the prizes???? Tak? Sah tak klik link yang aku bagi kat atas. Kantoi~~. Tak pelah, tak pelah supaya tak nampak muka ke'kantoi'an korang tu meh aku tunjuk lagi sekali.

Tada!!

Key chain beruk yang comel!!
You know what?? There will be no lucky draw, slogan kreatif and blah, blah, blah. Aku akan bagi terus je. And those lucky 3 winners are... 

Lalalalalala (excited tak??)

Tada!!

This print screen was taken on 14 November at 10.30PM.
So kepada tiga orang diatas, sila email kan your details seperti:

a) Nama
b) Alamat Kediaman

Dan hantarkan nya ke mycahana@yahoo.com

Tapi jangan ingat bila dah hantar semua details. Esok terus sampai! LOL! Btw thanks guys sebab rajin drop your komen dekat blog ni. Ni je lah mampu aku beri.

Siapa2 yang tak dapat Freebies ni jangan lah bermuram durja ye. Because there will be a second season of StarStruck Freebies!! LOL! Ingat drama apa. Maybe time tu kita buat ala2 lucky draw ok tak?? Just wait and see. Owh hadiah mesti kena lagi mantap dari yang ni. Adalah naik seringgit dua nilai dia. ^ ^

Saturday, October 9, 2010

StarStruck Freebies Is Officially Launched!!

Wah!! Tak sangka ada jugak yang peduli pasal Freebies yang aku nak buat ni. Terharu!!! T___T. Maklum lah siapa lah yang kisah pasal kewujudan blog yang tak seberapa ini. 

*Mood Kembali Ceria*

So sekarang aku nak tunjukkan kan dekat korang semua the official promotional poster untuk freebies yang julung2 kalinya dianjurkan dekat dalam blog ni. Tepuk tangan semua!!* Sambil potong reben*

Handmade ni weh!! Exclusively design by WZ for you! LOL!

Bila korang dah tangok poster dekat atas yang macam ala2 *cough* professional *cough* tu. Korang jangan lah pulak fikir "Wow!! Grand gila poster. Mesti freebies dia pun lumayan2 jugak". Kalau ada yang fikir macam tu tolong lah banyak2 kan bertaubat. Sebab salah sangkaan anda itu. 

For your information. Event ini ditaja sepenuhnya oleh seorang student yang still berhutang dengan PTPTN sehinggakan dia begitu desperate nak dapatkan first class honour supaya hutang tersebut hilang begitu sahaja. - -". So agak mustahil untuk dia sponsor hadiah macam purfume Hugo Boss ke atau pun Voucher Kamdar bernilai 50 hinggit.

So ini aje yang dia mampu offer for all your priceless support selama ini. Maaf!! Freebies murah je ..

Introducing!!!

BERUK'S GENERATION!! (EDISI KEY CHAIN)

Korang jangan ingat aku saje2 letak gambar beruk comel dalam teaser2 sebelum ni. Ada maksudnya.

Comel tak? comel tak? Tolonglah katakan ia comel. LOL!. (Ada ke yang nak ni!)

As all of you can see. Dekat gambar tu ada TIGA sahaja Freebies yang ada! Ulang suara. TIGA sahaja! Maksudnya hanya 3 orang sahaja yang akan dapat benda alah ni. Siyes aku memang nak bagi at least 10 ke. Tapi maklum lah bila dah akhir2 semester ni, angka kosong dekat dalam akuan bank pun dah kurang. So kena lah budget2 sikit.

So to be fair and square. Aku buat macam ni. Kita buat satu perjumpaan bagi siapa2 yang nak join. Lepas tu aku baling freebies ni dari tingkat atas. So korang yang dekat bawah ni rebut lah ye. LOL! Ingat nak bagi makan ayam!

Ok,ok.. Sebenarnya macam ni. Nanti aku akan publish kan satu entry khas pasal freebies ni. Lepas tu korang comment lah dekat entry tu lah ye. Samada korang kena jawb soalan ke, atau buat slogan ke ataupun just tulis nama untuk  lucky draw je ke, aku belum decide lagi. Just wait and see!. :). Btw event freebies ni semua orang boleh join. Maknanya yang ada blog ke yang tak de blog ke boleh aje masuk. Sebab aku tau ada readers aku yang tak de blog (Mana ko tau!?). So tiada diskriminasi disini. Yeah!!! (Korang boleh lompat kegembiraan sekarang!)

So see you in the next entry. Have a nice weekends!!

UPDATE : Disebabkan kekangan masa. Freebies ini terpaksa ditunda. Harap maaf.  

Friday, October 8, 2010

4 Days Missing In Action : This is What You Get!!

Wah! wah!! Dah lama tak update blog. Tapi korang jangan ingat kalau aku tak update blog maknanya aku abandoned terus blog ni. Salah tekaan anda itu. Sebab hari2 aku log in nak check comment(Padahal tak de satu pun!) or update certain section dekat sidebar aku tu. Ni lah dinamakan Blogger Sejati! LOL!

Btw beberapa hari ni, aku selalu update dekat Fan Page Blog ni dekat Facebook. Ye! Kalau korang dah like. Hari2 aku dok membebel kat sana. Confirm!! So bagi yang belum like, boleh like sekarang. *Nada paksa*. Sebab dijamin dekat situ macam benda2 yang korang boleh tahu. Lagi2 pasal everything about future stuff, announcement dan events yang akan dibuat dekat blog ni, aku akan post dekat sana first! Exclusive kan!! So be a StarHolic now! LOL! Kadang2 akan terselit post pasal rungutan harian.. - -"

Sebagai contoh. Beberapa hari yang lepas aku ada post 'sesuatu' akan berlaku pada hari Jumaat ni. Yup Today!! Tapi sebelum tu aku ada bagi teasers/hints apa yang benda lah yang dok kecoh2 pasal benda yang akan berlaku Jumaat ni. Mari kita recap kembali teaser2 tersebut.

1st Teaser
I uploaded this picture at Starstruck Fan Page .
Gambar beruk comel tertanya2 apa lah yang ada dalam kotak itu.
2nd Teaser
Kemunculan countdown timer dekat sidebar blog atas gambar Beruk Comel!!

Beruk comel semakin suspicious dan mengatakan bahawa kotak itu berisi BOM!!

Lepas aku dah post kedua2 teaser tu aku dah mula sedikit risau. Eh! budak2 ni perasan ke aku upload benda2 alah ni. Or aku ni je yang syok sendiri. LOL!. Tapi itu semua bukan penghalang kepada semangat aku untuk keluarkan teaser yang seterusnya. =P
  
3rd Teaser

Dengan keluarnya post ni. Memang confirm 'sesuatu' akan diumukan pada hari Jumaat!! Btw kalau korang kira sendiri masa dekat timer tu pun dah boleh agak hari Jumaat! - -". Btw si Syahira pun excited jugak. Tapi excited pasal benda lain. - -""

And the last one is the ultimate teaser of all. Yang ni kalau korang dapat selesaikan memang confirm boleh tau apa yang akan berlaku. 

Tada!!

4th Teaser


Sampaikan si Wani ni pun naik terkoyak2 mata mencari. Miahahaha. Sebenarnya benda itu obvious sangat kalau korang tengok betul2. Boleh tak kalau aku tak bagi jawapan korang cari sendiri je. (Agak2nya berapa kali kena lempang kalau aku buat macam ni? - -"). Ok2.. So this is the answer

Nampak tak????... Ada yang tak nampak lagi...  - -"

Korang tengok betul2 ayat dekat atas tu. Ada nampak apa2 yang weird tak? Nampak tak tiba2 aje ada words yang terbesar! Kalau siapa2 yang dah biasa dengan style writing aku, tak pernah lah aku buang tebiat nak tulis style macam gini. Konon2 nak bagi cute semua bagai. - -". Ada fungsinya ye!

Ni dah tolong bulatkan dah ni! Kalau tak nampak jugak tak tau lah nak cakap apa.,

Sekarang susun huruf2 tersebut dan jadikan dia satu perkataan.. Muncul lah the magic word iaitu...

FREEBIES!!!!

Excited tak? Excited tak??!!. More details aku akan bagi tau untuk next entry ya... :))