Showing posts with label CoolBlog. Show all posts
Showing posts with label CoolBlog. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

CoolBlog Checked!

Finally.. fiiiinally dapat jugak lah aku merasa nak minum air dekat CoolBlog. Selalunya kalau nak beli je mesti dok teringat dekat Chocolate Cream Chip. Terus terbatal niat nak beli. Blame Starbucks for this. Tetapi memandangkan dekat supermarket yang aku pergi hari tu tak de sebarang kedai yang jual any things related to Chocolate Cream or Vanilla Cream (sebut pun dah terliur2 dah. Oh God! Please forgive me!) then baru boleh beli air blended ni. 

Walaupun kedai ni duduk entah hulu ceruk mana ntah. Tapi bilangan orang yang beli agak memberangsangkan. Tak ke lagi curious nak rasa!
Pergi2 aje dekat kaunter terus rakus mintak Orea Cream. Memang tak pandang menu lain dah. Nanti kang kalau tengok menu terus dilemma nak pilih sebab banyak sangat lepas tu berdiri 2 jam pun tak tahu nak beli apa.

Time ni tengah promosi Yam apa kebenda ntah. Tapi aku tak beli pun. Bila tengok perkataan season tu terus terbayang sekarang ni masa orang sedang menuai keladi dengan banyaknya. Tu yang ada promosi tu. Mitos betul! 
Yang ni kalau nak tambah pun boleh. Macam2 perisa ada. Konon macam penyeri air lah. Cis! So seperti biasa kalau nak tambah jangan harap lah kakak tu nak cakap "Pilih je yang mana nak dik! Free je tau" sebaliknya "Tambah 60 sen ye!"

Lepas beberapa minit menunggu. Voila!!!

Oreo Cream with Chocolate (lebih kurang kut nama dia) siap!!
"Berapa?" (muka innocent)
"4 ringgit sepuluh sen semuanya" 

*Terbeliak bijik mata*

Mahal jugak rupa2nya. Ingatkan 2 hinggit lebih je. Lepas tu baru perasan yang air aku memang yang paling termahal sekali dekat antara menu2 kat situ. Ishh! Asyik dapat yang mahal je. Bila ko nak berjimat nih!

The Review
Ingatkan aku akan cakap "Oh My god! This is it! This is it! I have found my favourite drinks that can beat Chocolate Cream Chips now! Hoorooy! Now I can berjimat!" masa hirup air tu. But instead aku cakap" "Hurmmmm...." *muka tak beremosi*.  Ok lah ok lah rasa dia bukan lah teruk mana pun. Sedap lah jugak. Boleh lah habiskan tanpa nak buang dekat tong sampah yang berdekatan. T___T Maybe aku kena try perasa yang lain. Tapi tunggu lah next time ye. Next time! Next time ntah kurun generasi bila gamaknya.

Last shot of the day. 

Ok2. Ingat tak lagi entry aku yang dolu2 yang aku buat masa era dinosaur2 tu. Pasal  Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah Sebelum Februari Beredar. Aku ada buat list kan? So sekarang walaupun aku rasa dah lama gila buat benda alah tu. Nak masuk April dah pun. Tapi still aku nak tick jugak apa yang aku dah buat. Cewah! Konon2 dapat lah pantau prestasi aku sekarang. LOL!



2 more to go!!! Yosh!!

Saturday, January 22, 2011

CoolBlog Adalah Sejenis Minuman???

Seperti biasa kalau hari minggu terutama sekali pada hari Sabtu memang wajiblah menjalani rutin meng"tapau" makanan di Jusco.  Tengah2 nak tapau Chocolate Cream Chip selalunya aku mesti akan perasan satu gerai jual minuman ni. Memang wajib lah mesti ramai orang tengah dok berkerumun beli. Tak pernah  lekang. Paling koman pun mesti ada sorang. Maka timbul lah perasan curious kenapa more people prefer to this stall rather than The Starbucks???? Selain daripada faktor harga lah.

What amazing me more bila aku berada dimana2 je (dalam area Jusco lah). Mesti ada orang berdekatan dok hirup2 benda ni. Aku tau pun sebab dia punya penutup warna pink tuh. Ke memang girls suka minum air2 ni? Bila pandang kiri. Eh! Lelaki pun beli jugak! Adakah ni minuman rasmi Jusco apa?

Dan kenapa aku tak ingin rasa nak beli pun? Sebab daripada pandangan kasar aku, aku tengok macam air yang jual dekat pasar malam tu je. Yang ice blended2 yang guna pengisar cili tuh. So buat apa nak beli? Sedangkan aku dah pernah rasa banyak kali. Tapi yang ni special lah sikit sebab letak buah saga kat bawah air tu. Itu je pun!

Tapi dah disebabkan ramai beno yang beli sampaikan aku pun naik hairan. Maka operasi mengintip nama gerai pun bermula. Tengok! Lalu depan gerai tu banyak kali tapi nama tak tau. Dan lebih menghairankan lagi bila nama gerai tu adalah "CoolBlog". Huh??? Ko jual air tapi nama ada Blog? And not even a single computer with a blogspot website pun ada kat situ. 

Dan sekali lagi semasa menunggu bas. Segerombolan gadis2 datang sambil bawak air CoolBlog nih. It's you again! Lepas tu aku perasan (konon lah perasan walhal memang mata buat sekecik2 yang boleh) dekat plastik dia ada website CoolBlog nih.

Balik bilik terus online.

They sell Oreo Blog??????!!!!! *muka tak percaya* Terus rakus tekan more ak tengok menu apa lagi. seriously this website need to tone down their pink-ness.

And tada. They sell Oreo Blog, Coffe Blog, Tea Blog, Local Dessert Blog... Banyak nya??? Eh eh! Ada lagi weh!

Milk Shake Blog, Youghurt Blog, Chocolate Blog, Ice Blended Blog, Italian Soda Blog.. *drooling*
Apa yang ko telah lakukan WZulhilmi??? Selama ni ko telah mengabaikan sesuatu yang "must try" lagi2 yang ada dekat depan mata! You fools! No wonder semua lapisan masyarakat love this thing. They sold huge variety of drinks!!

And this brand got their own membership card! Plus all members will get free drinks on their birthday!! Gilak!!!! Sungguh maju ini brand! Aku mesti daftar!

Ada tak antara korang yang pernah rasa? So macam mana rasa dia? Rasa macam kat pasar malam ke? atau lebih sedap?

P/s: Kepada yang jakun bagai tak pernah tengok brand ni macam aku boleh melawat sendiri ke website dia. Just click HERE. Owh! Jangan pasang volume tinggi sangat. Ada lagu kat website tuh.