Tapi kalau boleh suatu hari nanti dapat main lagu Happy Birthday guna gitar ataupun piano pun jadilah.
Tapi kalau ini dikira sebagai main guna instrument then I'm already passed this 13th challenge. Lol. Tapi dah setahun dah kut. Kesemua Hampir semua note aku dah lupa. Talk about short-term memory.
Bertemu kita lagi dengan challenge yang macam tak habis-habis ni. Dah bernekad betul nak habiskan benda ni dalam tahun ni jugak! Tak kira! Eh sebut tahun ke? Ok... Kah kah kah. Got 2 more days lagi the 13th and 14th then boleh dah bangga dengan diri sendiri sebab tak buat kerja bertangguh.
Ok my chilhood actually around 90s. Maksudnya tengah membesar around that time and of course dah mula paham apa kebenda itu lagu apa benda tu radio. I mean radio yang mini complete dengan function tempat letak kaset. kalau korang ingat lah sebab sekarang ni kemain canggih guna CD. Pfttt~~
Kalau nak bukak tempat kaset tu kan kita kena tekan button something baru dia bukak kan? Ok dulu aku selalu main-main dengan tempat kaset tu sebagai pintu kereta automatik. Kbai. Kah kah kah kah. Woi! Jauhnya lari topik. Ada ke dia suruh cerita kenangan ko masa kecik ?
Ok mostly this song is hugeeeeeee that time around. Kat radio selalu pasang! Even the malay station one! I'm presenting~~~
Diana Ross - When You Tell Me That You Love ME (WYTMTYL).
When we talk about sad which is a very 'familiar' topic for me. LOL! Cume ada 2 sahaja result bila dikaitankan dengan sebuah lagu. Either bila dengar sesuatu lagu tu ko akan:
#1 Jadi lebih sedih/depressed
atau
#2 Lebih semangat nak mengharungi cabaran.
Untuk #1 lagu yang selalu akan jadi pilihan utama selain lagu-lagu will always be The Band Perry 'If I Die Young'.
Walaupun ada satu lawak; knock knock! Who's there? Ifa dayang. Ifa dayang who? Ifa dayang bury me in the satin.... Ok terus tak macam sedih lagu ni. LOL! But put that aside lagu ni memang sedih especially lirik dia. What will you do if you knew you will die young? Sedangakan banyak lagi benda yang belum tercapai.
But for me the Music Video doesn't give the song the justice sebab watak utama dia at the end hidup! LOL! Because for me kalau nak buat lagu tu lebih terkesan, MV pun mesti kena lagi sedih. Baru meleleh nak duduk dalam gelap sehingga ingin menjauhi masyarakat. Ok janagn tiru aksi ini. Kita seharusnya kena happy tahu!
And for #2 lagu from Japanese band will be my choice. This is my personal fovourite to be honest; Mr Children 'Hanabi'
I rarely listen to this song. Sebab kalau dengar je mesti sobs sobs.. you know what! Hahaha. Terkesan dekat lirik 'Mou Ikkai, Mou Ikkai' which means one more time, one more time.
Ekhem Ekhem! Kembali lagi dengan esaimen kesembilan. Fuhh!! Sabar-sabar ada 5 lagi habis semuanya. Sebenarnya seksa tau tak tengok benda alah ni. Tak habis-habis dari dulu macam ko buat hari ni satu task, esok datang lagi yang baru. Biar betul! Tapi nak bila dah sign kontrak(?) tu kenalah buat sampai habis.
*tarik nafas*
Saya suka buat Song Challenge!!
So basically kali ni dia nak lagu yang dulu memang ulang 100 kali pun macam still macam eh sedap gila tahu tapi lepas macam beberapa ketika (depends terhadap individu) bila dengar balik. "Apa yang aku fikir dulu masa dengar lagu nih?!". *kerut-kerut dahi*
Macam tu lah lebih kurang. Tapi in my case jarang benda ni berlaku sebenarnya. Tapi kalau lagu tu aku benci gila macam nak lempang laju-laju penyanyi dia tapi lepas tu senyap-senyap download tu selalu lah weh. Muahahaha.
*selepas beberapa minit selongkar playlist lagu*
Jadi aku dah cari memang takde satu pun yang aku benci. Cuma kalau bosan tu adalah. Tapi lepas tinggal 2-3 bulan lepas tu dia ok balik. Tapi-tapi at this moment there is this one particular song yang macam ak dengar macam, APA NIH!!!
Kushion ke ntah apa nama dia payah sangat nak sebut. Lepas tu budget lah kengkonon hip hop bagai lepas tu tiba-tiba ko meroyan ulang-ulang sebut semua jenama-jenama branded apa hal?. PFFTTTTT~~~
Hello, Hello. Bertemu lagi kita dalam esaimen ketujuh. Jenuh lah 5 bulan baru separuh nak siap. Ada lagi tujuh hari woi! So I'm calculting maybe around Christmas ni baru habis 14 Song Day Challenge nih kut. Wah gila lama. Kalau peram jus anggur dah boleh jadi wine! LOL.
So this time around aku nak tunjuk antara salah satu lagu yang kalau aku pasang/nyanyi memang sah ler semua terkejut besoo! I mean my surrounding lah. Sebab for your information peratusan aku dengar lagu luar lagi tinggi daripada lagu local. Ok senang. 98% - Non Malay 2% - Malay. Bukan lah sombong tak ingat asal usul ke hapa tak dengar lagu tempatan cuma entah lah. Everyone got their own preference kan? Macam contoh pakcik pemandu bas Uni aku ni suka benooo pasang radio lagu Hindustan/Tamil walaupun aku rasa dia tu melayu. But I respect his music taste walaupun dalam hati idak ler gemo (gemar) sangat.
In my case that song are :
Sebelum Cahaya - Letto
Pernah sekali karok lagu ni dan ini antara respon yang telah diterima.
1. Ko biar betul!!! *mata terbuntang*
2. Tebiat apa?
3. Wow! WZ hapal lagu Melayu. *muka kagum*
Hoi! Takde lah sampai aku banned lagu melayu terus. Lagu sedap aku suka ler tak kira bahasa apa pun. Grrrr. Tak payah ler terkejut sangat.
Perghhh!! Tup tap tup tap. Rupa-rupanya dah 4 bulan aku dok mengangkang kat rumah tak buat apa-apa weh! Tengok-tengok next week kelas dah start. Eksaitednyaaaa!! *Reversed Psychology*. Lepas tu baru teringat dalam 4 bulan ni apa pun benda bermenafaat pun tak buat. Selain dok ulang-ulang makan 5++ kali sehari konon-konon tengah jalani PLKN di siang hari. Tapi ada satu lah perkara yang boleh dibangga. Teng teneng! Dapat P utk kenderaan beroda 4. See? 4 bulan, Beroda 4? Kebetulan apa? = ="
Sekali lepas tengok blog, 14 Song Challenge pun tak selesaikan lagi. Padahal start Bulan June. Ya Bulan JUNE. *bergema* Sekarang baru dekat hari ke-enam. Sedih sungguh lah. Tapi tak pe lah better late than never. Basically kali ni dia nak lagu yang kalau dengo je terus terlelap. For me idak ler wujud lagu macam tu. Macam bila ko dengo aje automatik tetido. Mustahil sungguh lah. Lain lah kalau dia tulis 'A Song That Makes You Fell Sleepy'. Haaa! Yang ni banyak.
Contohnya kalau dengo mulalah kelauar petanda-petanda awal macam mata jadi separa tertutup lepas tu kepala berpusing 360 darjah secara gerak slow motion.
Tajuk memang duniawi betul lagi-lagi di Bulan Ramadhan yang mulia. Macam idea licik unsur-unsur barat suruh bagi leka. Ke ahli Illuminati yang buat challenge ni lepas tu tau aku nak buat time puasa so dia buat tajuk ni. Licik betul. Kah kah kah. #sarcasm
Ok kembali ke topik sebenar. So aku defined 'Dance' dekat tajuk tu adalah sebagai "Mampu mengerakkan sistem motor bahu secara tiba-tiba tanpa menerima sebarang signal daripada otak. Dalam bahasa mudah 'Tindakan Refleks'." Hamik ko aku bagi definasi lengkap terus. Tak payah nak kias-kias sopan konon bagai. So mostly lagu yang selalu bagi menepati definasi dekat atas (for me lah) selalunya dari genre pop atau electropop. Tak kan lah lagu slow R&B tu ko nak joget? Tu buang tebiat namanya.
Sebenarnya lagu yang banyak tapi seperti biasa dia nak satu je. So aku hambik yang paling latest latest latest punya lah.
Jangan banyak komplen. Just dance. I mean move your shoulders.
Well, well, well hello esaimen keempat! Please forgive me sebab pura2 tak nampak yang sepatutnya aku ada challenge yang perlu disiapkan. Al-maklumlah challenge sebegini selalu di anak tirikan sebab hanya digunakan bila ko tak de idea atau malas nak buat entry. In my case aku sangat malas sebab entry yang patut di'publish' ada gambar yang perlu diedit2 sikit. And I haven't got any mood to do so. Selain makan dan tido diselubungi toto empuk.
So tajuk kali ni adalah nyatakan lagu yang ko hafal seratus peratus lirik dia tanpa mengalami kegagapan sedikit pun walaupun ko disergah dari belakang tapi still mantain tak lupa lirik. Seperti biasa memang banyak gila lah lagu dah dok hafal dalam kepala ni. Tapi macam biasa dia nak SATU aje. So jangan buang masa letak banyak2.
AFGHAN - TERIMA KASIH CINTA
Lagu ni sebenarnya preparation untuk audition masuk koir dolu2. Disebabkan vocal range aku ni sangat lah terhad dan hanya sedap didengar dalam lagu Twinkle Twinkle Little Star aje. Maka kena lah cari lagu yang tak de jerit2 sampai nampak urat dekat leher. Jadi lagu yang paling hampir sekali adalah lagu ni. Itupun ada certain part yang kena rendahkan lagi. Uwaaa!
Bila dah confirm lagu ni, mestilah print lirik *semangat* lepas tu hafal sepenuh jiwa. Siang malam tak mengenal erti penat. Berusaha nak bagi perfect. At the end audition tu just uji suara guna piano sahaja. Tak payah nyanyi2 apa bagai. T__T
Baru masuk esaimen ketiga dah rasa macam "banyak lagi ke nak kena buat?" lol. Nasib baik lah tak amik yang 30 days challenge mau hari2 terbit perasaan gusar dihati nak cari lagu yang sesuai for each day. Ok for today dia nak satu lagu yang mengingatkan aku pada sesuatu tempat. Sebenarnya banyak (tak habis2 banyak). Tapi aku pilih yang mana terlintas dekat kepala dulu ar.
So this song memang kalau dengar memang automatik akan teringat dekat bandaray Kuala Lumpur. Lebih spesifiknya 'Rombongan ke Kuala Lumpur". HA HA HA.
PADI - MENANTI SEBUAH JAWABAN
Pelik tak pelik tak pemilihan lagu aku? Lagu punya lah jiwang siap tunggu "jawaban2" lagi, so apa kaitannya dengan "Rombongan ke KL"? Ada wahai my readers. Ada cerita sebenarnya. Pada suatu pagi yang stressful, my Chemistry teacher tiba2 announced " Boys and Girls! We gonna go to KL! Hooray!" Ok, ok tak de lah segedik macam tu. Tapi lebih kurang lah.
So sebagai pelajar luar bandar. It is a dream come true kalau ko dapat pergi ke Kuala Lumpur! One life time achievement! Dan secara kebetulan pulak masa tu kalau aku balik je dari sekolah mesti dekat TV3 pasang lagu ni. Almaklum lah nak promosi filem Ungu Violet ke hapa ntah. Sebab lagu ni yang OST (original soundtrack) untuk moovie ni.
So sepanjang tempoh 3-4 weeks sebelum nak pergi ke sana. Lagu ni mesti terpasang tiap2 petang. So again memang mudah melekat lah kat kepala. Tambah2 lagi masa naik bas on the way ke KL radio pulak pasang lagu ni (masa tu dengar Walkman ye bukan MP3 macam sekarang). Maka secara rasminya jadilah lagu tema untuk "Rombongan WZ ke Kuala Lumpur!" LOL!
Well hello esaimen kedua. So kali ni what song that will make me sad? Sebenarnya banyak. Tapi again dia nak satu sahaja ya. SATU! Maka tak perlu lah nak rajin2 nak state lagu kedua ke ketiga ke hapa. So this time around lagu yang aku akan pilih is by far is the most evah (ever) depressed song that I've been listen to. Like seriously!.
Macam ada satu hari ni which is the most awesome day. Memang time buat assignment pun dalam happy mood (this is rare ok). Sambil2 tu dengar radio. Lepas tu semua lagu ko ikut nyanyi sekali. Tiba2 DJ pasang lagu ni pulak. Tiba2 kan automatik rasa nak tutup lampu lepas tu merangkak dekat sudut bilik. Then duduk sambil berpeluk tubuh mengenang semua perkara2 negatif yang pernah dilalui dalam hidup ini. So bermula lah upacara state pre'meroyan' disitu ya.
Paling senang cerita perasan dia sama macam happiness ko kena sedut dementor dalam cerita harry potter tu.
Macam ni lah. Tapi boleh elak kalau korang tau sihir Patronum.
Lagu yang dimaksudkan itu ialah.
CHRISTINA PERRI - JAR OF HEARTS
Lagu ni sebenarnya macam " Hoi! Ko siapa hah! Dah lah mainkan hati aku. Aku tak akan terima ko kembali. Berambus!" Memang sesuai untuk siapa2 yang patah hati. Tapi bagi aku more to like penyedut happiness. Hahaha
Ahad belum berakhirnya lagi kan? Owh seperti yang diura2 dekat 14 Day Song Challenge . Aku akan start buat challenge ni hari nih. Sebab tu lah macam bergegas2 nak buat. Dah janji kan. Walaupun aku agak takde siapa pun perasan. Tapi kan aku peduli apa! lol
Ehem! So back to this challenge. What song that actually makes me happy? Disebabkan ada huruf 'a' dekat tajuk diatas. Itu bermakna kena state SATU lagu sahaja. Which is kalau ko letak banyak 2-3 lagu ini bermakna ko tak paham soalan dan serta merta akan memperoleh kosong markah untuk pemahaman soalan justeru menipiskan peluang untuk mendapat gred A+ dalam pen'gred'an subjek.
Tapi sebenarnya tbh (to be honest) aku tak berapa nak paham lah apa maksud 'happy' ni. Adakah ia bermaksud kalau kita dengar sesuatu lagu tu secara automatik akan tersenyum lebar lalu mula menerbitkan perasan ingin berlari di taman? Kalau macam tu in my case memang tak wujud lagu macam tu. So aku try cari yang lebih kurang sama lah. Which is kalau dengar sesuatu lagu tu akan semangat untuk memulakan hari yang baru.
So I choose:
BLACK EYED PEAS - I GOTTA FEELIN'
Walaupun lagu ni more to like " Hey! Malam ni akan best gila sebab ada party!! Mari lupakan hal duniawi!" Tapi aku tak pikir macam tu. More to like hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam/tadi/5 minit lepas. Tak tau lah kenapa rasa sangat calming dengar beat lagu ni especially the intro part.
Dan aku selalu percaya a song is very subjective. Depends kepada pendengar sendiri untuk tafsirkan lagu tu sendiri. Kalau korang kata "I gotta feeling that my homemade nasi lemak will be much more awesome than yesterday" pun boleh jugak. Sebab macam apa yang aku kata tadi. A song is very subjective! =)