Showing posts with label piramid makanan. Show all posts
Showing posts with label piramid makanan. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Piramid Makanan Versi Western Food (Sungguh Informatif!)

Beberapa hari yang lepas masa pergi cafe ada terperasan satu stall baru. Stall Western food. Perghhh hiasan dia gila menakjubkan! Siap ada kayu kayan lagi plus lampu dia bentuk topi cowboy! (Bayangkan topi cowboy dalam dia letak mentol kuning. Bukan ada satu tapi empat!). Tak ke canggih! Langsung tak melambangkan ciri2 sebuah cafe di Universiti yang typically dihiasai lampu lip lap hari raya. 

Disebabkan anak tekak memang anak orang melayu memang tak pernah pergi lagi pun kat stall tu. Tengok ajelah dari jauh.  Memang pelik ya disini. Sebab basically kalau keluar ke mana2 ehem! ehem! kedai western lah yang selalu dok serang. Hurmm. Tapi hari ni sementara tunggu order aku siap, sempat lah dok usha tengok menu kedai tuh which is menu yang beso gedabak tertulis dekat satu papan beso memang sah2 ko nampak dari jauh. Tak payah nak menjeling2 atau jalan ulang alik dekat gerai tu konon tengah confius nak pilih gerai mana satu walhal nampak sangat ko nak mengintip gerai tu.

Dan aku dah buat satu conclusion berdasarkan kadar nilai harga menu tersebut. Ok semua pelajar mari kita semua lihat gambarajah piramid makanan yang telah cikgu sediakan dibawah.

RAJAH 1 : Piramid Makanan (Western Food). Semakin ke bawah semakin mahal lah harga menu tersebut
Nampak ya kita mula dari atas iaitu makanan paling murah sekali iaitu Burger dan yang bawah sekali merangkap yang paling mahal iaitu Beef Steak. Atau senang cerita golongan papa kedana akan memilih burger manakala golongan kaya raya akan memilih Beef Stick. Faham? Good. Esok saya bagi Pop Quiz. - -"

So kalau siapa2 yang nak pergi ke kedai western food lepas ni boleh lah apply piramid nih. Kut2 mana tau pergi kedai yang tak letak harga bagai dekat menu. So this pyramid will be useful to you! Tak delah ko terkejut beruk sorang2 dekat kedai tu.

P/s: Now I know why Beef Stick sooo damn expensive. Screw you GaGa!!