Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Nuffnang Foodfeast. Jamuan Makanan Secara Berjemaah.

Hai.

Minggu lepas (rasanya). Ok lepas check kalendar, dua  minggu lepas (lol) sempat pergi ke satu acara yang dianjurkan Nuffnang iaitu Nuffnang Food Fest. Iye cerita basi baru nak cerita tapi peduli lah kan. Tapi sebenarnya tak berhasrat pun nak tulis pasal ni sebab gambar yang sempat aku amik masa pergi dekat sana hanya sekeping je. Ye sekeping. Sungguh busy mentekedarah sampai tak ada masa nak snap gambar. Ok tipu.

Dan kentang goreng diatasa adalah sedap. 

Oh ye but before that tau tak benda ni buat dekat Sunway Pyramid dimana aku tak tau pun celah mana mall ni letak. Gigih gila guna apps Waze lepas tu narrator dia Simon (aku nak tukar Natalie lepas ni) duk meroyan recalculating 2-3 kali sebab aku asyik salah jalan. Lepas tu bila dah nampak berhala singa(?) besar tu punyalah rasa bersyukur akhirnya selamat sampai. Tapi traffic masa nak masuk ke entrance, hamagash macam semua penduduk Selangor batak tak pernah pergi Shopping Mall. Memang lepas ni kalau nak pergi sana kalau ada benda-benda penting sahaja. Kalau pergi sesaja memang mencari nahas. Eh tak masuk lagi cerita parking dekat mana lagi. Basement 3 Loading Bay. Tempat trak-trak lori semua punggah barang masuk. Hummmph!!

Tapi semua jerit perit susah payah nak ke sana berbaloi lah sebab gerai-gerai situ banyak!!! Bukan indah khabar dari rupa.

Curi daripada website Nuffnang
Ni baru suku gerai ada lagi celah atas tepi lagi.

Makanan dia usah dibilang! Banyak pilihan. Cuma tweet je lepas tu ko nganga mulut saja untuk makan. Portion dia pulak bukan versi celahan gigi tetapi 3x ganda celahan gigi. Which is like Ya Allah ni mimpi ke apa? Orang bagi makan free tapi tak kedekut kasi sikit.  

Courtesy (lol) gambar daripada Nuffnang lagi

Aku literally rambang mata dimana dekat tangan dah ada seketul ayam Nandos (Sedap woi! Goodbye Kenny), fried fries dengan manggi cup lepas tu tamak menguasi diri suruh pergi ambil lagi cup cakes, roti, ais krim krim, pisang goreng, Onigiri blah blah blah. Kalau kau orang ketiga dan nampak aku masa tu mesti rasa macam nak tampar suruh 'Calm down!!'. LOL! Lepas tu berlari ke hulu ke hilir mencari air sebab pedas makan sos hot peri. Balasan.

Tak cerita lagi part Zombie tetiba muncul kasi flyer. Dah lah masa tu busy que (haidar) boleh pulak diaorang tenung baik punya dari tepi.

Eh! sebijik lah pompuan tu tenung macam tu. Ko macam what the fish is this woman looking at me. Lepas tu baru perasan kulit muka dia tertanggal ada darah-darah. T________T. Fine. *ambik flyer secara paksa rela*

Tapi overall it was really, really an amazing and kenyang day. Semua benda daripada appetizer, ke main menu, ke dessert semua cukup aku rasa. Tolong buat ia sebagai acara tahunan.

P/s: Cero kata nak pergi tak batang hidung dia pun tak muncul. Lepas tu dia bagi la alasan bagitau internet dia dah habis kuato. Sudahlaaaa.

Monday, January 17, 2011

Dari Ceramah Ke Jusco. Beza Beno Tuh!

Benda ni sebenarnya berlaku Sabtu lepas. Tapi aku tak kira aku nak cerita jugak. Basically sehari sebelum tu ada kelas English. Masa kelas 5 orang kena panggil buat impromptu speech kat depan secara randan. Mostly semua orang tak expect pun nak buat hari tu. Ingatkan kelas awal2 ni hu ha hu ha lah dulu. Tapi ehem! ini bukan sekolah menengah. Terus buat aktiviti pertama. Tapi syukur  nama aku tak naik. Kalau kena memang tergagap2 aku nak speaking. Memang bibir je lah bergegor lebih nanti.  Lepas tu lecturer buat announcement yang kitorang kena pergi ceramah English Pronunciation Skills keesokkan harinya. Baru ingat nak tido secara berlebihan. Haissh.. Mula2 memang siyes ada keraguan nak pergi. Dah lah buat hari Sabtu lepas tu kena bayar 10 hinggit! What!! No way man. Aku tak kan burn kan weekends aku yang priceless tu. Malangnya setelah setelah disogokkan dengan "Sesiapa yang pergi ceramah tu akan mendapat 5 markah percuma" terus mindset kepada "Booo! I hate Ceramah!" kepada " Sebenarnya tak rugi pun pergi. Boleh belajar macam2 kan?"  Dasar hipokrit!

Ada lah beberapa kerat student yang datang. Dan aku dapat rasakan berlakunya konspirasi disini. Adakah lecturer telah menggunakan kami sebagai boneka untuk memenuhkan sesi ceramah ini?? Hurmmm...

Tapi siyes memang ceramah ni banyak advantages dia. At least dapat lah jugak info2 macam mana nak sebut certain words. Baru aku tahu english word pun ada harakat2 dia. And then ada lah jugak beberapa games yang kitorang WAJIB kena participate. Dan siapa paling banyak dapat markah group tu menang. Btw aku dapat group no 4. Semua sekali ada 5. And yet again kalau ada group2 bagai ni wajib lah kena buat nama kumpulan. Aku memang tak suka part ni. Leceh nak pikir nama. At the end nama group yang dipilih adalah Sky Blue. T_____________T 

Masa ni semua group kena present kat depan words2 yang diorang dapat. Lepas tu kena lah sebut dengan betul . Sekali yang ada harakat2 tuh.
And the last place goes too.......

Sky Blue!! T______________________________T

Corot! corot! Malu lah weh dapat nombor last! Tapi tak pe bukan ada hadiah pun. *positive thinking*

Habis je ceramah terus pergi serang Jusco! Ya! ya! Seperti biasa motif kalau nak pergi Jusco ni hanya ada satu je. Iaitu me'tapau 'segala bagai makanan dekat situ. Habis KFC, Secret, Starbucks, Kedai roti aku bedal. Selalunya lah. Tapi ehem! ehem! time tu pulak ada

Potongan harga dasyat sempena CNY. Perghhh!  Kad merah 70% bergelimpangan merata2 tempat. This is really not a good sign! Lagi2 about a year aku tak beli pakaian2 nih.
  
At the end daripada misi me"tapau" makanan secara pukal. Terus terus tertukar kepada pembelian pakaian secara haloba dan dasyat. 

Please forgive me 'duit pinjaman'. I already spent you in a bad ways. Yeah! not only for food but also for clothes too.   Jangan lah tanya aku beli apa. Sebab siyes aku memang beli banyak. Ya B-A-N-Y-A-K!
Sebelum balik kitorang sempat singgah dekat Pizza Hut. (Disamping tu aku sempat jugak tapau Twister, Pappa Roti dengan Chocolate Cream Chip. Eh jangan salah faham! Ni semua adalah untuk makan malam!)

Sup ayam! Kalau makan petang2 waktu hujan memang layan ni. Lagi2 kalau letak sebukit keju dengan pepper. Yuhuuu. Delicioso.
Gambar Pizza mana? Ehem! Biasalah bila dah lapar ada ke ko ingat nak tangkap gambar bagai? = ="