Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa

Hari ni tiba2 ada mood nak masuk contest. Dulu punya lah beriya cakap dah tak nak masuk contest dah. Bukan apa sebab aku tau mestilah wajib aku tak akan menang apa2. Tu yang trauma sekejap. Tapi sekarang dah pulih sikit. Boleh lah join apa patut. Tapi yang ni memang confirm aku tak harap apa2 dah. Sekadar untuk memeriahkan suasana. Hehehe (Tengok2 malam kang siap buat solat hajat bagai!) 

So Miss Ain Zulaikha! Anda sungguh bertuah kerana bukan senang ye WZulhilmi nak masuk sebarang contest. Selalunya asyik nak mengelak aje. (padahal takde sape pun tag). So ini adalah banner contest tersebut.


Ni pulak adalah cara2 penyertaanya. Ingat aku suka2 hati bubuh. Kang tak bubuh tak valid pulak penyertaan. Last2 ko bertepuk sebelah tangan aje lah jawabnya.



Fuyooo!! Siap ada 4 gambar props lagik! Memang betul2 nak menguji kekreatipan nih. Ok ok mula2 ambik mood dulu dengan dengar lagu Katy Perry (?). Ok done. Mari mulakan!!!

________________

Sebut aje nama Ain Zulaikha mesti semua orang kenal. Lagi2 dekat kawasan koloni perumahan tempat tinggalnya. Dia terkenal dengan signature fashion nya yang tersendiri iaitu pemakaian tudung berwarna pink. Memang jarang lah nak nampak Ain Zulaikha pakai tudung berwarna lain. Baginya pemakaian tudung pink akan menyerlahkan keyakinan dan keayuan seorang wanita. 

Ya! kepopulariti Ain Zulaikha semakin meningkat apabila dia telah terpilih menyertai kelompok "The Elite Society". Dimana kelompok ini hanya terdiri daripada golongan remaja yang berada dan kebanyakkan ibu bapa mereka mempunyai profession yang berstatus tinggi. Tidak hairanlah mengapa Ain Zulaikha berjaya memasuki kelompok tersebut kerana bapanya mempunyai rangkaian hotel di seluruh dunia dan ibunya adalah seorang fashion designer busana muslimah yang terkenal especially di Timur Tengah. 

Tetapi itu semua hanyalah 2 tahun yang lepas kerana dia telah dipecat daripada kelompok tersebut kerana telah terkantoi gambarnya tersebar di dalam Internet sedang memakan Set A KFC Jom Jimat di Restoran KFC! 

Ini telah melanggar peraturan  kelompok tersebut iaitu 

Peraturan 3 : Semua ahli rasmi dilarang makan sebarang makanan di restoran yang berstatus rendah seperti KFC, Mcdonalds, Pizza Hut dan yang mempunyai set kombo bernilai RM10 ke bawah.
Semasa penjurian sedang dilakukan sekali lagi Ain Zulaikha telah dikantoikan kerana telah menggunakan handphone buatan dari China.


Hakim : Apakah model handphone jenama errrrr Blogwalking ini buat dalam handbag kamu? Mana iPhone kamu?? Dan kenapa button 0 handphone ni  berada disebelah kiri??? Bukan ke sepatutnya berada di tengah2 button * dan #. Sah2 ni AP set! And you SHARED CREDIT!!!! Sungguh memalukan!

Ain Zulaikha tahu bahawa dia telah disabotaj. Siapa lagi kalau bukan Siti Gaga dan sekutunya. Mereka memang dari awal2 lagi tidak menyukai kemasukan dia dalam kelompok ini.

Hakim : Hurmm. Dan saya juga dapat tahu yang awak lah juga orang yang membuat usul penukaran tempat perjumpaan mingguan kelompok ini dari Starbucks ke KFC!!! Disgusting! Ini semua mengarut! Dengan ini secara sah anda dilucut daripada memegang sebarang jawatan rasmi dan keahlian anda akan digantung selama 10 tahun bermula dari hari ini!

Ain Zulaikha tidak mampu berkata apa2. Ini kerana segala usahanya untuk menukar lokasi perjumpaan sejak setengah tahun yang menjadi sia2. Dia ingin mengubah pemikiran semua ahli2 kelompok ini bahawa makanan yang murah juga adalah sedap!! Malah lebih baik daripada sesetengah restoran bertaraf 5 bintang!! namun semua itu berakhir hari ini.  

Ain Zulaikha terus dimalukan oleh pihak council dengan menghantarnya pulang dengan menggunakan perkhidmatan teksi. Ain Zulaikha tidak kisah kerana dia sudah biasa menggunakan teksi. Dia selalu berfikir orang yang berduit tak semestinya harus menggunakan kenderaan mewah. Malangnya pemandu teksi itu telah diupah oleh Siti Gaga untuk memaki Ain Zulaikha disepanjang perjalanan. Sehingga kucing pun naik hairan melihat tingkah laku pak cik tersebut yang terlebih2 memaki Ain Zulaikha. " Mesti upah lebih ni. Tu yang bising semacam. Ingat aku kisah ke! Baik aku makan ayam lagi best. Miahahhaa"

Add caption

Dan seperti biasa, setiap minggu Ain Zulaikha pasti akan selalu lepak2 di KFC. Namun hari itu adalah hari yang berbeza sekali kerana terdapat sekumpulan remaja sedang asyik berbual di suatu sudut yang lain. Pada mulanya Ain Zulaikha tidak mempedulikan itu semua namun semuanya berubah apabila dia ternampak salah seorang daripada mereka memakai kot pink. Sudahlah memakai pakaian warna kegemarannya tapi wajahnya juga persis muka pelakon Korea kegemaraannya. "This is totally my man!!" kata Ain Zulaikha (wakakaka!! Sorry2 aku tergelak pulak. Ok ok sambung2)  


Ain Zulaikha tahu kot tersebut bukan kot yang murah. Itu adalah buatan Giorgio Armani!! Ain Zulaikha segera mendekati sekumpulan remaja tersebut.

AZ          : Are you guys new here, in this town??
Zackhary : Tak lah. Kitaorang dah lama duduk sini. 
AZ          : Kenapa tak pernah nampak pun?
Zachkary : Most of us baru je balik dari overseas. Tapi our parents memang stay sini. By the way this is my sis Ana, my friend Kamil, Safwan dan Tika! 
AZ           : MIAHAHAH! I'm Ain Zalikha. Tapi saya nak tanya sikit. Kenapa you guys lepak kat sini? Owh! Jangan salah faham! Bukan ke selalunya lepak kat Starbucks?
Zachkary  : Eh? Ok apa kat sini? Dah lah banyak menu yang sedap2. Murah pulak tu. Hahaha. Basically dekat Starbucks tu mana ada ayam goreng Hot and Spicy? Tak semestinya tempat murah, makanan dia tak sedap. Kita orang memang suka lah KFC!

Dari ayat yang diucapkan dari Zackhry tulah Ain Zulaikha tahu bahawa dia sekarang bakal mempunyai sekutu yang berpotensi. 

"Jikalau kita tidak dapat ubah kelompok yang sedia ada. Kita bina kelompok yang baru!!"


THE END! 

_________________

Gila panjang aku tulis nih weh! Aku pun tak sedar. Kalau kaki merepek memang nombor satu! LOL! Btw aku kena tunjuk hadiah dia kalau tak again tak valid lah ko punya penyertaan. Huh!

Dapat hadiah cerpen paling hampeh pun jadi lah. Lupa pulak. Aku join ni just suka2 je.
Lupa pulak nak tag!Kikki.. Orang yang bertuah ialah!

Syira Si Itik Kejam
Fay Nana
Cero

Yang lain aku tag contest lain. Ni tengah mood berkontest nih!

Saturday, November 13, 2010

Wow!! This is Epic!! [The Contest]

Dimulakan dengan Bismillah. Di sudahi dengan Alhamdullilah. 

Cewah!! First time entry dimulakan dengan begitu sopan dan tertib sekali. Miahaha. Korang ingat aku tak reti ke nyanyi lagu nasyid ke? Aku reti lah! Btw lirik lagu kat atas tu Raihan kan yang nyanyi??? - -"

Ok ok.. Straight to the point! Ni ada satu blogger terkenal ni!! Wow! Memang terkenal especially dikalangan para2 gadis. Dah lah follower ramai comment pulak berlambak macam air mencurah2!  Segan aku kalau dia datang blog aku yang tak seberapa ni. Owh ya lupa. Nama blog dia Null & Alternate. Tuan punya bernama Cero.

Kalau ingat nama dia aku selalu teringin nak sambung mengira dalam Spanish Cero, Uno, Thos, Tress, Cuatro, Sienco, Sieis, Siete, Ocho, Nueve, Diez... Omaigod!! Aku boleh mengira dalam Spanish!! Siyes ni tak tipu ni! Aku tak refer mana2 website! Tu lah siapa kata tengok telenovela semasa kecil adalah suatu perbuatan yang membuang masa?? - -"

Ehem! Straight to the point balik!! Blog terkenal ini sedang mengadakan suatu contest!! Wahahaha!! Sebenarnya aku tak de hati untuk join apa2 jua jenis contest sekarang ni. Sebab apa?? Sebab asyik kalah aje memanjang!!!! Tensi tensi! LOL! Tapi memandangkan you're are among the closet blogger friends (ke aku yang syok sendiri?? LOL!)  dan contest ni tak perlu tempek sebarang muka sebenar! (lately ni gambar asyik huduh je. Kenapa ek?) So aku akan join!!!  *tepukan gemuruh*

So apa yang perlu saya buat???

  • Nampak gambar di atas? Gambar cEro dengan bubble talk yang kosong tu   /Kantoi aku copy!
  • Anda hanya perlu isi perkataan dalam bubble itu seberapa kreatif yang boleh.  /Baik!! ^ ^
  • Klik gambar di atas, save dan letaklah kata-kata kreatif anda. /Kata2 kretip?? Payah ni?? Tape cuba dulu! Otak kanan berkerja sekarang!
  • Tema BEBAS! Jumlah perkataan BEBAS!
    Asalkan bila aku baca, aku akan terdetik "WoW! This is EPIC!!" /Bebas!!! *Mata bersinar2*


So kalau macam tu lah syarat2 nya. Ini lah hasilnya!!! Penat buat ni~~
Tada!!!





Wakakakaka!!! Menangis!!! T___T.. Kata tema bebas kan??

Yelah yelah aku tunjuk yang betul punya. Kalau aku letak yang atas tu confirm lah kalah. Tiba2 ko tukarkan jantina dia. Kesian.. So Cero!! Ni yang sebenarnya :



So macam mana ok tak? Cukup epik ke tak??? Aku bak2 mengubahsuai ayat2 gramatis ni memang tak reti betul. So this is the best that I can do. T__T

Owh lagi satu! Hadiah dia lupa nak bagi tau. 2 pemenang yang paling kreatif akan menerima!!!

2 album Aizat Amdan!!




So siapa2 yang kipas-susah-mati Aizat tu masuk lah ye. Orang nak bagi CD free. Ori pulak tu!!! Kalau nak masuk boleh klik banner contest ni dekat sidebar aku yang kemas tu. Ada blog ke tak de blog ke semua boleh join. ^-^

P/s : CD Katy Perry tak de ke?? =P

Sunday, October 3, 2010

"Aku Maluuu" Contest | "I'm Ashameddd" Contest

*Contest ini telah ditag oleh Encik cEro (Yang semakin nakal tag2 sekarang ni. Hahaha. Thanks btw)
*Dan Contest ini dibawa khas oleh Blog Kata Kila yang dia rasa duit dia dah macam mencurah2 sehingga ke ladang gandum tu yang buat contest tu menyeronokkan!!


In order to melayakkan aku memasuki contest ini. Aku kena cerita satu pengalaman yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidup aku. So aku nak cerita satu kisah yang maybe one of you pernah dengar. Sebab aku pernah cerita benda ni masa di awal2 pembabitan aku di dunia blogging ni. Tapi ni yang ni versi remix punya. Lebih mantap lagi. So here we goes.

Seperti yang korang tau. Radio Fly Fm suka benooo lah buat contest untuk pendengar setianya macam aku. So diorang buat lah satu contest ni. Namanya "Fly FM Cash Call". Total hadiah yang ditawarkan sebanyak RM60 ribu weh! Sapa tak nak!.

Bling2 tu cukup menarik perhatian!

Syarat dia simple je. Mula2 daftar dulu. Lepas tu bila dah keluar isyarat "Cue to call" kenalah cepat2 hantar mesej dekat diorang. Lepas tu tunggu diaorang call balik. Bila diaorang dah call, DILARANG KERAS/HARAM sebut hello ke, hai ke, instead korang kena gelak kuat2 kalau boleh serakus2 yang boleh.

Dan korang tau lah aku kan. "Ish! apa kejadah contest macam ni. Tak mau aku masuk. Buang tebiat apa suruh orang gelak bagai". Tapi lepas dah hari2 dengar semua pemanggil dok menjerit2 menang at least RM1000 ke atas. Tak ke ko pyshco nak masuk!. Last2 daftar masuk. - -"

So one day. Tengah khusyuk2 buat assignment sambil dengar radio. Keluarkan lah "Cue to call". Then hantar lah mesej. Tapi aku tak expect pun diorang nak call balik. Saje je2 hantar. (Padahal mata tu asyik tengok handphone je bila lah nak berbunyi nih). Lepas tu tiba2 handphone aku betul2 berbunyi weh!! Gila ko tak terkejut!

Nak tambah lagi keterujaan tersebut. Nombor yang call aku tu nombor unknown...... SILA BUAT MUKA EXCITED SEKARANG!!! FLY FM DAH CALL AKU. Apa lagi terus ghairah accept call gelak macam orang happy gila tak cukup vitamin konon2 hari ni aku sungguh lagi bertuah. But then...

"Hello..Kami dari Sunway College nak tanya pasal..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*Bunyi Cengkerik*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MALUUU NYAAA!!!!!!!!!!!!! Bukan Fly FM yang call!! Aku terus tekan end call tak dengar pun apa orang tu nak cakap sampai habis. Malu weh malu!! Even orang tu tak nampak muka aku. Tapi malu dia astaga.. bersamaan ko jatuh parit depan khalayak ramai. T_____T

That's it! No more Radio Contest.. Trauma!

P/s : Kilaaaaa.. I'm sorry sebab tak tag lagi 3 orang. Sebab kalau aku tag sekarang mau cirit diorang buat entry tu hari ni. Mesti tak sempat. Dah lah hari ni due date kan. Kalau bukan due date hari ni. Bukan 3 orang aku tag tapi 5!!!! 

Damn!! You're sooo lucky my readers. Kalau tak sorang2 aku tag suruh buat.

Upadate : Wow!!! rupa2nya ada yang tak cirit kalau kena tag buat contest ni hari ni!! I'm impressed!! So aku tag 3 orang iaitu:

TAHNIAH!! Now do you job!

Friday, May 7, 2010

Contest Senyuman Paling Menawan

Akibat terlampau bosan tak de org nk dtg blog ak hari nie. Tiba2 ternampak contest nie kat entry TTT . Apa lagi terus rasa nak masuk. Wakakaka. *Konon2 budget senyuman menawan lh tu. Klu ak senyum nenek yg pakai tongkat  pn boleh terus lari tak ingat dunia*

Ni lh tuan empunya contest. Cik ChentaZetty . Kena letak gambr nie. Nanti tak layak!!

Tada~~~~ nie gambar dia!!





Nie aje lh gambar yg ader yg tgh senyum girang. Ikhlas giler senyuman weh !! Wakakaka.. Mesti korang familiar dgn gambar nie kan. Oopss. *Yg lain semua senyum tak ikhlas. Tak boleh amik.Hahaha*

Kenapa saya suka senyum:
1) Senyum itu sedekah. Saya nk dapat pahala hari2.. (kenapa ayat terus jadi sopan nie?)
2) Nak awet muda. Saya tak mau guna botox masa tua nanti. Kikiki
3) Supaya orang tak takut nk kawan dgn saya.

Tu je lh kut sebab2 dia. Hahahaha *gelak palsu*

Sape ye ak nk tag?? Ak baru je masuk dunia blog nie. So tak de kawan lagi. sbb semua org tak nk kawan dgn ak. T-T . So ak pilih:

Si Kenit
TTT
Nad
Cik keju

Yeah!!!