Aku buat apa dalam 2 hari ni sampai tak update blog??? Mesti banyak sangat aktiviti yang aku buat sampaikan penat nak taip apa2 entry pun. TEEEEETTTT!!!! Salah bebeno! My life is not like popular elit socialite macam a.k.a cucu Hilton nak pergi pelbagai function, awards bagai apa. So there is nothing to blog about. Tu aje sebab sebenarnya.
Tapi orang kata kalau nak jadi blogger terkenal (LOL!) ko kena update selalu baru traffic naik. Bila traffic naik semua orang akan mula bercerita pasal ko. BERANGAN! Bagi aku lah lebih baik aku tak update daripada buat sebarang entry merepek. Ceh! Konon lah entry aku bagus. Padahal... LOL!
Dulu masa duk hidung berhingus lagi dalam dunia blogging. Memang traffic lah dok asyik kejar setiap hari. Last2 diri sendiri penat. Yelah dok setiap hari mengejar. LOL! (Banyaknya LOL! Sindrom LOL apa!) Sekarang berblogging sebab apa?? Senang je. Aku berblogging sebab aku suka membebel2 dalam tulisan(apakah?). In reality aku tak de lah peramah bagai macam ni. Lagi2 kalau strangers. Sah2 lah ko tanya sepatah aku jawab setengah patah. Tak reti aku nak berbual2 nih. Hahaha. Tapi kalau dah kenal rapat. You wish you don't know me. Pot pet pot pet. LOL! Tapi po pet po pet yang berinformatif lah. - -"
Jadi kembali ke persoalan pertama tadi. Buat apa 2 hari ni? Pergi kenduri kahwin ke? Majlis bertunang ke? Majlis khatam Al-Quran ke? Lagipun tu ajelah majlis2 sosial yang ada kat kampung. What do you expect? Ada dance party dekat Dewan Orang Ramai? LOL! Mau kena serang satu kampung. Kalau ada pun aku tak pergi lah. Berdosa tau tak! Fuyoooo! Padahal basic majlis kenduri pun tak pergi. Ni bukan sosialis tapi antisosialis. Yelah nanti aku try pergi sebuah. Lagipun dah lama tak makan lauk ayam masak merah dengan air sirap cair. (Makan aje!)
So basically ni je yang aku dok buat setiap hari
 |
Menjadi datuk bandar di Cityville. Thanks to Cero. Ko dah bagi aku addict main - -". Jadi jiran aku cepat!! |
 |
Menyambut Krismas di Pet Society |
 |
Membuka restoran mewah basically orang tua ganyut yang selalu datang |
 |
Kena kejar dengan raksasa berbontot tebal dalam Tomb Raider |
Dan cuba menghabiskan novel yang brilliant ini, sampaikan rasa nak stop belajar nak jadi symbolist expert.
Jadi macam mana? Interesting tak hidup aku?? Meh aku tolong jawabkan sekali dengan perasaan bangga.
"YES IT IS!!"