Showing posts with label Nota. Show all posts
Showing posts with label Nota. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Hari Yang Penuh Dengan Cabaran!! (Pelik Pun Ada Sikit)

Bila nak dekat hujung semester ni lah baru keluar semua ledakan assignment, test, projek, presentation. Ye.. ye aku dah cakap banyak kali dah benda ni dalam entry2 lepas. Sengaja nak ulang balik bagi nak meluahkan perasaan tension/penat/muak yang terbuku dalam hati ni. Ke ke ke~~. Bila tengok bilangan comment pun dah makin berkurang. Lagi haru!! Mana semua orang dah pergi nih!! T____T

Oh ya.. Minggu ni aku ada dua test. Lagi dasayat (Tengok!! Penat sangat sampai eja pun salah!!) bila kedua-dua test berlaku pada hari yang berturutan. Tambahan pulak lab report kena hantar pada hari yang sama. CIRIT!!!

Malam semalam test kira2. Lepas tu hari ni test baca2 pulak. Yang paling ajaib masa nak study subjek baca2 ni boleh pulak tertido. Lepas tu bangun balik. Bila nak masuk point no dua, terlelap pulak. (Ko ulang ayat ni 7 kali). Fine aku mengaku aku study sambil baring dekat atas katil. - -"

Lepas tu bila dah nak sampai 3 jam sebelum test baru terhegeh2 cari meja nak study. Bila lagi 2 jam pulak dah tak boleh duduk dah. Terus menghafal sambil berjalan mundar-mandir dalam bilik. Kalau ada batu reflexology dekat lantai bilik aku tu confirm tak payah pakai detox patch dah. 

Bila waktu kritikal dah nak sampai iaitu lagi sejam nak test (Note: Sebenarnya lagi 2 jam tapi satu jam tu digunakan untuk kejar bas. So tak termasuk dalam cerita ini). Tiba2 adrenaline dalam badan naik mendadak. Muncul berbagai idea desperate nak bagi senang hafal nota.


Bagi senang nak ingat terus ambil singkatan kat depan jadi "ALUMA TITACO". Dah macam bahasa Hawaii dah aku rasa. Padahal boleh je aku buat kata kunci "Aku Mahu Tido Cepat". Tapi time tu tengah panik tak sempat pikir dah.



Kalau korang pikir gambar kecik kat bawah note pasal pembentukan zigot dalam tubuh manusia. Salah sama sekali. Aku nak terang maksud dia pun susah. Tapi aku memang boleh dapat ingat semua point tu just hanya dengan berpandukan gambar tu. Yang part orang lidi dalam bulatan tu tak de fungsi sebenarnya, But again panic!. Macam2 boleh berlaku.

Lepas dah sampai dalam kelas. Kena pulak duduk jauh2. Rosak plan nak jeling2 tengok tepi. - -" Btw aku nak cerita something ni. Bila aku pandang je white board dekat depan. Tiba2 nampak gambar nih..


Gambaran semula

Eh!? Ni subjek apa ni?? Siap ada bikar, kaki retort(Ok tak de dalm gambar tu), tungku kaki tiga semua bagai nih?? Bukan ke ni subjek Kimia time high school dulu? Ada ke sukatan pelajaran tu dekat sini. Lagi pun ni bukan Faculty of Chemical nak belajo benda2 cam gini. Lepas tu saiz lukisan tu gigantic (Beso gila!!) betul. Ok2, fokus2 menjawab soalan.

Beberapa minit kemudian lecturer aku tu pergi padam air dalam bikar tu. Dia lukis aras air yang baru. "Eh! Ko ke yang lukis??". Lepas 10 minit lagi dia bangun lagi. Padam aras air yang lama, ganti yang baru. Makin pelik dah aku. Tergangu sekejap proses menjawab soalan2. (Sempat jeling tepi sekejap)

Lepas tu baru aku sedar yang lukisan tu sebenarnya...




COUNTDOWN TIMER!!!!

- -"

Monday, August 16, 2010

Nota Untuk Kamu!!

Mesti awak semua berasa pelik kan. Sebab tidak ada sebarang "Lalala~~~" di awal entry. Hihihi. Itu sebab bukan tuan punya blog ni yang tulis entry ni tau. Beliau sangat lah sibuk dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam minggu ini. Jadi dia telah menghantar saya sebagai wakil untuk memberi nota ini kepada kamu semua.

Akibat busy sangat dia sempat tulis dekat cebisan kadbod yang dia koyakkan dari papan kenyataan dekat ruang koridor fakulti je. (Rasanya kadbod dia yang dia koyak tu pasal senarai nama staf kut.. : x).  Nah! Ini dia!!




-Penghantar cebisan surat yang comel-