ALERT : Review ini adalah 100% berdasarkan pendapat penulis tanpa sebarang unsur hipokrit(konon2 mengaku cerita tu best padahal boring gila sebab nak jaga hati orang yang suka movie tu). Dan review ini bersifat subjektif dimana ia bermaksud lain orang lain lah citarasanya. Kalau aku kata best mungkin ada diantara korang kata tak best. So lepas ni jangan nak serang aku kalau aku kutuk movie feveret korang. << (Gila alert panjang sangat macam nak masuk lab nuclear!!)
Movie Title : The Sorcerer's Apprentice
Sinopsis
Aku ada confession nak buat, aku lupa nak tutup kipas masa nak pergi kelas semalam. =X . Oopss!! Silap confession. Aku sebenarnya memang tak tau movie ni wujud. Dan aku hanya tau kewujudan dia masa aku nak beli tiket dekat cinema tu. Itu pun selepas member aku bagi cadangan nak tengok cerita Mantra (Uwekkk!!). Aku terus cepat2 cari cerita lain konon2 nak elak dari tengok cerita tu. Last2 jumpa cerita nih kat monitor. Sebab tajuk dia macam menarik. (Sekali pandang aku ingat ni reality show Donald Trump "The Apprentice" versi movie). <<< tengok review movie tak start lagi, dok bebel pasal benda lain. = ="
Bukti pembelian.
Cerita ni sebenarnya macam ni, kita rewind balik ke zaman lampau masa magic still digunakan untuk menentang kuasa jahat. Time tu ahli sihir terhebat Merlin (kononnya) still hidup and dia ada 3 orang apprentice. 2 lelaki, Balthazar(Nicolas Cage. Aku kenal dia sorang je dalam movie ni), Maxim dan seorang perempuan Veronica. Last2 si Maxim ni jadi pengkhianat bergabung dengan kuasa jahat Morgana menentang si Merlin ni. Last2 si Veronica ni sedut Morgana punya soul masuk dalam body dia. Lepas tu si Balthazar perangkap si Veronica dengan si Maxim ni dalam satu tabung berbentuk patung. Merlin pulak mati sebab kena attack dengan si pengkhianat Maxim. Sebelum mati dia ada bagi satu cincin berbentuk dragon dekat Balthazar and suruh dia cari 'Prime Merlinian' dengan mengunakan cincin tu. 'Prime Merlinian" tu lah yang hanya mampu bunuh si Morgana buat selama2nya. Tragik gila introduction!!.
Kembali ke zaman sekarang tapi jangan lebih2 sampai tahun 2000 je, si Balthazar dah jumpa sorang budak yang berpontensi jadi "Prime Merlinian" nih (Payah betul nak sebut!!). Tapi malangnya ada satu insiden berlaku (korang tengok sendiri insiden tu, kalau aku explain kang jadi berjela2 panjangnya). Si Baltazar ni terperangkap masuk dalam satu pasu besar sebab nak selamatkan budak tu dari Maxim. (Budak ni gedik gila pergi bukak tabung patung tu last2 si Maxim tu keluar balik!)
Baltazar tengah buat teknik sihir. Manakala Maxim kat belakang dok buat muka pelik kat belakang.
Masa ni Balthazar dengan Dave kat Chinatown tengah lawan Naga. Yes real Dragon. Tapi CGI effect lah.
Sekarang kita kembali ke waktu sekarang. Gila! Banyak betul peralihan masa. Time ni budak tu dah besar. Nama budak tu Dave. Dia ni kan memang nerd gila lah. Lagi2 dalam bidang Fizik. Aiyooo.. Subjek paling aku tak gemar.. So masa time ni si Maxim dan Balthazar berjaya melepaskan diri dalam pasu tu selepas terperangkap selama 10 tahun. Masing2 berebut2 nak cari si Dave ni. Last2 Si Balthazar jumpa dulu and ajar si Dave ni cara2 nak jadi ahli sihir yang berjaya. So berlaku lah macam2 adegan time tu. But at the same time si Maxim dapat keluarkan si Morgana keparat itu keluar dari tabung patung tersebut.
Veronica yang tengah dirasuk Morgana tengah buat aksi pemujaan. "Bangun lah wahai pengikut2 ku!!.Rarrr!" (menipu gila ayat!!)
Alamak!!. So berjaya kah si Dave menyelamatkan dunia ini dari kecaman kejahatan? Berjaya kah Si Morgana mengedik menguasai dunia? So korang tengok lah sendiri kalau nak tau. Aku dah cerita intro pun dah macam buat esei. - -"
Review
Overall cerita ni banyak adegan2 aksi CGI dia. Lagi2 time masa si Balthazar lawan si Maxim. Macam2 teknik keluar, ada satu part tu aku suka. Si Maxim tukarkan kereta biasa ke kereta Sport semata2 nak lari dari Balthazor. Gila smart!! Si Balthazor pun tak mengalah tukarkan kereta dia jadi kereta Mercedes berkelajuan tinggi. Haha. Masing2 nak tunjuk terror lah tu. (Kalau aku ada power macam tu. aku tukarkan handphone aku kepada iPhone. -_ -")
Lepas tu cerita ni banyak lah adegan sengal si Dave ni. Tau2 lah Nerd kan. So action dia kadang2 agak rasa macam nak lempang sekali. But still entertaining. Member2 aku siap gelak terkekek2 time tengok cerita nih. Aku pulak hanya gelak cool dan sopan je masa tu. =P. So dengan ini aku menganugerahkan movie ini..
Tiga bintang setengah!!
By the way. Cerita ni adalah produksi dari Company Disney. So korang boleh lah expect ending dia macam mana. T T.
Nota: Dalam movie ni memang banyak kali jugak lah dia pasang lagu One Republic 'Secrets' yang pada waktu dulu aku hanya memandang hina lagu ni. Last2 aku download lagu ni lepas balik bilik sebab dari perasaan hina menjadi suka pulak. Hahaha. Serius tengok cerita ni akan mengubah presepsi korang terhadap lagu tuh. :) .
So bagi nak rasa teruja korang nak tengok movie ni bertambah. Aku sediakan trailer kat bawah ni. Korang tengok trailer ni macam serius je semacam. Tapi sebenarnya kelakar cerita nih.
P/s : Panjang gila Review!! Tak sengaja...