Lalalala~~~~~
Balik je dari kelas terus lari pergi ke bilik untuk dapatkan laptop sebab nak tengok berapa comment yang perlu aku moderatekan hari ni... Konon2 happy lah bila bukak ada 30 comments yang ada.. Tapi bila tengok kat Dashborad ada Satu je.. T T
Ye2.. Aku paham. Blog ni bukan lah best sangat pun. Yang ko demand sampai 30 comments apasal??. Hahaha. Jadi marilah kita sama2 berpijak di bumi yang nyata. (Korang pun tiba2 terlibat sekali. - -"). So kita tinggalkan topik rintihan hati aku tu sekejap. Sekarang kita fokus kepada benda yang aku lately ni jarang cerita. Jeng2!! Pasal makanan!!! <<<< (baca guna nada happy sambil tepuk tangan sekali.)
So semalam or kelmarin. Sori malas nak ingat balik bila. Hahaha. Member2 aku ajak untuk makan dekat kolej asrama diorang. So lari lah sikit jenis rutin makanan aku untuk minggu tu. Kalau tak asyik sama aja!! tak percaya?? tengok listt kat bawah
Recap semula list makanan yang aku makan untuk last week . (For dinner only!!)
Isnin : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Selasa : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Rabu : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Khamis : Nasi Goreng Cili Padi + Air Soya (Finally!! dapat jugak minum air soya!!)
Jumaat : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Sabtu : Nasi Goreng USA + Ayam Berempah + Air Tembikai
Ahad : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
See!! Asyik ulang2 makan makanan yang sama je!!! Sampai taukeh tu pun dah cam aku. Tengok muka aku siap terus cakap. "nak kueh tiow goreng ke?".. Miahahaha. Pernah sekali dia pernah cakap. "Adik, Tak bosan ke asyik makan Kueh Tiow je. Kesian akak tengok. Order lah lain". << Akak ni dah salah faham aku ni pelajar miskin tegar!!! Noooo!! ;'(
So back to our topic. Mari kita lihat menu apa yang aku pilih masa pergi cafe kolej kawan aku tu. (Bukan Kueh Tiow Goreng ye. Aku pun boleh muntah kalau makan hari2)
Tada!!
Nasi Ambang!!! (Bukan Ambang di Aidilfitri..)
Kalau orang Johor mesti tau makanan ni. Tak tau kenapa. Maybe sebab berasal dari sana kut. Aku bab2 history nih lemah sikit.. T T. By the way tak perlu lah aku nak ceritakan apa yang ada dalam makanan tu sebab aku dah labelkan sekali. So senang nk refer.
Sori bentuk nasi tu dah cacat. Sebab tengah aku dok kuis2 nasi tu tiba2 teringat "Gambar lupa nak amik!!".
Conclusion nya nasi tu memang sedap sampai habis licin aku makan semuanya tinggal lapik daun pisang tu je!! (Ok2.. Ikan kecik tu aku tak makan sebab kecik sangat sampai nak amik isi dia pun susah. <<< DASAR PEMALAS!!!). Lepas tu siap boleh ugut lagi member2 aku yang lain bagi sambal lebih dengan kelapa tu kat aku. Tak cukup weh!! =P. Mee goreng di sedap kut!!! Aku rasa nak order lagi satu pinggan untuk mee goreng je. So brove makcik resepi ni. And atelah memperdayakan saya untuk membeli lagi. (Aku rasa ni mesti jampi2 nih bagi laris.. Miahahahha)
Meh2 lihat minuman aku pulak.
Cola Fizz!! (Versi duplicate + murah A&W Float Rootbeer)
One word je boleh describe minuman ini. YUMMY!!!! << Memang lah yummy dah banyak gula!!!
Tapi aku ada conffession nak buat. Korang nampak tak gelas air lagi satu kat belakang tu. Itu baru gelas aku - -". (Dah separuh ko telan baru teringat belum amik gambar!!!). So terpaksa curi gelas member aku punya.
P/s : Aku rasa aku patut makan kismis sebab asyik lupa je lately nih..
P/s : Aku baru sedar yang review aku kali i tak semantap dulu2. Patutnya aku lebih fokus pada tesktur makanan, rasanya, bau aromanya. Tapi ni tak bebel je sorang2.. - -"