Entry ni sepatutnya aku publish hari Sabtu lepas. Tapi masa tu ada banyak pulak benda nak cerita kat korang. Tu yang terus tertunda. Haha. So sebelum aku melalut sampai jadi 2 perenggan. Meh kita terus ke topik yang sebenar.
Jumaat yang lepas aku ada singgah dekat satu gerai makanan ni. Korang jangan ingat aku singgah saje2 je. Masa tu aku dalam perjalanan pulang ke kampung setelah menetap dekat KL selama lebih kurang 2 minggu. Time tu pulak aku tengah nyenyak dibuai mimpi dalam kereta and suddenly kakak aku kejutkan aku untuk bangun pergi makan.
Masa tu kitaorang parking jauh sikit dari gerai tu, so kena lah jalan sikit. Time tu pulak aku amik kesempatan tanya lah nak makan kat mana. Sambil abang ipar aku jalan dekat depan. Aku dengan kakak aku gossip kat belakang. Wakaka. Kakak aku cakap yang gerai ni pernah keluar dalam Jalan2 Cari Makan. Siap si Serina tu makan benda alah tu.
Lepas tu baru aku tau yang benda alah tu ialah Mee Udang Banjir. Untuk pengetahuan am korang. Aku ni bukan lah peminat mee2 alah ni. So tak lah berapa nak excited sangat.
Bila dah sampai kat gerai tu kami mula lah order Mee yang konon2 yang 'sedap' seperti yang diwar2 kan oleh si Serina tu. Aku tengok pun tak lah ramai sangat orang dekat gerai tu. So aku tak nak terpedaya macam aku kena tipu masa time makan nasi kicap aritu!! Klik SINI untuk tau apa yang kecoh2 pasal nasi kicap tu. Finally lepas tunggu lebih kurang 5 minit. Mee tu siap dihidangkan!!
Kagum tak??? First2 aku sedar yang bau aroma daun ketumbar menusuk ke dalam hidung aku. Memang macam menyelarakan!! Korang nak tau tak berapa ekor udang dalam tu?? Tengok gambar ni pulak.
Amik ko!! Cepat kira berapa udang tu!! Ada 7 kan? Tu baru permukaan je. Tapi sebenarnya ada lagi 3-4 ekor lagi yang berlegar2 bawah mee tu!! Serious!! Memang banyak udang!!.
And bila aku rasa kuah dia. Y.U.M.M.Y!!! Mak ai!! Aku yang bukan fan mee pun boleh kata sedap!! Memang betul kata Serina tu. Tambahan pulak dengan percikan jus limau nipis!!. Nyum nyum!!. Dan aku berjaya habiskan mee tu dengan perasaan rela. Bukan lagi paksa rela macam aku makan mee2 yang lain.
Kalau korang berkesempatan try lah rasa. Gerai tu terletak kat Tanjung apa ntah dekat Daerah Sekinchan. Sorry aku lupa pulak nama tempat tu. Tapi ada tanjung depan dia. Satu mangkuk harga dia RM5. Memang berbaloi. Kenyang makan. Udang pun fresh2 belaka. Cakap banyak pun tak guna. Korang kena rasa sendiri. Baru paham apa yang aku dok bebel tu. :)
P/S : Serina yang aku maksudkan bukannya Serina dalam cerita Gossip Girl tapi Serina anak Chef Wan. Hahaha