Dah lama agaknya tak buat tutorial berkaitan makanan. Lepas tu update blog pun dah tak serakus dulu. Dulu kalau pasal hal kecik2 pun nak buat entry. Memang betul lah orang cakap, masa akan mematangkan kita. Cewah!! LOL!
Ok back to our topic hari ni aku nak tunjuk kat korang semua cara2 nak buat Orea Milk Ice Blended. Tau tak betapa senangnya kalau nak buat sendiri! Tak perlu amik short course pun nak master resepi ni. Senang aje weh! Main campur aje. Believe me! I've done it. Kalau tak tak de lah aku tunjuk. So basically ini antara bahan2 yang perlu kita ada! Kalau takde cari sampai takde. Kalau takde jugak tak payah buat.
Bahan Utama
1) Susu Lemak Rendah HL. Perisa Asli ya. Sebab ko nak buat Vanilla. Kalau nak buat Oreo Coklat ko beli perisa Coklat. Btw jangan beli brand lain. Brand lain tak sedap! LOL!
2) Of course lah Biskut Oreo. Kalau tak de boleh panggi resepi ni Vanilla Boring Ice Blended. (Pssst! Kalau nak save budget boleh lah beli Cream-O ke ataipun beli timbang kati kat kedai. Tak de orang tau pun)
3) Dan beberapa ketul Ais Batu.
Bahagian Topping *Optional (Kalau ada lagi sedap! Serious!)
1) Whipped Cream. Agak expensive lah benda alah ni. Tapi kalau ada memang sedap owh. Tak rugi beli. Tapi kalau yang reti buat sendiri boleh jimat lah tang sini. Aku tak reti buat so aku beli.
2) Hah! yang ni optional. Nak bubuh tak pe tak nak bubuh takpe. Chocolate Rice.
Cara-Cara Membuatnya
1) Amik blender. Lepas tu masukkan 2 sudu gula
2) Masukkan air susu sesedap rasa. kalau nak buat untuk sorang je tak payah lah bubuh banyak2.
3) Lepas tu masukan Ais Batu. Pastikan Ais Batu tu dalam ketulan2 kecik. Kalau nak bender melayang2 dekat dapur boleh bubuh ketulan yang besar2
4) Then bubuh Biskut Oreo dalam 3-4 keping. Kalau korang rasa "Oh! Saya rasa saya tamak!" Boleh letak lebih lagi. Tapi aku prefer bubuh sedang2 lah. Kalau bubuh banyak2 baik ko makan je lah Oreo tu senang. Remember moderation is always the best!
So rupa2 dia lebih kurang macam ni. |
Selepas beberapa minit, Voila! You got yourself a complete recipe of Oreo Milk Ice Blended. Owh ya! Bubuh whipped cream dekat atas dia. Then sprinkle some Chocolate Rice.
Tada!!!
Sekarang baik korang ngaku! TAK KE NAMPAK SEDAP!!! Rasa dia sejibik macam ice blended dekat CoolBlog woo! Siyes! Ni bukan propa ke hapa. |
Dan ia juga amat sesuai dihidangkan bersama dengan makan malam.
Rasa macam golongan bangsawan barat pulak. Ehem! waiter! |