Showing posts with label English. Show all posts
Showing posts with label English. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Mean Atau Means?


Tau tak kadang2 aku rasa keliru betul dengan penggunaan kata mean dengan means ni. Kedua2 perkataan macam sama tapi dua2 ada maksud dia yang tersendiri. Ni lah dilemma yang dihadapi oleh orang yang lemah grammar macam aku ni. T___T

Contoh lah aku buat ayat macam ni.

I mean you are crazy!

Lepas tu almaklum lah sebagai seorang yang cermat (LOL!) aku akan check balik ayat yang aku buat (sambil menarik sedikit cermin mata ke hidung). Lepas tu aku jumpa sesuatu yang tak kena. Bukan ke "mean" tu maksudnya kejam?? I mean this mean!!



Jadi bila nak translate kan ayat tersebut. Dia akan jadi macam ni,

Aku kejam engkau memang gila!

Walhal aku nak maksud dia macam ni,

Maksud aku engkau memang gila!

See!! Sekarang macam mana? Disebabkan dulu aku ada penyakit Saya-Malas-Nak-Check-Betul-Ke-Tak. Maka aku gantikanlah perkataan mean kepada means. Hah! Baru lah betul. *Rasanya lah*. Sejak daripada hari tu muncul lah Mr. Confident dengan menggunakan semua perkataan means dalam semua ayat yang berkaitan.

I means your pimples is really big! Yucks!

I means you are really hideous and fat.

He means that the old man is his long lost grandfather.

And you know what? Penggunaan means yang aku rasa betul dalam semua perkataan2 diatas tu adalah SALAH SAMA SEKALI!! *Bunyi petir*. Dia ada masanya guna mean atau means. Bukan semua ayat ko nak taram dengan perkataan means. 


THE TRUTH

I, you, we = mean  (First and Second person)
He, she, it = means (Third Person)

Nampak tak bezanya??? Jadi ayat yang betulnya ialah :

I mean you are crazy!

I mean your pimple is really big. Yucks!

He means that the old man is his long lost grandfather.

Sekarang selesai satu masalah. Daripada jadi Duta Makanan sekarang aku dah jadi English Teacher wannabe pulak. HAHAHA. Pardon me. Tapi benda ni sangat menggangu fikiran sekali selagi tak terungkai jawapannya. Sekarang dah selesai boleh lah aku gunakan perkataan ni secara berleluasa tanpa ada perasaan ragu2 lagi.

Thursday, August 5, 2010

Cuak Gila Nak Bercakap Dekat Depan!!

Lalalala~~~~

*Ini adalah entry sebelum aku buat presentation untuk subjek English pada pagi nanti*

Wah!!! Gila scary nak present depan orang. Even though aku dah buat present ni banyak kali. Tapi rasa takut dia still ada. Bila dah berdebar sangat mula lah nak pergi toilet semua bagai. Hissh!!. Btw tengok!!! Aku siap bangun awal2 lagi semata2 nak menghafal apa yang nak aku cakap nanti. Buat masa sekarang semua still in control. Tapi kepala otak dah mula pikir bukan2 apa yang akan terjadi masa present nanti. And the worst part is:

Tiba2 blur dekat depan tak tau nak cakap apa. Dengan semua orang tertanya2 apa yang ko nak sambung lepas ni. Padahal ko dah hafal dengan mantapnya pada malam sebelum itu.

Sepatutnya group aku present Isnin lepas. Tapi tiba2 masa time kitorang nak bangun, group lain pulak pergi ke depan. Like WTH!!! Rupanya2 salah seorang daripada ahli group diorang tak de masa hari Khamis ni. Cis!!! Penat aje aku berdebar semua. Siap berfikiran positif lagi pikir semua orang yang tengok aku present nanti sebagai rumput kering. Last2 kena bawak ke hari Khamis. 

And apa yang aku tengok Isnin lepas. Lecturer aku ni agak lah strict orangnya!! Shoot!! Korang tau tak. Kalau ada something jijik kat slide korang tu. Masa last sekali dia akan serang korang secara dasyat sampai korang boleh ternganga2 nak  jawab kat depan tuh. And I saw it twice dekat 2 group Isnin lepas!!. And its horrible!! Macam nak pergi berperang!!

Btw ini adalah cover slide presentation aku.

Comel tak?? Miahahaha

Btw jangan nak tanya kenapa pilih group nama Believer. Aku pun rasa macam something wrong je dengan nama tu. Macam Beaver pun ada. (- -"). Ini semua kes gara2 panik lecturer nak nama group time tu jugak. Angkara dah tak de idea semua orang setuju je dengan nama tuh. Haissh!! Ni leader punya pasal lah nih!! Aku lupa pulak. Aku lah leader group tu. (- -"")

Wish me luck ok!! I really need it!! Really~~~~~

*UPDATE*
Alhamdulillah!!! Presentation berjalan dengan lancar! Lecturer aku tak tanya apa2 soalan pun. So aku assume semua ok lah. Miahahaha..  Tak sia2 aku bangun awal2 pagi. Tapi ada satu part aku tersasul. Instead of saying Social aku tersebut Sexual!! LOL!!! Malu gila!!!