Saturday, December 31, 2011

Shodate #3 (Final)

I do have a confession to make. Start from tarikh akhir aku post entry, tu lah time yang paling last aku bukak blog. Nak kata busy sangat, rasanya boleh jugk menyelit-nyelit beberapa nak update kalau nak. Tapi tu lah, I guess other social networking macam lagi interesting at this moment. But still my passion of writing still not faded away. Cuma problem sekarang ni mana nak cari sumber nak tangkap gambar. A handphone with only 3 megapixel with no flash is not a good option. Bukan tak bersyukur ke apa at least ada juga function camera kan tapi kalau ada flash option tu pun jadilah walau 3 megapixel pun. Tapi at this moment hidup lah dengan apa yang ada. =)

Well 2012 is just around the corner, bukan kata corner je ni memang lagi beberapa tapak ni nak sampai. And I really hope this new year is not gonna wasted just like these past years. More great moments too!^^. Happy new years guys. Have a bless year! 

Monday, December 19, 2011

Shodate #2

Enough with all the ranting about educational stuff. Kalau tiap-tiap entry nak mention benda-benda tu pun bukan boleh siap sendiri kan? Oh last entry ada 1 comment received. Kah kah epic betul. = ="

By the way sekarang dekat panggung tengah hot cerita Mission Impossible right? Mostly respon semua kata best, tapi bagi aku sekali tak tengok cerita tu selagi tu lah tak puas hati. Tapi hati ni memang nak membuak-buak nak pegi tengok. Owh! Plus! Sherlock Holmes Part II pun dh kuar jugak kan. Gosh! Gila dulu sanggup pinjam buku tebal Sherlock Holmes ni kat sekolah tapi lepas tu tengok dalam dia Bahasa Indonesia. Stress!!! 

P/s: Beriya dah berdiri tepi jalan tunggu bas nak berenti. Last-last syupppp~~ berlalu pergi. Mengong! 

Sunday, December 18, 2011

Shodate #1

Mostly semua due date assignments, group projects, fyp, slides-making, presentation and tests di'sardin'kan 2 minggu ni. GILA!  

- Dalam 2 minggu ni nak tulis macam ni je sampai new year. Sebab budget busy kan. Sampai nak but 5 random things pun macam tak sempat. Oh btw entry yang kasut sukan tu budget nak publish last week kan? Haram satu pun tak publish. Kah kah nasib lah ko readers oi.  

Thursday, December 15, 2011

Ehem!

Bila ko nak order sirap limau tapi tak perasan mulut ko tersebut limau ais lepas tu bila dah siap bungkus baru perasan, tu lah petanda hidup akhir semester yang hura hara busy dengan semua kerja dah datang menjelma. Tapi apsal ko still acting cool padahal due date projek semua makin hampir? 


*WZ_makanDoubleBurgerSpecial01.jpg*

Thursday, December 8, 2011

Pssst!

Baru sampai dari rumah! 

 

Akan pakai benda alah ni untuk join satu aktiviti yang tak pernah terpikir oleh WZ si antisosialis pada hujung minggu ini. Details will coming up soon.

-Budget artis lah kengkonon nak buat teaser bagai macam ni? Pftt~~

Saturday, December 3, 2011

Friday, December 2, 2011

Day 9 - A Song That You Used to Love But Now Hate

Ekhem Ekhem! Kembali lagi dengan esaimen kesembilan. Fuhh!! Sabar-sabar ada 5 lagi habis semuanya. Sebenarnya seksa tau tak tengok benda alah ni. Tak habis-habis dari dulu macam ko buat hari ni satu task, esok datang lagi yang baru. Biar betul! Tapi nak bila dah sign kontrak(?) tu kenalah buat sampai habis. 

*tarik nafas*

Saya suka buat Song Challenge!! 

So basically kali ni dia nak lagu yang dulu memang ulang 100 kali pun macam still macam eh sedap gila tahu tapi lepas macam beberapa ketika (depends terhadap individu) bila dengar balik. "Apa yang aku fikir dulu masa dengar lagu nih?!". *kerut-kerut dahi*

Macam tu lah lebih kurang. Tapi in my case jarang benda ni berlaku sebenarnya. Tapi kalau lagu tu aku benci gila macam nak lempang laju-laju penyanyi dia tapi lepas tu senyap-senyap download tu selalu lah weh. Muahahaha. 

*selepas beberapa minit selongkar playlist lagu*

Jadi aku dah cari memang takde satu pun yang aku benci. Cuma kalau bosan tu adalah. Tapi lepas tinggal 2-3 bulan lepas tu dia ok balik. Tapi-tapi at this moment there is this one particular song yang macam ak dengar macam, APA NIH!!!


Kushion ke ntah apa nama dia payah sangat nak sebut. Lepas tu budget lah kengkonon hip hop bagai lepas tu tiba-tiba ko meroyan ulang-ulang sebut semua jenama-jenama branded apa hal?. PFFTTTTT~~~

Thursday, December 1, 2011

M&M (Miah & Motor)


Sampai sekarang Miah tak pandai-pandai MENUNGGANG motorsikal sampaikan ada kes dia terlanggar POKOK bunga raya Auntie Bella (Jiran Sebelah) sampaikan KAKI terperosok masuk dekat dalam tayar motor. Tapi akhirnya selepas cubaan kelima Miah berjaya mendapat lesen motor sendiri. Ini kerana:

1) Abang Miah bosan dengan kegagalan Miah lalu meletakkan Koleksi PINGGAN seramik kesayangan Emak di dalam raga motor secara senyap-senyap dan Miah hanya terperasan Pinggan-Pinggan tersebut semasa ujian menaiki titi. \(o.o)/

2) To be honest sebenarnya Koleksi PINGGAN Seramik emak >>> Nyawa Miah sendiri. T___T.  

3) Emak mengetahui perbuatan abang lalu bergegas ke tempat ujian dan menjerit-jerit dari tepi sambil mengugut Miah sambil melalukan GUNTING di lehernya berkali-kali.

4) Ugutan Emak + Kes Kaki Terperosok = Lesen P

5) Abang Miah di ‘ban’ dari mendekati Koleksi Pinggan Emak.

*****************************************************************************************************************

Tak payah lah nak bersimpang-siur lapik kata tulis "Ehem sebenarnya dah 2 hari saya fikir cerita nih. Harap korang suka lah ye. Hihihi". Lempang kang! Let's straight to the point. Korang pergi blog ni,

>>> SINI

Then cari komen aku sejibik macam cerita dekat atas. (Paling obvious sekali! Sebab spacing macam esok tak de lagi.) Then klik LIKE. Then you can pat yourself for making a good deeds for today. Congratulations!!!

p/s: So contest yang memerlukan bilangan like yang banyak, really WZ ko nak join? Really? T____T
-cubaan terakhir untuk survive di akhir semester.

Saturday, November 26, 2011

Mata Satu

Just received this buah tangan from my classmate. 


Dari Turkey weh! Turkey! hahaha. Aku plan nak gantung keychain ni dekat pendrive. Jadi senang pendrive tak cicir. Oh tetiba teringat pendrive yang dulu letak keychain crystal dari Myanmar boleh tercicir pegi mana ntah. tsk tsk tsk. Selain tu motif yang lain ialah bila nak mintak file dari sesiapa ke mesti ada yang tanya "Eh? Peliknya keychain ni. Beli dekat mana ni?" "Owh, Ni dari TURKEY sebenarnya". *sambil buat muka riak*. 

Sebenarnya bila first time tengok benda ni terus terlintas dekat minda. "The All Seeing Eye!!! THIS IS ILLUMINATI STUFF!!" *panicking* kah kah kah. Epic fail!

Actually simbol ni tanda "bringing you a good luck" dekat Turkey. Memang common dekat sana. So tak payah nak paranoid sangat boleh? LOL!

Bila letak selonggok macam ni macam ada yang memerhati pulak rasanya.
Bila mention pasal Turkey what is the first thing yang terlintas dekat fikiran korang. Me? To be honest aku cakap dekat budak-budak ni. "Dekat sana aman ke?" T_____T

Friday, November 25, 2011

Lirik Misteri

Kalau korang pernah dengar atau tak lagu ni itu tak menjadi persoalannya sekarang. Yang penting sekarang adalah pada lirik lagu ni.  This is what you have to do before listening to this song.

Step 1 : Get yourself an ear bud and clean your ears as clean as possible. Ear bud kalau boleh 100% cotton supaya telinga anda tidak mudah cedera.

Step 2 : Dengar guna earphone. (strongly suggest) Kalau takde guna speaker pun boley.

Step 3 : Hanya fokus pada saat 0:00 hingga 0:06 SAHAJA! Kalau nak dengar full song dengar lain kali. Sekarang fokus tang tu je.

Step 4: Klik button play.



***************************************************************************************************************

Aku nak tanya lah kan. English aku ni teruk sangat ke sampai tak boleh paham apa yang dia sebut? Or is it some kind of other language?

Well done noisy boy ai why a langsai deman Jay ara.
Ya ga ooo! KL

Aku rasa ni mesti campuran Bahasa Inggeris dengan Africa.

Song : Iyaz- Solo

Sunday, November 20, 2011

5 Random Things #11

Rasanya selang beberapa dari entry ni ada entry pasal randam things nombor 10 punya kan? Nampak lah sangat sekarang ni tak berapa nak berupdate blog. Macam mana nak kaya kalau macam ni?? Haisssh~~ *mengeluh panjang*

#1 Macam biasa hari ni round-round satu Jusco untuk hilangkan stress study yang seminggu tu (weak excuses) and then suddenly ternampak satu kedai yang macam tak familiar betul kedudukan dia dekat situ. Hurmmm! Sah-sah lah kedai baru bukak. Then terus try beli satu nak rasa. 

T'Blooger  chocolate milk tea.  
Padahal sebelum tu dah beli coolblg Oreo dah. dasar 3 perut betul. Ok, ok sebenarnya kawan yang beli tapi dia tak boleh habiskan so dapat kat aku. Kedai ni macam Coolblog/Each A Cup jugak tapi almost semua drinks dia ada teh dalam dia. Kengkonon tu lah yang membezakan dia dengan yang lain. Kesimpulannya rasa air yang aku order tu 80% rasa tea 20% rasa coklat. So far taste dia ok lah. Ke aku ni memang hadap je semua benda boleh masuk perut?

On the side note apsal semua air-ais blender ni kena letak kata akar blog diakhirnya? Pelik betul. Nak kata ada blog takde pun.

#2 Masuk-masuk bilik terus nampak nota atas meja study jadi macam ni.


I'm sooo sad. Atap bumbung bilik bocor then terpercik kena nota. Tau lah printer saya bukan jet laser print punya. T__T

#3 Esok malam adalah my ever first mock interview. Hati ini mula tidak tenteram. Bila teringat interview ni mula teringat aksi peserta gaduh dalm cerita Donald Trump yang "The Apprentice" tu. Patut ke mulut kena lantang dan ganas sebegitu rupa melawan 6 candidates yang lain? LOL! But most important wish me goodluck ok.

#4 Dah rasa Pizza Hut Ultimate 7 Cheese Pizza and the taste was like...

Camera handphone time ni berkabus pulak kan, sedih betul.  Tapi korang bayangkan je lah tu special effect dari adobe photoshop professional edition.  
totally plain. Haha. What do you expect from cheese right? Better lagi kalau order yang normal set pizza punya. *kecewa*

#5 Running Man is the best variety show on Earth!.. yet. 

Monday, November 14, 2011

Day 8 - A Song That Describes You

Kah kah kah. woi lama gila tinggal benda alah ni. Memang dipandang sepi betul! Kan aku dah kata dulu memang sampai akhir tahun pun tak siap-saip. Memang dasar suka buat kerja bertangguh sungguh. Tapi boleh je sebenarnya kalau aku macam ala-ala buat lupa eh? Bila masa pulak aku ada buat challenge nih? Lepas tu delete semua entry berkaitan *evil smirk*  Tapi memandangkan tak nak pupuk sifat mazmumah iaitu suka buat kerja bertangguh aku buat je lah. Lagi pun ada lagi... WOI 6 HARI LAGI! T___T.

So this time around dia nak lagu yang kalau terdengar akan wajib menjerit "weh ni aku nih aku!" *sambil menujah-nujah jari ke screen lag* LOL! Jadi scroll punya scroll dekat playlist lagi. Adalah dalam 7-8 kali sebab tak jumpa pun satu yang sesuai. So aku amik yang hampir-hampir lah ek.

#OneRepublic -Stop And Stare


"Stop and stare. I think I'm moving but I go nowhere"
Thats it! Jumpa lagi untuk esaimen ke sembilan! Gamaknya lagi 5 dekad kut baru siap challenge ni.

Sunday, November 13, 2011

5 Random Things #10

Sebelum mulakan point pertama sila berikan tepukan gemuruh untuk diri saya (sopan) sebab dah berjaya publish sebanyak 10 entry yang berunsur kerawakan!!! *clap clap*


Ok fine! Let just start the randomness.

#1 Boleh ucapkan selamat datang kepada WZ versi ketagih JDrama. 2-3 minggu ni banyak betul time marathon drama-drama Jepun. Waktu makan yang biasanya 10 minit terus jadi sejam sebab nak habiskan satu episode kan. Ni lah bahananya kalau dah dapat update external hard disk. = =" Setakat ni dah 2 drama sempat khatam tengok. Whis are :

Bloody Monday Season 1 & 2

Galileo


Nak habiskan dia punyalah sampai tertidur-tidur dibuatnya. But both drama are recommended to watch. To be honest lah kan aku prefer JDrama dari Korean drama. My excuse, Jdrama ni tak meleret sebab mostly episode dia between 9-12 episode. Haaa jadi cepat lah habis nak tengok. Tapi sekarang dah habis semua stok drama dah. So mana nak dapat lagi? Hahaha, mysoju.com adalah jawapannya. Tengok secara online. Tapi itu pun kalau internet laju lah. Next stop maybe Boss? or Code Blue 2? Ke korang ada suggestion drama-drama yang best lain.

#2 Perasan tak perasan tak lately ni aku tak balas pun komen korang dekat bawah. Bukan sombong ke apa cuma aku macam eh takde moodnya nak taip semua. Malas nak sugar coated kata busy lah hapa. Straight to the point terus. Tapi aku baca dengan kyusuk tau tak! I really appreciated it. Tapi jangan risau lepas ni aku balas komeng-komeng tu balik lah ye. 

Tapi aku nak tanya lah kalau dapat komen macam ni;

" Bestnya!" @ "Wah!"

 Korang nak balas apa? I really don't have any idea.

#3

See Katy! Siapa kata kalau takde adegan seks dalam satu-satu MV tu dia jadi tak best? This one proves it. Ok-ok lah aku dah spam link vidoe ni kat twitter sampai semua dah muak kan. Tapi aku nak tepek jugak. 

Quiz time!! Ok mari teka umur katy time ni. My guess is between 65-70. Hahaha btw rambut tu tak boleh lebat lagi ke tua-tua ni? oh lupa Yun Nam Haircare.   

#4 Teringinnya nak buat Vlog. Tapi takde courage nak buat satu. Hahaha. Biar lah blog ni popular dulu baru aku buat satu. Which is not gonna happened. =P

#5  Woi!! What is this!?


Sabar, sabar. Masanya akan tiba.

Saturday, November 12, 2011

Awak Gemuk Lah! Pffft~~

For almost like couple of months, kalau jumpa sapa-sapa je pun the first thing yang akan keluar dari mulut orang tersebut adalah berkaitan saiz fizikal badan? Bukan tanya sihat ke tak. Contoh lah kan contoh :

#1 'Eh, WZ dah nampak berisi lah'  >> (Ni boleh tahan lagi sebab tapis kan)
#2 'Ko nampak berisi sekarang!' *mata tercelik tak percaya*
#3 'Gemuknya ko sekarang!' (Berdesing telinga dengo. Tapi lelama macam nak biasa. =(
#4 'Weh Gemuknya ko! Patut kena buat lipo suction ni!' (Ni kuang hajo. Mujur lah ko kawan baik aku kalau tak! Man! You in trouble *asah2 pisau*)

Tengok lah tengok masyarakat sekarang begitu obses dengan rupa fizikal manusia. Gemuk kemain komplen time kurus tak de lah puji melambung. #emoquote 

Tapi disebabkan ingin kurus kembali bukan disebabkan presepsi orang tapi more to sudut kesihatan. Takut in long terms nanti boleh dapat penyakit bahaya kalau tak control pemakanan. (potong kaki sebab diabetes adalah nightmare yang selalu terbayang. =S)

Disebabkan aku ni jenis banyak lah jugak gerak-gerak kan ke sana kemari (more like terpaksa). So pelik lah why the hell masih berisi lagi ni?? So someone answered it dekat twitter yang kata kalori yang ada tak cukup dibakar. Jadi kata kunci disini ialah KALORI ye KALORI bukan pasal ko telan coklat ke hapa.

So i've decided nak kira kalori untuk satu hari makan.

For basic info purata yang diperlukan oleh seorang lelaki comel dewasa ialah 2500 kcal. Kalau tak comel tambah lagi 300 kcal ok. Muahahaha. Ok-ok serius. 2500 kcal sahaja (Meanwhile untuk wanita = 2000 kcal dan kanak-kanak = 1800 kcal)

Klik untuk pembesaran 3 kali ganda!! itu pun kalau rajin lah. Tak paksa pun.
See dah lebih 300 kcal. Itu baru sehari, kalau 30 hari? darab darab! Aku tak nak darab nanti gerun. = =". Tapi sekarang macam bagus lah sebab mostly semua product makanan ada maklumat pemakanan dekat belakang. Jadi macam mudah nak control kalori yang ditelan. Lepas ni nak ucapkan selamatkan tinggal kepada kudap-kudapan dan 2 sudu susu pekat F&N =(

P/s : Kalau lebih takpe janji boleh tebus balik dengan bersenam! Yosh!!

#Nak Check kalori makanan tertentu? Boleh klik SINI dan SINI. Prefer yang first one sebab lagi details.

Wednesday, November 9, 2011

*Lambai-Lambai Tangan*

Excuse me sebab lama tak hapdate. Lagi-lagi bila dah ada dekat rumah ni. Banyaaaaak keje nak kena buat   sampai sedar. 'eh? dah malam!' *gonyoh-gonyoh mata*  lepas tu internet pulak macam grandma tua bertongkat pun lagi laju jalan gamaknya. Lepas tu tnegok blog list kemain semua dok hapdate berdozen entry aku tak baca lagi. Habislah, habislah semua nanti kata aku sombong lepas nih. Sobs sobs. =( But have no worries malam ni   akan bertolak semula ke kampus so akan khatam baca semuanya entry nanti. HA HA HA HA. (gelak takde motif).

Kengkonon nak letak gambar sup tulang dekat sini. Tapi malas betul rasanya nak amik handphone dekat atas peti ais. So korang imagine lah sendiri ye. 

 *Gambar Sup Tulang*

Ok bye.

{UPDATE}

Kemain semua macam tak puas hati bila tak letak gambar sup tulang tu. Ni haa aku upload kan.

Hadapkan! HADAPKAN!!! *jegil mata*

Thursday, November 3, 2011

Chocolaty Day

Dah 3 hari Pesta Chocolate slash PC dekat sini. Tapi apa yang aku tengok gerai PC yang lagi banyak daripada gerai coklat. Ini adalah penipuan kepada pihak pengguna!! Sebab masa tengok banner hari tu perkataan Chocolate tu yang macam ditekankan dalam tu. PC tu macam ala-ala sampingan lah nak bagi meriahkan majlis dan aku expect kengkonon ada lah dalam 15-20 barisan gerai coklat yang macam meriah gila lepas tu banyak kakak-kakak jerit buat promosi nak tarik perhatian. 'Cokelat runtuh! Cokelat runtuh! beli 2 percuma 4!! Beli sekarang!" Haaa lebih kurang macam tu lah. Tapi last-last indah khabar dari rupa. Kakak-kakak dekat situ semuanya pendiam.  Tapi at least improve lah daripada last year. 

So macam biasa kalau tak de fondue coklat memang tak sah. Saja betul lah kan nak tarik penggemar coklat datang tebar duit banyak-banyak sampai kempis wallet kan. Pfft~! Tau sangat lah muslihat penjual-penjual coklat nih. KO INGAT AKU NAK TERPEDAYA! Baik pegi check some of cool gadgets dekat gerai hujung belah sana. 

5 sticks for 5 ringgit. TERUS BELI! Abaikan gerai gadgets.

Zoom in kengkonon macam nak menghayati kesenian coklat yang bersalut  marshmallow. 
Ko tak rasa ke macam yummy gila! Kalau tak, rasanya korang yang gila. Lepas tu sempat beli TIRAMISU. YA KEK TIRAMISU! buka jenama tisu. Brush up your knowledge pelis. 

Memula dia kasi testing satu sudu. Ingatkan rasa dia macam some kind of cheap cake product made from cheap oven. Lepas rasa tetiba je cawan ni ada dekat dalam beg. Pelik betul! Hoi jangan nak kata aku mencuri. Sekeh kang.


Haa! nampak tak serbuk dekat atas tu. Tu serbuk nescafe/kopi. Rasa dia memang UH -MA-ZING. You guys should try it! 
Dia tiga hari pesta ni. So aku cadang nak pegi tiga-tiga hari ni then tapau segala apa yang boleh. I mean yang belum rasa lagi lah. Lepas tu nak rasa semua tester yang ada. 

Saturday, October 29, 2011

5 Random Things #9

Boleh tak kalau aku letak gambar je lepas tu korang teka sendiri apa yang aku buat? Tak tau lah semangat pemalas mana datang merasuk sampai taip pun jadi malas sungguh. Bukan taip je malas. Even study, pergi cafe,  mandi, berak semua jadi rasa maleh. MALEH MALEH! *self slap* 

#1
Menonton ceramah secara live dekat monitor. Pasal pengurusan economi apa ntah . Lawak betul letak lampu meja dekat sebelah kengkonon tak nak nampak awkward sangat lah.
Ceramah live lah sangaaaaat!!! Ko ingat nak sangat lah aku dengar ceramah-ceramah waktu hujung minggu ni. NAK KE? NAK KE! In your dream!

Wanita Misteri. You know who.
Lucky ke tak lucky bila ko bayar duit karok untuk sejam lepas tu dapat free pulak untuk jam kedua? Maknanya total 2 jam ko melalak dalam tu. Bila dah penat duduk nak karok sambil baring pun boleh sebab ada sofa empuk disediakan. Jadi apa lagi gunalah semua perkhidmatan yang ada. "Excuse me can I have a cup of tea please?" 

Baru perasan suara tetiba macam tersama vokal range dengan bruno mars. So repeat lagu Grenade macam esok tiada lagi. 

Don't ever look back guys don't ever! Maju ke depan! Lepas tu vocal range tersama pulak dengan Katy Perry? Astaga. Tak ke flexible vokal range aku nih? Rebecca Black meet your new rival.

#2 Lepas habis studio rakaman, merayau-rayau sekejap and jumpa satu gerai jual takoyaki. Konon tak puas hati sebab semua orang kata sedap tapi ko makan dekat Jusco hari tu tak sedap langsung so try beli yang ni pulak. And you know what? Lepas beberapa gigitan terus rasa macam nak cium tempat masak takoyaki banyak-banyak kali. SEDAP WEH SEDAP! 


Inti dia dalam ni memang pure sotong sebab boleh nampak kaki(?) sotong terkeluar masa tengah gigit. Dengan kuah dia pulak baik punya meresap masuk sekali dekat tepung tu. HAHAHA I'm sooo happy.

#3 After that 'happy incident' terus ke panggung wayang tengok Real Steel. *gegas-gegas bergerak sebab macam hai jadual ketat betul. LOL*


And the mooovie was UH-MA-ZING. Punya lah berdebor-debor rasanya time tengok robot-robot tu bergusti. Feeling dia macam nak bangkit dari kerusi lepas tu nak menjerit kuat-kuat dari tepi bagi semangat dekat atom si robot tu konon macam dia dengar lah kan. Lepas tu ada part yang bukan sedih tapi macam lebih kepada part bangga something ke hapa sampai ko rasa eh eh habuk masuk dalam mata. T___T. Conclusion this moovie is a must watch. MUST WATCH! Rasa macam nak buat entry special review pasal moovie ni lah. Memang really deserved it. Tapi well aku malas nak buat. 

#4 Tanpa menghiraukan lemak tepu yang sedia banyak dalam badan. Hati ni berdegil suruh beli fast food. Tapi akal kata jangan! Jadi macam biasa hati mesti menang. Walau sekukuh mana pun akal bagi 10 alasan kenapa tak elok makan fast food mesti jugak tak berjaya. And tadah!!! Tiba-tiba muncul benda ni dalam beg. 

From left Classic Chicken McDeluxe follow by Chicken Mcbites
Classic Chicken McDeluxe tu rasa dia sama macm Spicy Chicken Mcdeluxe tapi tak pedas. While yang Chicken McBites tu ketulan ayam dia buat macam popcorn ada jual dalam 10 dengan 20 ketul. Sedap memang sedap tapi yang kelakarnya saiz dia.

Korang rasa yang mana lagi besar?!! Grrrr
Ingat orang berperut 3 cukup ke 10 ketul dengan saiz macam tu?? Sekali hadap je weh! Where is you manager?

#5 Then I found out dekat salah satu cafe uni ada jual this thing. 

Apple Cheese Tart!!

Heaven on earth
Sekarang diumumkan secara rasmi makanan rasmi WZ untuk semester 2011/2012 telah dijumpai.


Thursday, October 27, 2011

Sunday, October 23, 2011

5 Random Things #8

#1 It was a sad day. Jalan balik dari cafe pun tak semangat. Budget kengkonon feel dia macam video klip 'Someone Like You' lah kan jalan-jalan dekat pejalan kaki. Lepas tu tetiba flashback satu gambar


Gelak sensorang macam esok tiada lagi. Thanks to Si Itik kerana membuatkan aku kelihatan macam student yang putus harapan nak study dengan gelak sensorang tepi jalan.

#2 **Avoid this point kalau anda seorang yang tidak gemar dengan angybirds or you just rather jealous with other people who succeed in getting complete 3 star level. Just admit it lah!! Pfft~~** 


Kali ni main versi Mooncake Festival!!




Macam biasa. Dapat markah cemerlang sekali. Nampak tak? nampak tak? 3 bintang atas mooncake tu? Perghhh! Rasa nk print tampal dekat plannerboard.  Muahahaha. 


#3 Remember last week aku ada cerita pasal singgah kedai kerepek? Well to be honest terkejut betul masa bukak goodies bag dia. Tau tak banyak gila kerepek free dapat!! 



 "Dinner With Your Kerepek Week Campaign (Kunyah Sampai Lebam Edition) "


#4 Makin lama makin susah pulak nak isi sampai lima benda. A sign that my life is getting sucks?


#5 Tiket balik raya baru beli oi! And I'm gonna skip one class for that. Tu lah beli lambat-lambat lagi. = ="

Nak tunjuk kerepek pedas sebenarnya. kbai.


Tuesday, October 18, 2011

Bungkusan Kertas Minyak

HAHAHAHAHA *gelak rakus sorang-sorang tepi koridor*

Rondom sungguh lah intro macam tu. Sebenarnya nak tunjuk ekspresi hari ni yang bukan kepalang eksaited sebab bungkusan yang dinanti-nati sudah sampai! Lepas kelas cecepat pergi office tanya "Excuse me? Got any packages for me?" Perghhh! budget ko tu duduk dekat kondo mewah lah tanya dalam omputih. Walhal, 
"Kak! Kak, macam mana ek nak check surat dah sampai ke belum?" *muka blur*

So tadaa!
Ahhh. Set perfume from Dolce & Gabbana dah sampai. Pang! *ketuk kepala dengan siku*
Secara rakusnya koyakkan bungkusan tapi part setem tu koyak slow-slow konon-konon budget nak simpan dalam buku setem = =". And I got myself a brand new.


Hlovate's novel yang ko tengok tapi tak duit masa singgah MPH hari tu.

Perghh! Tau tak novel ni adalah percuma! PERCUMA! Mari eja bersama-sama P.E.R per, C.U.M.A ma. Percuma. Ini semua hasil courtsey dari Yui Light . Sebab hari tu dia terbeli sampai 2 buah buku ni sebab confius ingat dua buah buku yang lain sebab cover depan belakang lain. Lepas tu aku try lah mintak dengan muka tembok 20 inchi. And as a result

Muka tembok + 12 inchi = Buku Hvolate.

Memang berbaloi! Muahaha. Thanks again Yui Light sanggup bagi kat aku. Siap belanja posting lagi. Terharu~~. Semoga rezeki makin bertambah-tambah lagi lepas ni. =))

Akhir sekali terima lah serangkap pantun,

Terima kasih daun keladi, 
Lepas ni boleh lah beri lagi.

*kena baling dengan tong gas*

Sunday, October 16, 2011

Takoyaki たこやき

Finally aku managed jugak dapat beli takoyaki semalam. Tu pun berkira-kira kalau dah beli takoyaki ni jangan beli potata twist dengan blueberry cheese tart. Jangan! Nanti tak habis. Konon-konon macam exchange value lah. Padahal dekat dalam beg dah ada set lunch Double Quarter Pound with Cheese. Itu pun mujur akak cashier cakap GCB takde. Kalau tak dgn GCB-GCB sekali hangkut. Dasar 3 perut betul.

Macam biasa kalau nampak stall dengan bendera-bendera petak dengan tulisan hiragana, HIRAGANA!  *konon-konon nak emphasize boleh baca hiragana lah. hakptuih* memang sah-sah lah tu stall Jepun. Sampai-sampai je terus order satu set. Tak sempat lah nak rehat sekejap amik nafas sebab lari dari jauh. Wakakakah. = =".  Satu set RM4 which is dalam dia ada lah 5 biji. (Dalam hati mula terdetik 'Ok.Ini tak cukup."). Dia ada 3 perisa ketam, sotong dengan udang(?). Ok yang udang tu aku tak sure. Pelis betulkan kalau salah. So disebabkan aku buat muka blur nak pilih yang mana satu dan-dan terus dia kata campur pun boleh. OK CAMPUR SATU!

Pandora Box. Kalau bukak nescaya segala kejahatan akan keluar. So nak bukak ke tak nak? Bukak lah peduli apa aku kejahatan apa bagai dah bayo 4 hinggit.

Oh lagi satu dia agak berbau sikit sebab seafood maybe? 

Some sort of gumpalan seaweed dengan unknown brown substance dekat atas bebola takoyaki tuh.

To be honest lah kan, ke lidah aku mengong time tu. Rasa dia plain gila macam makan tepung. Tapi ada sos. Sos dia pulak pun macam tak membantu langsung. And I was eating like "bila nak habis nih?". See no passion at all. Ke stall tu yang buat tak sedap??? Ataupun wajib kena makan time panas-panas??

Dear Takoyaki,

I'm really sad with you.

Yours Sincerely,
WZ   

Friday, October 14, 2011

Kerepek! Kerepek!

Hari ni seperti yang dirancang kena pergi ke main outlet Perusahaan Zainab Jaya (PZJ) untuk kena interview oleh group aku untuk subjek keusahawaan. Oh yea PZJ ni ada dekat area Simpang Renggam. Orang Johor mesti tau lah. Aku tak tahu sebab aku main ikut je mana kereta pergi. Kalau singgah ke Melaka pun tak perasan. So the interview went well walaupun time masa soalan ko tergagap padahal cakap bahasa melayu je pun. Kesan pembawakan antisosial gamaknya. Tapi mujur lah wakil dia tu ramah kalau tidak memang nahas lah.

Senang nak cerita kedai dia ni macam dealer lah macam orang-orang yang buat kerepek ke kuih ke semua hanta kat dia. Tapi PZJ ni ada buat biskut dia sendiri lah. Sempat tengok katalog jenis kuih dia. Memang banyak giler sampai boleh buat buku scrap kajian tempatan jenis-jenis dedaun! Ada yang tak pernah tanya puna ada. Konon nak tanya nama kuih kan tapi keluar "Kak? Sampel takde rasa nak taste?" rakus gila. = ="

Malas lah nk cakap banyak-banyak kang kata syok sendiri. MEH AKU TUNJUK GAMBOO!

Bahagian kerepek.  Yang bungkus-bungkus tu saiz dia macam beras sekampit konon kalau ko tu jenis hari-hari wajib ngadap kerepek tak boleh tinggal haa memang sesuai lah beli.

Yang ni kampit kecik sikit lah. Nampak tak nampak tak yang merah menyala itu. Yang tu my fave. 2 guni bagi pun takpe. ok nampak noo nipunya 2 guni nak telan.
Biskut tart sepit bintang. sepit bintang?? for real. = =" Tapi sebenanya kuih dia memang banyak gila lah tapi aku tunjuk yg tart punya aje lah. kang tunjuk semua  baik aku buat entry mari mengenal biskut.

Frozen food. Which masa interview aku sebut frozen fruit. Gigil much?? P/s: VADAY TU!
COKELAT.

Cupcakes!! Agak-agaknya lah kan korang rasa aku beli yang mana satu?

Betul! *konon korang menjawab* Yang ni wei. 2 hinggit aje. Terus beli.

Selepas sejam perjalanan pulang...


So after meround satu kedai dengan merasa semua sampel yang ada finally waktu berpisah sudah tiba. And we all got our own Goody Bag. *goyanag-goyang goody bag konon eksaited dapat* Dalam dia ada 3 jenis kerepek tau tak. *Padahal time kakak tu tengah bungkus goodie beg tu memang dah syak dah untuk kitorang tapi muka semua palsu macam "Eh apa tu?".* 

Ok that it for today. It's a wrap!

BONUS PIC!!

Muka tengah nak loya. I do get mabuk darat sometimes.

Thursday, October 13, 2011

Bagi Ulat Buku Yang Tempat Dia Dekat Dengan Big Bad Wolf Books Tapi Tak Pergi Korang Memang ________

Hari ini lepas bukak twitter terus nampak beberapa orang mention pasal Big Bad Wolf Books. Sebenarnya dari last week dah dengar dah pasal Big Bad Wolf Books ni tapi tak lah amik tahu sangat. Ingatkan some pesta buku murahan yang orang jual buku lama yang kualiti kertas dia yang dah kuning atau pun dah berlubang dimamah anai-anai ataupun mostly peniaga dia dari golongon makcik-makcik bercermin mata kanta tebal dengan rambut putih pendek berkerinting.

Tapi hari ni tiba-tiba terdetik nak like fanpage dia dekat facebook. Ok this link to be honest I got from Blog Itik Kejam. Bila dah load page fan dia nampak gambar serigala muka gangster berboot bola sepak kena sedut dengan UFO. THIS IS AIN'T SOME RANDOM PESTA BUKU WITH OLD GRANNY!! 

Secara rakus bukak bahagian photo. *First time mata membulat selain daripada tengok makanan*

Hidangan buku yang melambak macam infiniti.
Darren Shan!!!! *menggeletar lutut* 

Mangga!!! *mata melilau*

Nancy Drew! Hahaha. Tiba-tiba teringat Siri Salma

Twilight series....... *sebut sambil lewa*

pasal photography.

Food stuff!! *drooling*
Ok dah dah lah aku letak gambar banyak tu. Ni pun jenuh lah nak upload. Bila nak upload dia naik keatas. upload je naik ke atas entry. Apa kes?? 

So kalau korang rasa yang aku tunjuk ni sikit and you want more!!!


They give you mooooore!!

Makcik baju putih sampai lenguh-lenguh badan dah. Punya besoo!

Dan semua buku ni dah lepas kena diskaun 75-95% tahu tak! Which means average buku tu RM8 sebuah yang bersamaan selalu beli dekat MPH puluh-puluh ringgit tu! I'm gonna bring my own troley okeh. T__T

More details go to their

Website       : http://www.bigbadwolfbooks.com

All pictures are taken from BBWB page fan.

P/s: Bertuahlah budak UPM tempat dia dekat aje. Pfft~~