Thursday, June 30, 2011

GCB is Baaack!

Tau tak tau tak, hari ni cadang nak gego pawagam nak tengok Transformer 3. Last berguling depan kaunter sebab dah Full House. Wth! Hangin betul. Seumo hidup aku lah duduk kat sini tak pernah2 dibuat panggung wayang Full House! Lagi2 dipetang Rabu a.k.a hari bekerja?? Grrrr. Suasana time tu ramainya macam hari pelancaran iPad2 tau tak. Esok aku cuba lagi try nak dapat slot pagi. Kalau penuh jugak. Tau tau lah kena belajar cara2 nak buat reservation online lah gamaknya. Malangnya aku ni buta IT pulak. Huuuuuuuuuu. =(

Well, well, well selepas berduka nestapa tak dapat tengok moovie. Then I got this idea. Lets mentekedarah GCB!!! Akhirnya lepas dok membebel2 dekat twitter betapa kepinginnya nak makan GCB nih. Akhirnya impian belia ni tercapai jugak.

Hamagad! Terliur. Terliur! *kesat mulut*

Ok fine indah khabar dari rupa lah sikit tapi rasa dia awesome gila. Bayangkan ko gigit daging tu terpercik air daging di dalam mulut!. Dengan empuknya lagi. =L

Aku ingat lagi last time makan benda alah ni dalam setahun yang lepas! Fortunately aku ada buat entry pasal tu. Review McDonalds GCB (klik aja. Tak payah nak new tab. Aku dah penat buat code automatik link kuar tab lain. Tengok betapa aku menyenangkan korang! Mana nak cari blogger baik cam gini).

Finally to all my readears, siapa2 yang KERJA dekat Mekdi tu hulur lah kupon sekeping dua. Berkat jugak gaji korang dapat tuh.

Sunday, June 26, 2011

Ini Apa Yang Aku Perasan

So this time around, ini antara persoalan/presepsi yang aku dok perati selama setahun lebih berblogging. Kebanyakkan berkait rapat dengan blog ni sendiri. Kalau blog lain aku tak tau.

#1 Eeee! Kalau aku jadi ko lah kan. Aku promote habis2 blog. Ping dekat Gengblogger, Innit,  Blogged etc. Lepas tu promote entry secara habisan2 dengan blogwalking dekat blog orang. Apa lah ko ni! Padanlah followers still tak cecah 500 pun.

FYI, aku dah buat semua benda tu masa first month blogging. Tak kisah lah join contest, buat entry nak masuk bloglist bloggger terkenal, ping entry dekat pelusuk blog, tinggalkan link lepas komen. You named it. Dan seperti yang dijangka your blog traffic will boost up! But the bad side of it. Dia memakan masa. I got life too. Tak kan 24/7 nak ngadap laptop. And my main priority for writing blog is just for fun not for fame. If you choose fame then you may do all that I've mention above. 
 

#2 Eleh, ko jangan lah nak hipokrit. Tak kan sikit pun tak rasa nak blog sendiri dikenali ramai.

Untuk 3 bulan yang pertama aku ada rasa begitu. Biasalah newbies. Apa pun tak tau. Tapi sekarang "I don't feel so". Sebab? Aku dok pikir kalau pergi pasar malam nanti semua dok perati dari jauh lepas tu bisik2. Sekarang tell me, mana kebebasan untuk aku memilih kuih muih! Hahaha. See! Betapa tertutupnya minda mamat sorang nih. 


#3 Blog ko nih kan tak habis2 entry makanan, cerita pasal benda bukan2 jenis tak bermanfaat. Tak menarik pembaca langsung! Tengok blog yang beribu2 followers tu. Semua entry ada mesej tersendiri. 

Senang cerita kalau semua blog dah jenis macam tu. Mana variasi nya. Kalau dah dok komplen certain blog tu sangat super annoying and ridiculous. Senang cerita unfollow sahaja dan stop mentioning about them. Aku percaya lagi ko cakap pasal benda tu lagi benda tu popular. For example "Rebecca Black". Dan untuk blog ni tak payah lah aku nak cerita buat entry motivasi diri/current issues/ilmiah. Benda2 tu bukan diri aku. Kalau korang rasa tu specialty korang. Teruskan. For me? Aku akan kelihatan macam memperbodohkan diri sendiri kalau buat benda2 cam gitu. Be true to yourself. 


#4 Biar betul ko suka K-Pop? *sambil buat muka jijik dan terus pangkah blog*  

Yang ni lagi satu problem. Especially for guys. Kalau dah mengaku suka benda2 macam gini. Terus stereotaip budak ni mesti camwhore, tak matang, minda tertutup, suka ikut perasan, tak ingat asal-usul bangsa sendiri. Mind you. Tak semua macam tu. Semua benda ada pro dan cons. For me kalau lagu tu dah sedap aku tak kisah datang dari ceruk mana pun. Takde nak diskriminasi2 atau pura2 tak suka.Yang kes pura2 suka lagi teruk. Pasal music preference pun nak hipokrit. Tak tau lah benda lain macam mana pulak. Oh ya. Btw mostly K-pop haters adalah golongan tak pernah pun tengok benda2 related to K-pop. Tengok beberapa minit terus start judge. Tu lah orang kata mentaliti. Sama macam ko judge people based from their looks not from their heart.


#5 Ko emo ke?

Eh tak lah! *muka innocent*. Cuma stress sikit lah album Jessie J tak sampai2 lagi. 2 Bulan dah tunggu. grrr. *tiba2*


Friday, June 24, 2011

Memperkenalkan Si Nerdy Kathy Beth Terry

Owh! Well well well. Sepatutnya aku introduce minah gigi besi ni dekat korang Jumaat lepas. Tapi atas masalah yang tidak dapat dielakkan terpaksa tunda minggu ni. But better late than never kan. So let me introduce to you guys properly. This is..

Kathy Beth Terry
Magad! Tang braces tu yang epic tuh.
Cer zoom sikit mukanya!

Besooonya speck!! Dengan double chin lagi. Ish Ish. Please kathy baca tips ni kalau nak hilang double chin tu. 
Selain lebih suka bermain Sudoku Puzzles dan gemar masuk dalam high school science fair (T__T) si Kathy ni suka betul kaji sistem solar. (TT___TT). Lepas tu kan lepas tu handphone yang dia guna ialah Motorola DynacTac!



Hoi!! Kalah 33 sekupang!
HA HA HA HA. Eh korang tak rasa ke macam dah jadi cyber bully dok kutuk2 orang ni. Lepas tu kenapa macam rasa PUEH (Puas) hati beno lepas ngumpat orang? Macam geng ketua buli yang bermulut bitchy pun ada jugak. Hurmmm.. never mind. Kita sambung balik.

Tau tak lepas tu dia siap buat video kat Youtube ngadu kata ramai tak like dia dekat Facebook.


Tapi kan after several weeks daripada 8 dah jadi 4 ratus ghibu likes. KO GILA NERD MACAM NI PUN RAMAI LIKE (ok fine aku pun like). Yang aku ni nak kumpul 90 likes pun setengah mati. Lepas ni memang sah2 aku camwhore sungguh nak bagi like seribu. grrr 

And then dia ada bagi tau yang Rebecca Black, jiran dia ada buat party malam ni (Friday). Dan seperti biasa mana lah ada orang nak ajak si Kathy datang. Dasar nerd lagi seorang ulat buku. Siapa yang nak kawan? << Oh ni presepsi masyarakat ye bukan aku. 

Agak2nya berjaya tak si Kathy pergi party terulung tu? Kalau nak tau tengok video bawah ni. Tak nak tau sudah!


#Follow her on Twitter   >> http://twitter.com/#!/KathyBethTerry
#Like her on Facebook  >> http://www.facebook.com/kathybethterry

P/s: This is the official my Friday anthem! 

Thursday, June 16, 2011

Mooovie Time : Pirates of The Caribbean 4 , Kung Fu Panda 2 & X-Men First Class

This is not a review. Just personal opinion.

Ambik ko! Sekali 3 aku bagi. Sebab senang cerita. Tak payah nak buat siri2 bagai. Jimat masa, jimat tenaga.

#1 Pirates Of The Caribbean 4 : On Strangers Tides


  • While watching this mooovie, it's bothering me "Apsal aircond sejo beno nih." Even pakai sweater pun still boleh terasa senyuknya. 
  • Semenjak Keira Knightly dengan Orlando Bloom takde macam dah kurang sikit cerita dia. Walaupun Captain Jack Sparrow try his best to make you laugh.
  • Jalan cerita still boleh difahami walaupun tak tengok siri ketiga or even lewat setengah jam masuk ke panggung. Ehem! 
  • Penelope dalam cerita ni still maintain lawa walaupun masuk hutan banat. Hurmmm.
Rating : 3.5/5

#2 Kung Fu Panda 2 : The Kaboom of Doom


  • The battle was epic especially the intro part. 
  • Impressed dengan panda debab sbb fighting skill dia makin meningkat. Not like the previous one just mengharapkan perut semata. 
  • I still don't believe that : Tigress (Angelina Jolie), Monkey (Jackie Chan), Viper (Lucy Liu) and Kambing Tua (Michelle Yeoh). Holla big name there! 
  • The graphic was uh-ma-zing (Go for 3D!)
Rating : 4.3/5  

#3 X-Men : The First Class


  • Must watch kepada siapa2 yang follow siri ni. Akan paham why Professor X jadi lumpuh and why Magneto got his helmet.
  • Wolverine cameo dalam ni macam sengal. lol
  • I will choose for Magneto team.
  • Storyline macam slow sikit. But still ok for me. 
Rating : 3.9/5

Anything to add?

Wednesday, June 15, 2011

Day 3 - A Song That Reminds You of Somewhere

Baru masuk esaimen ketiga dah rasa macam "banyak lagi ke nak kena buat?" lol. Nasib baik lah tak amik yang 30 days challenge mau hari2 terbit perasaan gusar dihati nak cari lagu yang sesuai for each day. Ok for today dia nak satu lagu yang mengingatkan aku pada sesuatu tempat. Sebenarnya banyak (tak habis2 banyak). Tapi aku pilih yang mana terlintas dekat kepala dulu ar. 

So this song memang kalau dengar memang automatik akan teringat dekat bandaray Kuala Lumpur. Lebih spesifiknya 'Rombongan ke Kuala Lumpur". HA HA HA.

PADI - MENANTI SEBUAH JAWABAN

Pelik tak pelik tak pemilihan lagu aku? Lagu punya lah jiwang siap tunggu "jawaban2" lagi, so apa kaitannya dengan "Rombongan ke KL"? Ada wahai my readers. Ada cerita sebenarnya. Pada suatu pagi yang stressful, my Chemistry teacher tiba2 announced " Boys and Girls! We gonna go to KL! Hooray!" Ok, ok tak de lah segedik macam tu. Tapi lebih kurang lah.

So sebagai pelajar luar bandar. It is a dream come true kalau ko dapat pergi ke Kuala Lumpur! One life time achievement! Dan secara kebetulan pulak masa tu kalau aku balik je dari sekolah mesti dekat TV3 pasang lagu ni. Almaklum lah nak promosi filem Ungu Violet ke hapa ntah. Sebab lagu ni yang OST (original soundtrack) untuk moovie ni.

So sepanjang tempoh 3-4 weeks sebelum nak pergi ke sana. Lagu ni mesti terpasang tiap2 petang. So again memang mudah melekat lah kat kepala. Tambah2 lagi masa naik bas on the way ke KL radio pulak pasang lagu ni (masa tu dengar Walkman ye bukan MP3 macam sekarang). Maka secara rasminya jadilah lagu tema untuk "Rombongan WZ ke Kuala Lumpur!" LOL!

Tuesday, June 14, 2011

Day 2 - A Song That Makes You Sad

Well hello esaimen kedua. So kali ni what song that will make me sad? Sebenarnya banyak. Tapi again dia nak satu sahaja ya. SATU! Maka tak perlu lah nak rajin2 nak state lagu kedua ke ketiga ke hapa. So this time around lagu yang aku akan pilih is by far is the most evah (ever) depressed song that I've been listen to. Like seriously!.

Macam ada satu hari ni which is the most awesome day. Memang time buat assignment pun dalam happy mood (this is rare ok). Sambil2 tu dengar radio. Lepas tu semua lagu ko ikut nyanyi sekali. Tiba2 DJ pasang lagu ni pulak. Tiba2 kan automatik rasa nak tutup lampu lepas tu merangkak dekat sudut bilik. Then duduk sambil berpeluk tubuh mengenang semua perkara2 negatif yang pernah dilalui dalam hidup ini. So bermula lah upacara state pre'meroyan' disitu ya. 

Paling senang cerita perasan dia sama macam happiness ko kena sedut dementor dalam cerita harry potter tu.

Macam ni lah. Tapi boleh elak kalau korang tau sihir Patronum.
Lagu yang dimaksudkan itu ialah.

CHRISTINA PERRI - JAR OF HEARTS


Lagu ni sebenarnya macam " Hoi! Ko siapa hah! Dah lah mainkan hati aku. Aku tak akan terima ko kembali. Berambus!" Memang sesuai untuk siapa2 yang patah hati. Tapi bagi aku more to like penyedut happiness. Hahaha 

Monday, June 13, 2011

Rumah Papan

Kali ni aku rasa nak tunjukkan macam mana rumah aku dekat korang. Konon macam sesi mari mengenali diri tuan blog secara berperingkat2 dimulakan dengan rumah dulu. So basically rumah aku ni rumah papan which is memang berbeza lah dengan rumah2 moden zaman sekarang yang semuanya dibuat daripada batu dan simen. 

Tadaa! 
So inilah laman depan rumah aku. Owh yang depan tu beranda tau. Dimana boleh lah sedut2 udara petang sambil minum2 teh panas. Yang advantage rumah papan ni kalau waktu malam suasana dalam rumah memang akan semulajdi sejuk so tak perlu lah nak buka power kipas sampai 5!

Amboi kemain WZulhilmi berangan duduk rumah besoo gedabak macam tu. lol! Ok fine before ramai lagi terjerumus dalam lembah penipuan ni baik aku mengaku yang rumah dalam gambar tu bukan lah milik aku. Rumah tu sebenaranya adalah salah satu model rumah dekat Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Main entrance masuk ke Kompleks dan bayaran dia adalah percuma!
Tapi time kitaorang sampai tu pun dia dah nak tutup. Tapi guard situ sungguh berhati mulia (?) membenarkan kami masuk jalan sekejap. So guys you will be expecting gambar2 yang rakus diambil secara cepat sebab dah nak tutup woi! Tak de masa nak adjust lawa2.

Menara yang mengadap ke sungai. Tapi dah tutup dah time tuh. =(
Rumah Terowong Kompleks Pasir Salak. Dalam dia macam ala2 muzium lah. Cerita tentang asal usul tempat ni. Tapi sekali lagi dah tutup! =((
 Model rumah lama. Sayang jugak tgk tingkap tu dah rosak. Maintenanace please!

Model rumah lama yang lain. Bawah rumah yang ada orang tengah duduk tu bukan lah penunggu tapi pak guard.
Hah! Kat bawak rumah tu ada alat ni. Ni gunanya untuk menampi padi. Dulu mana ada beras cap rambutan weh. Kena perisi padi tu sendiri.
Sebenarnya dekat sini ada lokasi pembunuhan JWW Birch woh. Tapi either tempat tu dah tutup atau aku tak perasan. Maklum lah time tu tengah bergegas2. Mana ada masa nak tengok2 secara teliti ni. So overall it is really nice kalau kadang2 pergi tempat macam ni. Asyik ke shopping complex aje. Betul tak. Ok ramai kat tak. Dasar generasi muda yang alpha betul!

Sunday, June 12, 2011

Day 1 - A Song That Makes You Happy

Ahad belum berakhirnya lagi kan? Owh seperti yang diura2 dekat 14 Day Song Challenge . Aku akan start buat challenge ni hari nih. Sebab tu lah macam bergegas2 nak buat. Dah janji kan. Walaupun aku agak takde siapa pun perasan. Tapi kan aku peduli apa! lol

Ehem! So back to this challenge. What song that actually makes me happy? Disebabkan ada huruf 'a' dekat tajuk diatas. Itu bermakna kena state SATU lagu sahaja. Which is kalau ko letak banyak 2-3 lagu ini bermakna ko tak paham soalan dan serta merta akan memperoleh kosong markah untuk pemahaman soalan justeru menipiskan peluang untuk mendapat gred A+ dalam pen'gred'an subjek.

Tapi sebenarnya tbh (to be honest) aku tak berapa nak paham lah apa maksud 'happy' ni. Adakah ia bermaksud kalau kita dengar sesuatu lagu tu secara automatik akan tersenyum lebar lalu mula menerbitkan perasan ingin berlari di taman? Kalau macam tu in my case memang tak wujud lagu macam tu. So aku try cari yang lebih kurang sama lah. Which is kalau dengar sesuatu lagu tu akan semangat untuk memulakan hari yang baru. 

So I choose:

BLACK EYED PEAS - I GOTTA FEELIN' 


Walaupun lagu ni more to like " Hey! Malam ni akan best gila sebab ada party!! Mari lupakan hal duniawi!"  Tapi aku tak pikir macam tu. More to like hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam/tadi/5 minit lepas. Tak tau lah kenapa rasa sangat calming dengar beat lagu ni especially the intro part.

Dan aku selalu percaya a song is very subjective. Depends kepada pendengar sendiri untuk tafsirkan lagu tu sendiri. Kalau korang kata "I gotta feeling that my homemade nasi lemak will be much more awesome than yesterday" pun boleh jugak. Sebab macam apa yang aku kata tadi. A song is very subjective! =) 

P/s : Yes! Siap satu esaimen! 

Sate

So last night, we all decided nak makan benda lain selain daripada makanan berunsur nasi goreng ataupun mee/bihun/soto/lontong dan seumpannya. And we got ourself a plate full of sate! Restoran tepi jalan yang namanya ehem! pardon me aku lupa nak check, ni special sikit. Which is semua menu dia based on sate. So jangan pandai2 order benda lain2 kalau tak nak pandangan hina.

Sekarang meh2 aku introduce sikit apa sate yg telah di order.


#1 Sate Kambing
Sekali makan tak mau lagi. Hahaha. Bukan apa dia macam liat2 sikit so memang tak kena dengan selera aku. By the way lemak dia memang banyak woo. 

#2 Perut
I never touch this! 

#3 Sate Daging
Ni pun macam liat2 sikit. Kalau mana yang minat daging tuh maybe suka lah. Kalau aku prefer suruh dia rebus  sejam lagi sampai lembut.


#4 Sate Ayam
All time feveret. Which is semua orang tak kira usia akan pilih benda nih. Tak perlu berkias2. Rasa dia sedap lagi dengan kuah dia. Maigod! boleh dihirup begitu sahaja!

Warning : Pemakai gigi palsu sila berhati2 dengan hidangan #1, #2 dan #3.

Tada! There you'll have it! The complete set of sate which is sangat mengenyangkan malam anda. Dan dia jugak ada serve nasi impit. Which is another awesome dish eat together with kuah sate.  

Jemput makan semua!! #sarkastik

Friday, June 10, 2011

5 Random Things #2


#1 Tau tak dalam antara 3 judul game Angry Birds aku paling hangin sekali dengan Angry Birds Season nih! Apsal susah beno nak dapat 3 stars ni lah hai. Aduyai! Siapa yang macam perfectionist jangan main game ni.  (Reaksi piggy dalam gambar tu macam nak kena lempang!)


#2 Hari tu jumpa satu selipar nih. Tapak dia warna hijau pekat tali dia warna hijau muda. Memang berkenan betul. Tapi bila tengok harga mak aih terus letak balik. RM 60 der! Tu lah merayap lagi dekat section PUMA! humpph! But you know what bila pergi section lain, aku jumpa sejibik selipar yang sama. Well tak de lah 100% sama. Tapi harga jauh lagi murah which is RM8. Terus sebat satu. So now who says that you can't look good with pirate cheap stuff? 

#3 Driving is fun. Driving is fun. Driving is fun. *reversed psychology* 

#4 Sampai sekarang susah betul nak master buat air nih. Siapa yang reka air nih hah? Hummph!




#5 Aku jumpa video Kung Fu Panda 2 ni masa tengok TV hari tu. Tiba2 si panda debab ni jerkah kata. "Kung Fu Staring Contest. Go!" Aku automatik tenung mata dia luas2.  Punya lah tahan mata tak berkedip nak menang. LOL! 



Ehem! Macam biasalah lah ending dia mesti lah aku yang menang! =P