Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Ingat Lagi Tak??

Ingat tak lagi yang dulu...

1. Hari Rabu disytiharkan sebagai hari movie??? Sebab waktu petang tak de kelas memang wajib kita pergi serang KLCC and Times Square tengok movie. Kalau siapa2 yang tak nak join mesti kena hina 'Ko nak berjimat ek?'

2. Dalam kelas 'Proses Pembuatan'. Jenis subjek asyik menengok slide kat depan je. Last2 mata pun kelabu. Cara mengatasinya adalah kita semua start buat 'YM' secara kertas dalam dewan kuliah. Siap masing2 tulis nama samaran lepas tu pass dekat satu row. Tulis apa plan nak buat lepas kelas. Kadang2 boleh terlepas sampai 3 row. Sila mengaku sekarang siapa yang guna nama samaran 'Orkid Liar'!!

3. Lagi dasyat lagi waktu kelas 'Solid 1'. Siap semua wajib bawak bekal satu bungkus kerepek dalam kelas. Lepas tu dok mengunyah macam lecturer tak de kat depan. Kalau habis, top up lagi dengan hantar wakil beli stok baru.

4. Pakai baju workshop warna BIRU pergi KLCC secara berkumpulan!! Konon2 tak sempat dah nak salin baju dekat asrama.  Lepas tu semua orang buat pandangan aneh+jijik. Lagi2 masa kita nak pergi beli MCD.

5. Guna perkataan2 yang kita cipta sendiri masa mengutuk orang. Senang sebab nanti orang tu tak paham kita kutuk dia.
Example : 'Ko tengok dot dot dia tu!!!'

6. Kalau ada diantara kita yang beli something baru. Mula lah ada yang cakap 'Kaaaasut Baaaruuuu!!', 'Beggg Baruuu!!!', atau 'Aku terbau bau keeeedaiii. Pencil Box baaaaruu...!!'.Wajib cakap kuat2 sampai dia naik malu. Lepas tu balas dendam balik cakap benda yang sama bila orang tu beli benda baru pulak.

Ingat tak? Ingat tak??

Tu baru sikit. Padahal banyak lagi. Kalau cerita pun tak habis..

Tiba2 rasa teremo pulak!! Tu lah duk lagi bilik single room!! - -"

I missed you guys!!! Hope you all success in everything you guys do right now!!



P/s : Sapa2 yang tak de dalam gambar ni, jangan nak mengada2 terasa hati pulak!! Sapa suruh korang busy pergi melagho kat pondok time nih!!