Showing posts with label Project Alpha. Show all posts
Showing posts with label Project Alpha. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Gimme Food On Flights

Gimme gimme more, gimme gimme more!!!. Hahaha.. Apa jadah aku happy sangat nie?? Sebab tugasan daripada Projek Alpha dah kembali!!. Kali nie tajuknya ialah 'Gimme Food On Flights'. Maknanya apa yang aku nak makan masa tengah ada dalam kapal terbang.

Untuk pengetahuan korang aku nie tak pernah lah merasa naik aeroplane ni!! Orang kampung lah katakan. Mana ada duit nak naik transport macam tu. Tapi teringin lah jugak nak merasa naik. Kalau boleh nak lah naik flight dari MAS. Dengar kata layanan nye sangat bagus. Hehehe

Tapi kan kalau kalau kita nak naik flight mesti lama kan nak tunggu sampai destinasi yang kita nak pegi. Lagi2 kalau nak pergi Eropah. Bapak lama!!! So apa yang kita nak buat sambil nak tunggu masa berlalu?? Mestilah makan!!! Yeah!!! Hobi kesukaan aku. Muahahaha.

Ini antara makanan yang aku akan order bila ada dalam plane. Kalau tak de aku akan mengamuk. Artis wei!! Jangan main2. Muahahahaah.

1) Irish Lamb Stew



Amik kau!! Sekali western food aku amik. Memang tak ingat adat resam langsung. Hahaha. Tapi tak pe bila makan nie at least boleh lah buang masa aku nak cari2 daging2 dekat tulang nie. Yum2.

2) Fish and chips



Lagi western food!! Muahahaha. (Memang nak kena budak nie!!). Boleh lah aku melantak benda2 nie masa nak tgk movie dalam flight nanti. Ingat aku naik yang first class bukan economy ye. (Lagi nak kena ketuk!). Makan sambil bersila atas kerusi. Lagi best!! =P

3) Nasi Lemak



Yang ni wajiblah. Dah nama orang Malaysia. Kalau aku tgh amik flight pagi aku akan amik makanan ni as breakfast. Wajib sambal banyak. Jangan nak letak ciput2. Nanti aku complain. 'Where's ur manager!!' (sambil besarkan mata)

4) Air Soya


Dah melantak macam orang tak ingat dunia. Mestilah kena ada minuman kan. Nak ko tercekik. Tak pasal2 kecoh satu flight ada orang tengah kritikal sebab tercekik ketulan daging Irish Lamb Stew tu. Yang pasti aku nak jenama V-soy. Sebab dia sedap. Demand betul aku nie. Baru orang biasa. Kalau artis??? Ish2..


Dah2 cukup aku duk melalut sorang2. Kita layan video2 ni pula sabagai santapan mata pulak. Asyik santapan mulut je. Enjoy!!











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Never go hungry while flying with MAS!

Monday, May 31, 2010

My Sweetheart Smells Like Intensive

Jeng2. Sekali lagi aku diberi tugasan oleh Project Alpha. Muhahaha. Tajuk kali ni ialah my sweetheart smells like dot dot dot. Wau!!. Agak mencabar kali nie tajuk dia. Tapi tak pe aku akan cuba. Seperti yang korang tengok dekat tajuk entry diatas. My sweetheart mestilah berbau Intensive. Hahaha. Kenapa. Nanti barulah  ramai berani nak dekat. Kalau busuk korang pun tak nak dekat kan. Lagi satu aku memang guna product nie. Hihihi. Serius tak tipu. Aku memang pakai. Aku pilih label intensive sebab bau dia yang unik berbanding 4 haruman yang lain. Bagi hidung aku lah. So kalau couple pakai bau yang sama kan romantik!! (Uwek!!!)

Apa yang uniknya pasal produk nie ialah ciri2nya yang sangat special berbanding produk deoderant lain2 di pasaran. Antaranya ialah dengan adanya Anti-Whitening Formula yang terdapat dalam product nie. Apa guna formula nie?? Bukan sebarang formula ye. Benda nie akan mencegah daripada berlakunya white stain dekat baju kita. Selalunya dekat bahagian bawah lengan baju kita lah. Tempat kita dok gonyoh deoderant nie. Kalau pakai product dari Adidas Action 3 nie gerenti white stain tu dah tak de dah. So tak lah rosak baju Prada korang tu. Hehehe. Baju aku pun selamat.

Lagi satu ciri-ciri yang menarik ialah 0% alcohol. Bagus2!! Sangat sesuai kalau nak dibawa sembahyang. *wink*.

Produk nie jugak ada kesan new dry max system. Maksud dia macam nie. Kalau korang beli yang jenis deodorant yang jenis spray cepat lah kering semburan deodorant tu. Yang jenis gonyoh2 tu pun cepat kering. Jangan risau. Nanti tak payah lah korang nak buat kibas2 ayam atau chicken dance semata2 nak bagi kering.

Yang paling penting sekali ialah fungsi 24 jam perlindungan daripada peluh. Bagi yang aktif bersukan sangat2 lah sesuai. Dah tak payah nak kepit2 kan tangan korang semata2  tak nak bagi orang nampak. Bila dah tak da peluh makin tinggi lah keyakinan korang nak main. Kan kan??

So inilah antara pilihan haruman deodorant Adidas Action 3. Tada

Bahagian atas tu untuk perempuan dan yang bawah untuk lelaki. Beli jangan tak beli.

Dah penat aku bercerita nie. Jom kita jamu mata pulak tengok video2 nie. :). Aku tengok mulut Azwan Ali tu joreng betul. Nyiahahaha..








 Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.