Showing posts with label Presentation. Show all posts
Showing posts with label Presentation. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Present! Present! | Bukan Present (Hadiah) Tu!

Besok pagi (Pagi ni lah) pukul 8 adalah hari penentu untuk subjek English. Sebab group aku kena present our complete final research yang dah 13 minggu sengsara buat sampaikan tiap2 minggu meeting semata2 nak buat benda alah ni. Siap bagi questionnaire kat orang lagi bagai. Yang peritnya nak buat report dia. Alahai! Format dia macam2. Nak kena space sini lah tab si lah bold sini lah. Ish!!!

Lepas tu petang tadi baru je selesai buat 43 SLIDES UNTUK POWER POINT! Amik ko bebel sorang2 kat depan nun. Yang paling bestnya sorang boleh cakap 4 minit je. Aku dah try test tadi (cakap pun dah tersebur2 nak kejo masa. Part aku ada 13 slide!) dapat 5 minit setengah!! OMGEEE!!! Tiba2 jadi kejang kaki. Sebab lecturer tu cakap.

"Present hanya 20 minit ye. Kalau ada member yang tak sempat present saya akan ambil markah yang dah present bagi sikit dekat yang belum present". T____T

Dah lah group aku ada 5 orang. So besok memang kena rushing2 gila speaking. Tapi.. Tapi... kalau dah "ermmm" atau "aaaa" dah makan masa seminit macam mana??????? - -"

Owh, abaikan tanggapan negatif aku tu. Buat steady je esok. Yang penting tak tersasul macam dulu. Nak laju sangat sebut last2 tersebut 'Sexual" instead of "Social". - -"

Nak tengok tak cover slide group aku?? Penat buat weh! Konon!

Tada!!!!

Best tak tajuk??? KO DAH BUANG TEBIAT!!!
Kalau ko nak failed buat le research pasal kat atas tu. Ok lah ok lah aku tunjuk tajuk yang betul punya..

Tak havoc langsung tajuk.
Oh! Btw kalau nak present esok maknanya kena pakai baju SUPER FORMAL!!! Maknanya kena pakai baju kemeja+ seluar slack + kasut hitam(kalau jalan klepek klepek bunyi dia) dengan tie. Tie??!!! Shoot! Aku dah lama tak pakai.... Sampai lupa dah nak ikat macam mana. LOL! (Ke aku ada short memory nih??)

Nasib baik ada Youtube~~ 




Thursday, August 5, 2010

Cuak Gila Nak Bercakap Dekat Depan!!

Lalalala~~~~

*Ini adalah entry sebelum aku buat presentation untuk subjek English pada pagi nanti*

Wah!!! Gila scary nak present depan orang. Even though aku dah buat present ni banyak kali. Tapi rasa takut dia still ada. Bila dah berdebar sangat mula lah nak pergi toilet semua bagai. Hissh!!. Btw tengok!!! Aku siap bangun awal2 lagi semata2 nak menghafal apa yang nak aku cakap nanti. Buat masa sekarang semua still in control. Tapi kepala otak dah mula pikir bukan2 apa yang akan terjadi masa present nanti. And the worst part is:

Tiba2 blur dekat depan tak tau nak cakap apa. Dengan semua orang tertanya2 apa yang ko nak sambung lepas ni. Padahal ko dah hafal dengan mantapnya pada malam sebelum itu.

Sepatutnya group aku present Isnin lepas. Tapi tiba2 masa time kitorang nak bangun, group lain pulak pergi ke depan. Like WTH!!! Rupanya2 salah seorang daripada ahli group diorang tak de masa hari Khamis ni. Cis!!! Penat aje aku berdebar semua. Siap berfikiran positif lagi pikir semua orang yang tengok aku present nanti sebagai rumput kering. Last2 kena bawak ke hari Khamis. 

And apa yang aku tengok Isnin lepas. Lecturer aku ni agak lah strict orangnya!! Shoot!! Korang tau tak. Kalau ada something jijik kat slide korang tu. Masa last sekali dia akan serang korang secara dasyat sampai korang boleh ternganga2 nak  jawab kat depan tuh. And I saw it twice dekat 2 group Isnin lepas!!. And its horrible!! Macam nak pergi berperang!!

Btw ini adalah cover slide presentation aku.

Comel tak?? Miahahaha

Btw jangan nak tanya kenapa pilih group nama Believer. Aku pun rasa macam something wrong je dengan nama tu. Macam Beaver pun ada. (- -"). Ini semua kes gara2 panik lecturer nak nama group time tu jugak. Angkara dah tak de idea semua orang setuju je dengan nama tuh. Haissh!! Ni leader punya pasal lah nih!! Aku lupa pulak. Aku lah leader group tu. (- -"")

Wish me luck ok!! I really need it!! Really~~~~~

*UPDATE*
Alhamdulillah!!! Presentation berjalan dengan lancar! Lecturer aku tak tanya apa2 soalan pun. So aku assume semua ok lah. Miahahaha..  Tak sia2 aku bangun awal2 pagi. Tapi ada satu part aku tersasul. Instead of saying Social aku tersebut Sexual!! LOL!!! Malu gila!!!