Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Sesi Review Movie | Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1

Orang lain dah berkurun rasanya buat review pasal movie nie. Ko baru e'eleh baru nak buat! Tapi peduli apa kan. Sebagai seorang profesional talented reviewer, I have to do this!! Huhahuha!!

Btw aku tau kan mesti ramai yang pelik <<< (ayat berbasa-basi). Eh ko kan tengah FINAL EXAM, sempat pulak ko tengoh MooooVie!! Owh! Ini semua tak dirancang. Petang tu udahlah baru lepas habis exam kelima. Bukan kah ini semua dinamakan takdir!!! Lepas tu ye lah kan for the first in my life aku tengok midnight MoooVie!! Sungguh liar kurasakan!! Muahahaha!! Maklum lah sebagai sorang yang berpegang teguh pada  pada prinsip Rukun Negara yang kelima mana pernah buat benda2 macam ni. LOL! Padahal yang ko pergi overnight melantak kat Mcd apa kes??? 

Dah, dah. Jom start review movie sebelum aku lebih banyak lagi membuka pekung di dada. - -". Sebelum tu apa lagi kan. Nak bagi teruja sikit. Kenalah letak official poster dulu. Memandangkan ramai sangat yang asyik letak poster gambar Harry Potter tu je. Padahal watak lain pun penting jugak. Aku ingin menzahirkan sokongan moral aku terhadap Dobby. Maka aku pilih le poster dia. 

Dobby si Elf ni kalau tengok betul2 dekat dalam movie sangat comel. Kalau kat poster urmmmm,. NO!!
Poster diatas adalah diambil daripada lensa seorang profesional ya. Meh2 kita lihat poster dari lensa seorang amatur.


Sekali tengok macam, "Eh James Bond kah??" Oh Harry Potter rupanya. Dah besar ye. LOL!

Lepas tu bila ko dah datang lambat macam 15 minit lagi cerita nak start. Natijahnya....

Banyak le yang penuh, so tinggal yg depan aje. Kalau dua orang tak pe lah nk selit mana2, ni 5 orang! Kalau kirakan keselesaan memang tak tengok time ni. Tapi tu je time ko free, bedal aje lah.
Eh! Aku belum start review lagi. Ko tengok lah mukadimah cerita, panjang berjela! - -"

Cerita dia macam ni, lepas orang tua ganyut Dumbledore tu dah mati kena bunuh dek Snape tu, maka haru birulah seluruh alam magic mahupun alam Muggle. Valdermort yang berhidung rata tu pulak makin menjadi2 buasnya. Main dok bunuh2 je lah siapa2 yang disuka. Lagi2 siapa2 yang berdarah Muggle macam korang! Harry Potter (HP) pulak berduka lara bagai sebab semua orang disayangi dah ke rahmatu-- eh mati. Siapa punya angkara? Si hidung rata dan puak2 dia punya angkara. So jalan terbaik nak bunuh dia hanyalah dengan mencari dan memusnahkan kesemua keenam2 Horocrux (nyawa hidung rata yang dibahagikan kepada 6) tu. So ekspedisi mencari Horcrux2 tu lah mostly agenda dalam movie ni. Paling seronok bila cerita tu habis separuh jalan. So kena tunggu tahun depan untuk Part 2. Haruuu!! Tamat~~~

LOL! Tak kan aku nak cerita semua kot. Kang sah2 ada yang skip!!

{Spoiler Alert}

Sebagai seorang insan yang telah khatam membaca ketujuh2 buku HP, aku sudah sedia maklum Dobby akan mati dalm cerita ni. So aku tak terkejut langsung. Tapi aku terkejut bila ada orang yang jerit dalam panggung "Alaaa Dobby mati pulak!!!". Wow!! reaksi yang err... spontan! LOL! Ye2 aku paham betapa frustnya Dobby mati. Apsal ek J.K Rowling matikan watak dia! Sengaja! Bunuh lah HP ke? - -"

Btw this movie ok lah, cuma just a little bit slow. Ni kalau Part 2 tak de dasyat2 memang aku serang director movie ni. Dalam buku punya lah best. Overall movie HP kali ni banyak unsur humor, suspens pun ada, tapi mostly banyak bebel2 lah. Hermione pun nampak cantik! So aku kasi

3 setengah bintang!! 
Dan akhir sekali dari aku untuk semua...


Stupefy!!!

Muahahahah!


Saturday, July 24, 2010

Sesi Review Movie | The Sorcerer's Apprentice

ALERT : Review ini adalah 100% berdasarkan pendapat penulis tanpa sebarang unsur hipokrit(konon2 mengaku cerita tu best padahal boring gila sebab nak jaga hati orang yang suka movie tu). Dan review ini bersifat subjektif dimana ia bermaksud lain orang lain lah citarasanya. Kalau aku kata best mungkin ada diantara korang kata tak best. So lepas ni jangan nak serang aku kalau aku kutuk movie feveret korang. << (Gila alert panjang sangat macam nak masuk lab nuclear!!)

Movie Title : The Sorcerer's Apprentice

Sinopsis


Aku ada confession nak buat, aku lupa nak tutup kipas masa nak pergi kelas semalam. =X . Oopss!! Silap confession. Aku sebenarnya memang tak tau movie ni wujud. Dan aku hanya tau kewujudan dia masa aku nak beli tiket dekat cinema tu. Itu pun selepas member aku bagi cadangan nak tengok cerita Mantra (Uwekkk!!). Aku terus cepat2 cari cerita lain konon2 nak elak dari tengok cerita tu. Last2 jumpa cerita nih kat monitor. Sebab tajuk dia macam menarik. (Sekali pandang aku ingat ni reality show Donald Trump "The Apprentice" versi movie). <<< tengok review movie tak start lagi, dok bebel pasal benda lain. = ="

Bukti pembelian. 

Cerita ni sebenarnya macam ni, kita rewind balik ke zaman lampau masa magic still digunakan untuk menentang kuasa jahat. Time tu ahli sihir terhebat Merlin (kononnya) still hidup and dia ada 3 orang apprentice. 2 lelaki, Balthazar(Nicolas Cage. Aku kenal dia sorang je dalam movie ni), Maxim dan seorang perempuan Veronica. Last2 si Maxim ni jadi pengkhianat bergabung dengan kuasa jahat Morgana menentang si Merlin ni. Last2 si Veronica ni sedut Morgana punya soul masuk dalam body dia. Lepas tu si Balthazar perangkap si Veronica dengan si Maxim ni dalam satu tabung berbentuk patung. Merlin pulak mati sebab kena attack dengan si pengkhianat Maxim. Sebelum mati dia ada bagi satu cincin berbentuk dragon dekat Balthazar and suruh dia cari 'Prime Merlinian' dengan mengunakan cincin tu. 'Prime Merlinian" tu lah yang hanya mampu bunuh si Morgana buat selama2nya. Tragik gila introduction!!.

Kembali ke zaman sekarang tapi jangan lebih2 sampai tahun 2000 je, si Balthazar dah jumpa sorang budak yang berpontensi jadi "Prime Merlinian" nih (Payah betul nak sebut!!). Tapi malangnya ada satu insiden berlaku (korang tengok sendiri insiden tu, kalau aku explain kang jadi berjela2 panjangnya). Si Baltazar ni terperangkap masuk dalam satu pasu besar sebab nak selamatkan budak tu dari Maxim. (Budak ni gedik gila pergi bukak tabung patung tu last2 si Maxim tu keluar balik!)

Baltazar tengah buat teknik sihir. Manakala Maxim kat belakang dok buat muka pelik kat belakang.

Masa ni Balthazar dengan Dave kat Chinatown tengah lawan Naga. Yes real Dragon. Tapi CGI effect lah.

Sekarang kita kembali ke waktu sekarang. Gila! Banyak betul peralihan masa. Time ni budak tu dah besar. Nama budak tu Dave. Dia ni kan memang nerd gila lah. Lagi2 dalam bidang Fizik. Aiyooo.. Subjek paling aku tak gemar.. So masa time ni si Maxim dan Balthazar berjaya melepaskan diri dalam pasu tu selepas terperangkap selama 10 tahun. Masing2 berebut2 nak cari si Dave ni. Last2 Si Balthazar jumpa dulu and ajar si Dave ni cara2 nak jadi ahli sihir yang berjaya. So berlaku lah macam2 adegan time tu. But at the same time si Maxim dapat keluarkan si Morgana keparat itu keluar dari tabung patung tersebut. 


Veronica yang tengah dirasuk Morgana tengah buat aksi pemujaan. "Bangun lah wahai pengikut2 ku!!.Rarrr!" (menipu gila ayat!!)

Alamak!!. So berjaya kah si Dave menyelamatkan dunia ini dari kecaman kejahatan? Berjaya kah Si Morgana mengedik menguasai dunia? So korang tengok lah sendiri kalau nak tau. Aku dah cerita intro pun dah macam buat esei. - -"

Review

Overall cerita ni banyak adegan2 aksi CGI dia. Lagi2 time masa si Balthazar lawan si Maxim. Macam2 teknik keluar, ada satu part tu aku suka. Si Maxim tukarkan kereta biasa ke kereta Sport semata2 nak lari dari Balthazor. Gila smart!! Si Balthazor pun tak mengalah tukarkan kereta dia jadi kereta Mercedes berkelajuan tinggi. Haha. Masing2 nak tunjuk terror lah tu. (Kalau aku ada power macam tu. aku tukarkan handphone aku kepada iPhone. -_ -")

Lepas tu cerita ni banyak lah adegan sengal si Dave ni. Tau2 lah Nerd kan. So action dia kadang2 agak rasa macam nak lempang sekali. But still entertaining. Member2 aku siap gelak terkekek2 time tengok cerita nih. Aku pulak hanya gelak cool dan sopan je masa tu. =P. So dengan ini aku menganugerahkan movie ini..

Tiga bintang setengah!!


By the way. Cerita ni adalah produksi dari Company Disney. So korang boleh lah expect ending dia macam mana. T T.

Nota: Dalam movie ni memang banyak kali jugak lah dia pasang lagu One Republic 'Secrets' yang pada waktu dulu aku hanya memandang hina lagu ni. Last2 aku download lagu ni lepas balik bilik sebab dari perasaan hina menjadi suka pulak. Hahaha. Serius tengok cerita ni akan mengubah presepsi korang terhadap lagu tuh. :) .

So bagi nak rasa teruja korang nak tengok movie ni bertambah. Aku sediakan trailer kat bawah ni. Korang tengok trailer ni macam serius je semacam. Tapi sebenarnya kelakar cerita nih.



P/s : Panjang gila Review!! Tak sengaja...

Saturday, April 24, 2010

Popcorn N Friday

Malam tadi sambil berblogging sempat lh mata nie menjeling2 tgk cerita dekat TV. Apa yang ak tgk mlm td? Memandangkan rumah ak nie tak de Ast*o. So ader 6 channej je (kesian kn). TV1 jgn haraplah ak nk tengok tak sempat nak tekan.Overall ader lh sempat ak tgk 3 show malam td.(Byk tu!!)

1) Mr. Bean's Holiday (TV3), 10PM

Korang mesti kenal dengan mamat sengal sorang nie. Lepas dh popular dgn television series die(mmg lawaklh). Diorg decide nk wat movie pulak(untung ma!!!). Mr. Bean's Holiday nie kalau korang nak tahu adalah movie kedua selepas Bean - The Ultimate Disaster Movie( klu tak salah ak criter pasal bean nie rosakkan lukisan mahal). Cerita nie pasal si Bean ni menang lh satu lotter and dapat hadiah video recorder(mmg jakon sikit Bean dgn benda lah nie. Semua benda nk rakam), 200 pound(Hilang dalam perjalanan) dgn dpt invite pergi ke Cannes yg terletak dekat Perancis. So bermula journey ala2 sengal mamat ni pegi ke Cannes. Byk lh aksi bodoh sengal mamat nie buat. Ader part yg aku suka ader part yg ok2 je. Ak paling suka part die nk kumpul duit sbb duit kene curi and sangup buat street performance nyanyi lagu opera(mulut menganga tahap gaban!!). Mmg mcm real je die yg nyanyi(padahal miming je guna radio. Suara pompuan plak tu!!) Hahaha. Overall ok lh criter nie. Sesuai utk sape2 yg tension kepala otak. Tak berat pn criter nie.


P/S : gambar kt atas tu mase Bean nk menyamar jd mak watak sorang pompuan ni. Scary pulak ak tgk. Mcm corak 101 dalmatian pn ade. =P Gagagagaga.

2) Idols Gives Back (8TV), 9.30 PM kut


Korang mesti kenal dgn logo nie. Tp kenapa mcm ader ala2 Krismas je?(reben warna merah kt bwh logo American Idol tu). Bukan!! nie mmg cerita American Idol(AI). Tp episod malam nie special sikit. Sebelum tu ak nk bg tau yg ak nk bkn lh pengikut setia rancangan nie. Sebab busy study. Mana lh sempat tgk. Tp bila dh cuti nie ak boleh lh tgk semua show *gelak puas*. AI nie dh masuk season 9 dh. maknanya dh 9 tahun dh criter nie bertahan(mmg lame!! klu budak dh masuk darjah 3 dah). Lupa nk bg tau ape yg special nyer episode malam tadi?  Malam tadi  show nie jadi mcm charity show lh. Semua undian yg penonton slalu nk vote peserta dlam nie akan diagihkan dekat semua badan2 charities yg terlibat. Antara charities yg ak ingat mcm Feeding America, Children's Health Fund, Malaria No More dan lain2.(Mcm mane ak boleh ingat nih!!)
Diorang pn panggil artis2 buat persembahan. Yg sempat ak tgk Alicia Keys, Mary J Blige dgn Carrie Underwood. Teringin nk tgk Justin Bieber wat persembahan tp terlepas kut.


Selain tu diorg selit2 kn lh video pasal kanak2 yg menderita.Tapi ade satu part nie sedih sgt pasal2 budak2 kat Afrika. Dekat sana budak2 ramai yg mati disebabkn malaria(penyakit dtg dr nyamuk). Yg paling terkejutnya die bagi statistik anggaran sorang budak akan mati disebabkn malaria dlam setiap 30 Saat!!! Bygkn byk tu. Rupa2nya org kat sana tak ade duit nk beli kelambu. Sebab tu budak ramai yg mati. Mmg kalau boleh ak nk tolong.(dgn vote lh). Tp masalahnya dekat America plak(Alasan!!). Tapi jangan risau sbb ak dh dgr yg diorang dh berjaya kumpul $48 million dh. WAH!!!
Tapi ak ader terpikir juga. Kenapa Simon Cowell(Judge) dgn Ryan Seacrest(Host) tak nak derma sekali? bagi depa lh kn $48 million tu senang je nk dpt.Sebab diorg adelah antara orang yang paling berpengaruh dalam industri muzik America nie. Pelik betul.(Kedekut!!)

P/S : Mesti korang pelik kenapa ak boleh tgk show sampai dua dalam tempoh waktu yang sama?. Ak kalih2 lh tu. Hahaha. Tu yg sampai ade part yg terlepas.

3) Gothika (TV2) 12AM kut

Hah!! nie pulak criter seram. Halle Berry berlakon. Korang kenal kn. Cerita dia bg ak x seram mane pn. Hantu pn tak creepy. (Seram lagi mak cik kampung ak bila pakai bedak sejuk jalan sorang2 kat jalan raya). Tapi jalan criter die menarik lh. Pandai minah ni berlakon. Ak criter sikit lh plot die. Si minah ni sorang psychiatrist dekat satu hospital sakit jiwa nie. dh kawin dh.(terkojut tgk suami die. tak sesuai langsung..wakaka). Laki dia pn kerja yg sama juga. Pada suatu malam yg sunyi.... (Duhh!!! skema!!) mase tgh balik dia terserempak dgn satu pompuan ni yg tgh berdiri kt tgh jalan. so dgn baik hatinya dia nk tolong (klu ak lh jgn harap ak nk berenti, mane lh ader org berdiri tgh2 mlm buta kt jalan raya. Gerenti hantu lh tu!!). 





Tup tap tup tap besok pagi tgk2 Halle nie kena tgkp dgn polis sebab bunuh laki die. Mau tak terkejut dia. Tak pasal2 jadi janda lepas tu kene tuduh bunuh laki sendiri. So org assume die ni gila.(mmg kerja gila!)
Setelah berbagai2 aksi melepaskn diri dr hospital sakit jiwa dgn bantuan hantu yg  tak seram tu. Akhirnya misteri tu terbongkar. Hantu yg rasuk badan dia tu lh yg sebabkn die bunuh laki die secara tidak sedar. Sebab ape? Sebab laki die yg bunuh hantu tu dulu. Laki dia nie rupanya ader mental sikit. Dia suka dera(secara seksual) dekat semua pesakit2 dia kat tempat dia kerja (yg muda2 lh. Yg tua dia tak kacau pn..hahaha).
Overall criter nie bolehlah  menghilang kebosanan ak di malam Jumaat.

P/S : Susah nk percaya orang sekarang. Ramai yg bermuka2. Pura2 baik. Tp dlam hati nk menghancurkan kita. So hati2 lh (Terpengaruh dengan criter kt atas)

Lps semua tu ak pn masuk lh tido. Sebab mata dh sexy sgt. Hahaha. (teringat muka hantu dlam gambar tu masa nk tido, Bygkn lh dia pengang kaki ak masa nk tidur. Mau pitam ak kat situ. Hahaha)