Showing posts with label Kimchi. Show all posts
Showing posts with label Kimchi. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Saya Nak Tahu! #1 | Apa Kimchi Tu Yang Sebenarnya?

Right now, aku nak cerita pasal sejenis makanan (duh!). Ok lah tu. 2 entry yang lepas langsung tak sebut pun pasal benda ni. So dah balance kan? Sebenarnya macam ni benda ni dah mengganggu pemikiran aku beberapa bulan lepas. Asyik berteka-teki je. WHAT KIMCHI REALLY IS???



Yup, aku tau lah ia sejenis makanan. Tapi dia buat daripada apa?? Ye, ye aku tau ada yang kata. "Eh Google lah! Kan sonang!" Tapi setiap kali bila aku dah mengadap laptop tak teringat pulak aku nak search pasal info benda ni pulak. Dasar manusia yang lemah pasti akan selalu lupa. 

Jadi ini adalah diantara persoalan aku pasal hidangan tersebut :

1. Apa benda lah yang dok berjuntai2 tuh! Curios betul aku! Siyes first time tengok rasa geli pulak. Mula pikir bukan2. Tu sengungut sotong ke!!! Yikes!
2. Yang salut merah dekat berjuntai2 tu apa lah pulak? Serbuk cili Baba's ke? Ke memang cili or something else?

Maka wujud lah program National Geographic Channel versi Startsruck (Edisi Bahasa Malaysia) yang akan merungkai persoalan2 misteri ini. Miahahah. Gila informatif!

Seperti yang korang tahu especially peminat kipas susah beno nak mati Kpop/Kdrama, makanan ini berasal daripada Korea! Bila aku sebut Korea ia tertakhluk kepada Utara dan Selatan. Sebab aku tahu persepsi masyarakat mesti dok pikir. Kalau sebut Korea aje, mesti dok terbayang2 sekumpulan remaja mengedik di pentas or drama2 di kelilingi salji bagai. - -"  Owh! itu semua bahagian selatan sahaja. Korang mostly dah lupa pasal kewujudan yang diutara tu. Dan iye aku tahu kita sekarang macam nak tertumpu pasal geografi pulak. Sebelum melalut ke benda lain meh kita kembali ke topik sebenar.

Sebenarnya (lawak tak aku tanya soalan, aku yang jawab balik?) kimchi ada beratus2 jenis!! Wow! Sama lah macam kita punya nasi lemak. Ada nasi lemak sambal ikan bilis, ada sambal ayam, udang, ikan, blah blah balah, ada yang letak telur, ada yang tak letak telur tapi letak kacang je, ada yang letak telur rebus, ada yang telur goreng, telur mata blah blah blah. Kan dah beratus tuh! 

Tapi basic kimchi mesti ada...

1. Napa Cabbage (Kobis apa ntah dalam BM? Kobis Napa lah kan?)


2. Radish (Lobak putih)


Lepas tu campur2 lah dengan berbagai jenis seasoning dan rempah. 


And lepas mix semua semua benda alah tu and tada! you get yourself a kimchi!

Segala jenis perjelasan diatas itu telah menjawab persoalan kita yang pertama iaitu tiada unsur sengungut sotong dalam masakan kimchi! LOL! Benda2 berjuntai tu basically adalah Kobis Napa yang dibiarkan panjang berjela tanpa dipotong pendek.  

Dan yang warna merah yang menyaluti Kobis Napa itu adalah sejenis rempah atau secara spesifiknya adalah Cili Hidup ataupun Cili Kering! Sah lah peniaga kat Malaysia guna serbuk cili Baba's ataupun Allagapas.


Jadi ada tak yang diantara korang yang pernah rasa? Tell me me what does it taste. Bagi aku, aku tak teringin pun nak rasa sebab rupa dia agak macam geli campur messy sikit. Tapi kalau diberi peluang bedal je lah. Kalau tak sedap buang kalau sedap puji. Habis cerita. LOL!

Senang cerita Kimchi ni jeruk sayur lah. Ada yang sayur yang dijerukkan selama bertahun2!! Lagi lama lagi lah sedap! Tu orang Korea lah kata bukan aku kata. Tapi kalau kat Malaysia tak de lah bertahun2 kut, yang beberapa jam pun cukup lah. Lagipun tak de sapa pun sedar melainkan ko tu professional food taster! Ehem! Ehem!

Berselera ke tengok??????
Ok, that all for today!! Kita berjumpa lagi di episod kedua pasal benda lain pulak. Itu pun kalau producer kasi green light buat. Kalau rating tak tinggi dia kata terus cancelled! Sungguh kejam industri hiburan ni ye!