Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Metamorphosis (Advanced Gila Tajuk!!)

Lalalala~~~~



Nampak tak gambar segitiga merah menyala kat atas tu??? So sekarang ni aku nak mengistiharkan bahawa blog ini akan di makeover kan buat kali ketiga bermula hari ini!!! *sila tepuk tangan*

So seperti biasa masa proses baik pulih ini, wajiblah akan berlaku 

a) tiba2 header tersenget ketepi
b) warna text menjadi jijik
c) template akan jadi haru-biru

Jadi aku berharap korang bersabar lah ye dengan segala kesulitan yang akan dihadapi. Bak kata pepatah "Bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian". (tiba2 teringat masa SPM paper BM kena tulis pepatah melayu yang sesuai dengan cerita)

Tapi jangan risau weh!! Aku tak akan lupa buat entry baru. (In case mood aku Ok. Kalau tengah mood pening kepala siap mencaci header baru yang tengah aku buat. Tu aku tak gerenti ek). So have a good Sunday everyone!!

P/s : Konsep apa lah yang aku nak buat kali ni? Batik? Hahahahaha