Saturday, May 4, 2013

Rambling #11 Tomb Raider 2013 (Edisi I Need This in My Life)

Sejak diumumkan oleh Crystal Dynamics akhir tahun 2011 yang lepas lagi yang akan ada game terbaru Tomb Raider yang akan keluar. I was beaming with happiness. Walaupun game Tomb Raider tidak lagi sepopular sama seperti gamenya yang pertama 'Tomb Raider I' dan game sequelnya seterusnya itu hanya dikeji berdasarkan oversized boops Lara Croft. -___________- I just don't care. I just love playing this game. 

Dan berita pertama yang keluar dari Crystal Dynamics ialah mereka akan reboot balik game ini. Ini bermakna mereka tidak akan menyambung balik story background untuk 8 game Tomb Raider yang terdahulu dan akan buat completely new direction but still maintaining Lara identity. And I was worried. Damn worried.

Adakah masih akan ada scene menembak menggunakan dual-pistol? Adakah masih akan ada gua/tinggalan yang perlu diexplore? Adakah akan masih ada big battle scene dengan makhluk-makhluk mistik?

Sejak daripada hari tu aku senyap-senyap mengikuti berita perkembangan game ini. Dan secara rasminya game ini akan dikeluarkan March 2013. *krik krik krik* Lama gila woi! Dah lah baca berita tu 2011 macam tu. Tapi takpelah mereka menjanjikan kualiti yang terbaik maka aku pun mainlah Tomb Raider:Underworld dan Anniversary secara berulang kali sambil menunggu masa itu tiba.


Then voila! poster official keluar dan jangka waktu game itu dikatakan ialah semasa Lara baru mula-mula berjinak dengan dunia archeologi. Still budak mentah hingusan macam tu. Dan aku tak tau lah berapa banyak kali tengok trailer game lepas  macam "Oh man! Release it now!"

Siap buat perancangan lagi nanti bulan Mac tu akan siap-siap beli desktop yang spec bapak gila mantap takde nak lagging-lagging kalau main. Lepas tu simpan duit nak beli yang versi game ori punya. Sembangat tak? Ye aku tahu agak semangat disitu.

*Mei 2013*

"Tomb Raiderreceived much acclaim from critics, who praised the graphics, the gameplay, Camilla Luddington's performance as Lara and Lara's characterization and development with many critics agreeing that the game is a solid and much needed reboot of the franchise." - Wikipedia

And here I am using laptop pinjam. Kais pagi makan pagi. Lepas tu pergi ke kedai game dan hanya memandang dari luar kotak kaca. 


~sigh~ So close yet so far. Dan hanya mampu balik ke rumah dan melayari YouTube dengan menonton orang lain bermain game tersebut.


It was UH-MAZING!!! Visually, control settings almost perfect!! *meratap tepi dinding*

On the side note aku tak sedaraku tengok video ni full 30 minit complete dengan 720 definition. And I was like T_____________________T

bandwidth broadband aku.

No comments:

Post a Comment