Monday, May 6, 2013

Aku dan PRU13 (Tajuk macam novel kemain)

Patutnya malam tadi publish entry ni tapi disebabkan anxious sangat result PRU lambat keluar tiba-tiba jadi malas lantas terus masuk beradu. Jadi semalam macam biasa lah semua twitpic/instagram/newsfeed wajib memasing letak gambar jari telunjuk yang dah ditanda dakwat sambil ada caption yang kliche 'Saya sudah menunaikan tanggungjawab, anda bila lagi?'. 

Beach pelis, kau orang belum melihat jari aku lagi.

Macam inai versi urbannak pergi menikah! Tapi ni pun pudar sebab lepas  habis tu lekas-lekas gonyoh denagn Axion.  
Ini adalah pengalaman pertama aku membuang undi disebabkan 5 tahun yang lepas aku masih lagi remaja. Jadi saya dengar ada orang tu sampai pukul 8 dah keluar vote, wow kemain semangat dia *jeling-jeling*. But since aku kena pergi kerja bukak kedai dulu lepas tu buat semua preparation baru boleh keluar jadi dalam tengah hari boleh keluar.

Ingatkan masa tu mesti ramai yang akan keluar pergi mengundi tapi rupa-rupanya masuk je saluran tu terus giliran aku. Tak sampai 5 minit pun. Memang takde orang!. Alhamdullilah, jadi sempat lah aku balik ke rumah makan mee goreng lepas tu sambung balik kerja. LOL!

Oh did i tell you yang masa acik tu sapu dakwat tu I was like cringing kesakitan. Macam kena bubuh cuka sebab time tu jari aku luka. Tak tau lah sekarang ni fasa metamorphosis ke mende semua kulit nak bertukar yang baru. Sebab tu dalam gambar tu jari macam hodoh benar. Sepatutnya tak macam tu. Sepatutnya dia macam mulus dan flawless *pang* (kena tampar).

Disebabkan masa aku taip ni kita dah tahu siapa dah menang PRU13, yang menang sila tepati manifesto anda, yang kalah sila cuba lagi. Tak perlu demi politik lagi-lagiyang seagama semua gelabah lemak kecoh memaki antara satu sama lain, masam muka semua. Apa yang dah terjadi dah terjadi, tak boleh nak rewind balik (kecuali ada miracle). Yang penting usahakan lebih sekarang untuk masa depan yang lebih baik.

Jadi bertemu lagi 5 tahun akan datang untuk PRU14. 

4 comments:

  1. Terasa tua bila dah mengundi. Haha.

    ReplyDelete
  2. Dua dr family aku bertanding. Satu pembangkang, satu bukan pembangkang. Alhamdulilah, kalau kenduri semua orait je. Hahaha.

    Itulah yang kita mahu ye dak. Janganlah masam-masam muka, provoke, sarcasm each other.

    ReplyDelete
  3. alohhh, nesa xde gmbar jariii~

    ReplyDelete