Friday, December 14, 2012

[BR] Pecah - Khairulnizam Bakeri

Book Review [BR] kembali lagi! Selepas seminggu hilang tiba-tiba akibat perasaan yang melonjak gembira sebab nak pergi ke BBW. Jangan salahkan perasan gembira itu. Jadi, minggu ni aku rasa nak buat review daripada salah satu publisher yang menghasilkan karya-karya urban dan masakini (according to the description from their website). Buku Fixi dengan novel Pecah.


Details 
Penulis : Khairulnizam Bakeri
Publisher : Buku Fixi
Bahasa : Melayu
Bilangan Muka Surat : 335 
Harga : RM 20 (kedai). Beli online dapat 15% diskaun. 

Ilustrasi
Pertama kali tengok kulit muka buku ni kau macam terkaget sekejap. Ni cerita  macam 'Ninja Assassin' ke? Kalau berkisar pasal ninja kenapa pakai pistol. Bukan ke ninja lebih kepada Shuriken? Katana? Oh maybe ada twist dalam cerita ni? Ninja moden mungkin. Tetapi bila aku baca sipnopsis dia, ia berkaitan satu rompakan berkumpulan dekat Bank CIMB. Tiba-tiba jadi macam tak masuk akal. Oh, mungkin mereka merompak sambil memakai kostum! 

Dan apabila baca cerita dia dengan lebih lanjut. Barulah kau mengerti yang tu bukan kostum ninja. Itu adalah purdah. T____________T. Purdah wanita yang siap dengan niqab. Tetapi dalam kes ni bukan wanita yang memakainya tetapi lelaki sebab ada janggut kalau perati betul-betul dekat cover dia. Maka aku rasa cara penyampain untuk menunujukkan purdah tersbut macam tak sampai. Boleh menimbulkan salah faham pembaca. Mungkin boleh cuba letak model tu dari sisi depan? Atau terangkan sedikit contrast dia bagi betul-betul nampak pattern purdah. Just my 2 cents.

Plus, aku sebenarnya agak suka dengan style Fixi buat dengan setiap tajuk novel yang ditulis diatas satu stripe ataupun menggunakan font tulisan yang hampir sama. Dia macam membangkitkan semangat nak kumpul semua buku keluaran mereka tanpa mengira jalan cerita meraka best atau pun tak. Nanti kalau susun dekat rak buku macam lawa gila. This is a good sign actually. For their business.(ehem).

Dan aku macam agak kagum sedikit dengan tajuk Pecah tu. Maksud aku dia ada "double entendre" kalau perati betul-betul. Satu tentang kejadian pecah masuk ke dalam bank dan satu lagi pasal melibatkan struktur jalan cerita dia yang membongkar rahsia watak satu persatu. Dalam ayat yang lain, bongkar = pecah. 

Isi Kandungan
Sebab utama aku baca buku ni sebab plot dia. Rompakan ke atas bank dan bagaimana mereka yang terlibat buat rancangan untuk lepas dengan jenayah ini tanpa ditangkap pihak polis. Jarang rasanya (setahu aku) ada novel yang buat cerita-cerita macam ni lagi-lagi dalam BM. So I'm taking the bite and bought this novel.

Mula-mula macam biasa, aku ada masalah untuk mengenal watak. Lagi-lagi bila nama watak agak banyak. Jadi kadang-kadang kena belek balik muka surat sebelum ni untuk kenal pasti balik siapa si polan si polan ni. Lagi-lagi apabila watak dalam ni agak ramai. Tapi bila dah nama-nama tu diulang-ulang jadi biasa lah. Mungkin ni problem aku kut. Haha. Saya manusia yang lemah.

Secara amnya. dia macam ada 2 team dekat dalam buku ni:

#TeamPurdah = Herman, Radi, Bakar, Don dan Lidya
#TeamPolis = Inspektor Alan dan dua lagi sidekicks yang aku tak ingat namanya. 

Of course, penulis macam seolah-olah menyuruh kita memihak kepada #TeamPurdah lagi-lagi dengan mendedahkan kisah silam hitam mereka yang pilu satu persatu. Dan sejujurmya aku dah terperangkap dengan helah  tersebut lantas menyokong #TeamPurdah supaya menang di akhir cerita. Lagi-lagi ada part bila salah sorang #TeamPolis menghina Britney Spears.

Jalan cerita agak menarik since aku baca dengan agak rakus, nak tau apa yang terjadi. Lagi-lagi bila #TeamPolis cuba nak merungkai apa rancangan #TeamPurdah. Tapi malangnya sebelum cerita nak tamat, aku dah boleh agak siapa si polan ni. Apa kaitan dia dengan si dia. Mungkin disebabkan aku banyak terdedah dengan drama/buku berunsur thriller tu yang boleh agak kut. Dan bagi aku lah unsur twist dalam ni ok-ok saja. Sebab aku dah banyak tonton/baca twist yang lagi macam gempak dan memang kadang-kadang tak terfikir pun. 

Tapi tak bermakna novel tak layak diberi peluang untuk dibaca. Give it a try. Maybe you will like it.

8 comments:

  1. buku ni, bahasa aras tinggi ! HAHAHA.. *tabik

    ReplyDelete
  2. Aku pun suka style diorang, macam kemas bila dekat dalam rak. Tapi aku tader lagi buku diorang. Aku kumpul legenpress punya buku je. Hihi.

    ReplyDelete
  3. tq bro. aku oun tgh cari2 buku. at least bole try yang ini.

    ReplyDelete
  4. Dengan membaca review ko ni, maka aku dah tak perlu baca buku tu utk tau ceritanya...
    Thanks..
    (pemalas membaca)

    ReplyDelete
  5. like komen cero itu..
    erm,takde spoiler ke?hehe

    ReplyDelete
  6. oh terjawablah teka teki WZ kt fanpage 2 kan..menarik2.

    ReplyDelete
  7. aqmalazmi
    macam peminat tegar Fixi saja? based on dkt senarai buku2 yg dibaca dkt blog ko. lol

    kiheee
    haa. kan dia mcm addict nk kumpul kasi lawa. lantak lah cerita tak best ke idak. lol. tp setakat ni aku beli mana cerita yg berkenan saje. klu nk beli semua mmg bankrup

    muhammad razik
    sila cuba, sila cuba. lps tu beritahu apa pendapat anda pula.

    cero
    *judging you right now. gif*

    star
    spoiler? tak boleh2. hahaha. nnt takde pula org nk membelinya.

    nesa
    yup, ini lah jawapannya.

    ReplyDelete
  8. ak pun suka gak bce cte2 camni... Mcm Adam karya ramlee awang murshid tapi bezany dia nak tembak president us, bkn rompak bank.. So, bila aku kaya t aku beli on9 je sbub ak tak nampk pun buku ni kat minerva tu.. :P

    ReplyDelete