# WZ membeli tiket secara spontaneous di Sri Puteri lalu duduk disebelah seat driver (melunjur kaki lebih tepat lagi)
# Tiba di Melaka lalu panik lantas berhenti di Mahkota Parade
# Nampak Menara Taming Sari, Deja-vu sebentar, teringat kembali pengalaman semasa menaiki Space Shot di Genting Highlands. Ia bagaikan menghantui diri sendiri.
# Tiba di pinggiran sungai buatan. Terkejut! Ada Boat disitu.....
Macam nak kena lempang terkejut bagai padahal memang dah tau bot memang dekat situ. Kah kah. Ok right, selepas ramai yang tak berpuas hati pasal last entry apsal pendek sangat. Sekarang hambik ko!! Baca sampai lebam!
Melaka River Cruise ni memang dah termasuk dalam list aku, so kena lah pergi. Orang kata lagi best kalau pergi waktu malam sebab ada light effects semua. Tapi disebabkan ini hanya one day trip idak ler ada masa nak tunggu sampai malam. Siang pun jadi lah.
|
Dekat seberang tu ialah Hotel Casa del Rio, rasanya 5 bintang which is kalau korang seorang yang berstatus kaya raya serta merasakan diri tu alergik tidur di motel boleh menginap disini. Tapi memang lawa lah. |
Tapi time pergi tu tak ramai sangat beratur, maybe tengah hari kut. Not that I'm complaining.
|
Kaunter tiket. |
|
RM10 per person (adult). Sini semua style tiket-tiket warna-warna oi. Apa barang guna kertas warna 70gm yang beli kat Giant tu. |
Lepas dalam 10-15 minit macam tu baru lah datang satu bot ni. Tapi time tu pulak ada drama siapa nak bawak kan bot ni. Hoi! Pakcik-pakcik bukan nak cover ke. Cer pegi belakang mana-mana bertumbuk lah korang janji tourist tak nampak.
|
Ni lah bot yang bakal menjadi mangsa. Kak kah. Mamee-ish gila warna dia. |
|
Selepas drama sebabak yang tak berapa menarik langsung tu. Datanglah sorang pakcik. "Perjalanan selama 45 minit ye!,"ujar beliau. *Mata bersinar gembira* |
Memang berbaloi ah RM 10 dapat naik sampai 45 minit. Sampil ditiup-tiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil tu lah tengok pemandangan dekat tepi sungai. After like 10 minutes. Zzzzzz. Kah kah. Nak tertutup dah mata ni. Bukan sebab bosan tapi angin dia tu. Bagaikan mengantuk disogokkan bantal!
|
Banyak sebanarnya dapat tengok melalui bot. Dia macam conclusion negeri Melaka lah. Tapi dari pandangan sisi. Ok, ok kita mula satu-satu. |
|
Benda pertama yang akan nampak ialah Kincir angin ni. Wah! Belanda gila. Kalau dia letak bunga tulip dekat sekeliling sah-sah berpusu-pusu pengantin dok datang sini photo shot. Bye-bye scene landasan kereta api. |
|
Ni namanya Kota Melaka kalau tak silap. Tempat benteng pertahanan macam tu. Kalau tengok betul-betul dekat meriam tu ada perempuan dok mengangkang. Ingat kuda apa! Lari woi Belanda tak jadi datang serang. |
Lepas tu ada rentetan bangunan yang semua dinding dia ada gambar-gambar lukisan. Banyak sangat. Lawa-lawa pulak tu.
|
See! Banyak gila. Kalau waktu malam lagi lawa lah sebab nanti ada lampu effects. Tapi siang pun ok saje. Nampak tak Hang Tuah dalam gambar atas sebelah kanan. Aku dari jauh ingatkan M. Nasir. |
|
BAHULU!!!! *menggelupur atas bot* |
Masa naik bot ni korang akan lalu bawah banyak gilaaaaa jambatan. Jambatan Pasar lah, Jambatan Hang Tuah lah, Jambatan Kampung Jawa lah to name a few. Setiap Jambatan ni pattern dia lain-lain. So takde lah bosan sangat.
Then sempat melawat ke Perkampung Morten. Perkampungan yang paling lama bertapak dekat Melaka. Tapi yang ni lepas dah dapat elaun daripada kerajaan lah untuk renovate terus nampak lawa. Kalah kampung aku.
|
Kampung Morten. Tapi tak berapa nampak sangat lah sebab aras Bot rendah. = =" |
Haaaaa! *efek kepochi* kah kah. Kebetulan time tu ada pulak kenduri kahwin dekat situ. Pengantin berarak naik Bot! Perghhh!
|
Time ni pelancong dari China dah start kecoh-kecoh sebab tak pernah nampak. -_- |
Then boleh nampak macam lokasi Fun-Fair. Tak tau lah tu Eye of Malaysia ke Horus ke tak pasti. Tapi nak buat attraction ni kena kos 3 juta something like that. =O. Tapi macam tak beroperasi pun. *jeling-jeling*
|
Tengah elok-elok setting dah angle gambar. Datang meluncur bot brand Mister Potato tiba-tiba. Kuang hasam betul. Team Mamee Monster is angry!! |
|
Ni Monorel Melaka. Tapi sayang dah tak berfungsi. Kenapa ek? *jeling-jeling lagi* |
|
Bila tengok gambar ni macam feeling-feeling Rom pulak. Maybe that church effect. |
Lepas dalam 45 minit akhirnya sampai dekat Pit Stop terakhir. So kena keluar dan beransur ke lokasi lain. Tapi memang wajib lah naik benda ni kalau ke sini. Rasa macam retis bila orang-orang dari tepi pandang kita. Kah kah.
Lepas ni gerak ke Muzium Kapal. Dekat gila dengan Melaka River Cruise. Tapi overall memang lokasi pelancongan dia dekat-dekat antara satu sama lain. Sama je lah macam Kuala Lumpur tu.
|
Mula-mula macam tak nak masuk sebab muzium kan. Zzzzzz. Kah kah. Tapi lepas tengok pakej dia. Bayar 3 ringgit (tunjuk IC) boleh masuk 3 muzium yang berlainan secara pukal! *terus bayar* |
|
Dekat main entrance dia berderet beca tunggu customers. Memacam pattern lah boleh tengok. Yang bestnya setiap beca ada speaker dia sendiri. Kuat gila!! So macam biasa lah lagu menjadi pilihan masa kini. 'Oppa Gangnam Style'.
I trip RM15. So kbai. Ini adalah backpacking secara berhemah. Tapi bila ada satu beca dia pasang lagu Brit 'Criminal' rasa macam nak kejar nak naik beca tu. KAH KAH. Gila betul! |
|
Dengan tiket ini anda boleh menikmati 3 jenis Muzium! iaitu Muzium Kapal, Muzium Samudera dan Muzium TLDM. Tiga-tiga jenis muzium tersebut memang dekat antara satu sama lain. So tak payah kelam kabut. |
|
Macam biasa ar dalam dia tunjuk suasana Melaka zaman dulu-dulu. Barang dagangan semua. |
|
Ada model mini kapal-kapal lama, duit-duit zaman dahukala, koleksi setem, patung hang tuah etc |
Lepas tu straight pergi muzium sebelah Muzium Kapal tu iaitu Muzium Samudera.
|
Muzium Samudera dengan Muzium Kapal ni kena tanggalkan kasut kalau nak masuk dalam dia. So hati-hati jangan pakai kasut mahal-mahal. lol. |
|
Sini macam nothing much lah. More towards to ocean life, batu meteorite semua. Tapi tempat ni memang agak luas. 2 tingkat. Boleh sesat bagi sesiapa yang mudah alpa. |
Akhir sekali terus ke Muzium terakhir iaitu Muzium TLDM. Cuma seberang jalan sahaja. Tunjuk tiket gambar kapal tadi then you should be ok.
|
Main entrance muzium tersebut. Masuk dengan penuh yakin jikalau ada tiket. Tak perlu gusar. |
|
Dalam dia ada semua benda berkaitan Tentera Laut Diraja Malaysia. Dari segi pakaian, pangkat, senjata. You named it! Tapi time ni kaki dah macam menunjukkan tanda-tanda tercabut. So macam boleh tak kalau saya jalan je. Tak nak baca. =P |
|
Dekat luar ada model kapal. Memang boleh naik dan tengok. Tapi atas dek je lah. Dalam dia idaklah dibenarkan. |
For you information, dekat sini ada lebh kurang 12++ jenis muzium!! Which is kalau korang kaki muzium memang syok lah. Tapi lokasi dia lain-lain. Kena pandai-pandai lah cari. Aku dah 3 ni cukup lah ek. Kah kah.
|
Yang ni Muzium Islam sebelah dia Muzium Setem. Tapi aku lalu je lah. |
Time ni memang tak tau nak cakap macam mana. Kaki memang macam nak tercabut!!!! Siyes tak pernah berlaku dalam seumur hidup. Dia macam nak masuk level merangkak dah. Kah kah. Every step memang dah sakit. Tapi dah sampai sini tak payah nak mengada-ngada sangat. Biar puas sampai mengesot pun takpe. Bukan selalu datang sini. Nampak tak nilai semangat yang tinggi disitu?
|
Tadah!! Di hadapan Christ Church Melaka. Rasanya Bangunan Stadhuys dekat depan lagi. Tapi memang tak larat dah nak jalan time tu. =( |
|
So instead pekena Cendol Pulut dekat area situ jugak dengan harga RM2. Muahahaha. Rasa nak order 2!. |
|
Oh ye. Before that! Air Pancut Ratu Victoria!! (bunyi macam lain pulak kan) then baru pergi makan cendol. Gelojoh betul skip terus ke cendol. |
Lepas dah macam take 5 + 10. Muahaha. Baru gerak ke Jonker Street! But sadly time tu camera dah merah-merah tanda bateri nak meninggal. I is sad. Tapi Pelan B ada iaitu guna handphone camera. Bad plan to be honest.
|
Jonker Street. Itu adalah Naga ye bagi sesiapa yang tak perasan, Maaf diatas kualiti gambar yang murah |
So basically Jonker Street ni more to Chinese punya kedai. Tapi banyak gila souvenir dekat sini. BANYAK! BANYAAAAK sgt. Kalau pandai cari memang dapat lah yang murah. Since camera handphone macam haram aku tak bernafsu nak upload gambar-gambar tu kat sini.
|
Salah satu suasana di dalam kedai. ARGHH!! Tension ak nengok kualiti gambar. |
Walaupun kaki macam dah takde. Tapi still mampu jalan sampai ke hujung! Lepas tu patah balik lagi. Wah! Tapi lepas keluar dari sini rasa macam. "NAK BARING!!!!" Kah kah kah. Siyes kaki memang macam tak bernyawa dah.
Tapi tapi!!!! Kalau ke Melaka tapi tak jejak ke A'Famosa maknanya tidaklah berguna. So I used the last level of my energy (pintu 8), gagah pergi ke A'famosa. Time ni aku rasa manusia biasa pasti sudah pitam. But I was soo awesome like that it will never happen to me.
|
Fuh!! Ni lah A'Famosa. Dibina oleh Afonso de Albuquerque (Abukaki) Kucing pun datang melawat. Kah kah. Tapi time ni camera tetiba hidup pulak kan. Tampar nak? |
Then pergi belakang dia untuk naik tengok Gereja St Paul yang terletak atas bukit. Bergegar kaki nak memanjat tangga dia. Dalam kepala bila naik tangga. Asyik cakap. 'Macam Batu Caves, Macam Batu Caves." Lepas dah sampai atas bukit ada satu lorong ke kanan. Dekat situ boleh tengok kubur-kubur lama orang Belanda.
|
Surprisingly aku ke sana. Here there are!! Tapi aku tak turun lah. |
Then patah balik masuk tengok St Paul Church .
|
Batu bersurat ke hapa tak pasti. Tapi aku rasa tempat ni pengantin suka betul buat photo shot. |
|
Nampak tak skill photo aku dah makin menurun. Lantak lah orang masuk ke hapa. Penat gila dah time ni. Oh perkenalkan ni lah St Paul. |
Lepas tu cepat-cepat turun bawah. (Time tu banyak betul budak-budak sekolah). Time nak turun tu ada auntie ni pakai wedges. WAH! Gila ke hapa. Lepas tu mula lah jalan tak stabil. Padan muka. Kah kah, Then cari tempat duduk untuk Take 5+10+10 sebelum berangkat pulang ke Melaka Sentral.
|
Memacam gelagat boleh tengok disini. Also ada satu Muzium dekat sini tapi aku lalu je kan. |
Then pukul 6 sampai Melaka Sentral. Yet again time nak beli tiket. Ok naik sekarang! *Mini heart attack*. kah kah, Tak tau Lucky ke hapa. Hop on the bus then go straight home! Walaupun penat gila tapi this will be one of the most memorable experience ever! =)
Ayuh mari ke Melaka!
Next time kalau ke sini lagi. Nak pergi either Zoo Melaka/Taman Mini Malaysia/A'Famosa Resort Melaka.
P/s: Sini ada satu tempat nama dia Surau Warisan. Which is dekat dengan Air Pancut Victoria tu. So tempat beribadat should not be a problem. =)
Wahhhh panjangnyaaaa! *pats shoulder*
ReplyDeleteTapi kan antara semua tempat, tempat yang paling aku mengelupur adalah Jonker street ah. Hahahaha. Kena gila dengan jiwa. Hahaha. Tak rasa pulak sakit kaki sebab tempat2 kat sini boleh berjalan je kan from each places. Hihi.
Hurmm ko xmasuk muzium melaka ke? Alla yang istana melaka tu? Aku rasa tu macam ze best muzium antara yang lain2.
ingat lg ye details trip tu?haha.nk g melancong mana2 mmg kena pastikan bab bateri kamera tuh,nasibla last2 tu dia hidup balik.
ReplyDeleteentri ko ni agak detailed gk,boleh jd panduan utk sesapa yg nak g melaka,so all in all,good job!and tahniah dpt g trip yg menarik =)
ps:tak tahan betul ingat lg psl auntie pakai wedges = ="
sesungguhnya, walaupun tampin bersebelahan dgn melaka, memang idoklerr nak buat trip macam ko ni. memang tujuan pegi melaka adalah untuk shopping je. haha! tapi bagus lah semangat ko ni :D
ReplyDeleteeh lepas ni ko pegi USS pulak lah ea? *larikk*
Next time, apa kata ajak aku sekali?
ReplyDeleteHahahaha...
Melaka mcam banyak sangat tempat boleh pegi..
Tapi macam tak semua aku pegi..
Asyik2 pegi tmpat sama je..hehehe
apa pasal 4 komen aje? I'm soo mad!
ReplyDeletetulah,aku pun penat gk nk tunggu org len komen wakaka.
ReplyDeletemy faveret excerpt; Team Mamee Monster is angry!semangat assabiyah cepat betul meresap walaupun baru je naik bot tuh haha!
apa kata kawan2 ko bila tau ko g sorg2 ke melaka?have u told them??
ReplyDeleteAdakah kau betul2 tunggu 8 komen utk buat post baru?
ReplyDeleteJadi, inilah komen ke-8 ko..
dah tak ada alasan lagi..hehehe
Monorel tue dekat dengan Taman Herba. Kat situ laa aku ulang alik Melaka suatu masa dulu.. wakakaka.. pemberat kat sana.. XD
ReplyDelete