Saturday, November 26, 2011

Mata Satu

Just received this buah tangan from my classmate. 


Dari Turkey weh! Turkey! hahaha. Aku plan nak gantung keychain ni dekat pendrive. Jadi senang pendrive tak cicir. Oh tetiba teringat pendrive yang dulu letak keychain crystal dari Myanmar boleh tercicir pegi mana ntah. tsk tsk tsk. Selain tu motif yang lain ialah bila nak mintak file dari sesiapa ke mesti ada yang tanya "Eh? Peliknya keychain ni. Beli dekat mana ni?" "Owh, Ni dari TURKEY sebenarnya". *sambil buat muka riak*. 

Sebenarnya bila first time tengok benda ni terus terlintas dekat minda. "The All Seeing Eye!!! THIS IS ILLUMINATI STUFF!!" *panicking* kah kah kah. Epic fail!

Actually simbol ni tanda "bringing you a good luck" dekat Turkey. Memang common dekat sana. So tak payah nak paranoid sangat boleh? LOL!

Bila letak selonggok macam ni macam ada yang memerhati pulak rasanya.
Bila mention pasal Turkey what is the first thing yang terlintas dekat fikiran korang. Me? To be honest aku cakap dekat budak-budak ni. "Dekat sana aman ke?" T_____T

Friday, November 25, 2011

Lirik Misteri

Kalau korang pernah dengar atau tak lagu ni itu tak menjadi persoalannya sekarang. Yang penting sekarang adalah pada lirik lagu ni.  This is what you have to do before listening to this song.

Step 1 : Get yourself an ear bud and clean your ears as clean as possible. Ear bud kalau boleh 100% cotton supaya telinga anda tidak mudah cedera.

Step 2 : Dengar guna earphone. (strongly suggest) Kalau takde guna speaker pun boley.

Step 3 : Hanya fokus pada saat 0:00 hingga 0:06 SAHAJA! Kalau nak dengar full song dengar lain kali. Sekarang fokus tang tu je.

Step 4: Klik button play.



***************************************************************************************************************

Aku nak tanya lah kan. English aku ni teruk sangat ke sampai tak boleh paham apa yang dia sebut? Or is it some kind of other language?

Well done noisy boy ai why a langsai deman Jay ara.
Ya ga ooo! KL

Aku rasa ni mesti campuran Bahasa Inggeris dengan Africa.

Song : Iyaz- Solo

Sunday, November 20, 2011

5 Random Things #11

Rasanya selang beberapa dari entry ni ada entry pasal randam things nombor 10 punya kan? Nampak lah sangat sekarang ni tak berapa nak berupdate blog. Macam mana nak kaya kalau macam ni?? Haisssh~~ *mengeluh panjang*

#1 Macam biasa hari ni round-round satu Jusco untuk hilangkan stress study yang seminggu tu (weak excuses) and then suddenly ternampak satu kedai yang macam tak familiar betul kedudukan dia dekat situ. Hurmmm! Sah-sah lah kedai baru bukak. Then terus try beli satu nak rasa. 

T'Blooger  chocolate milk tea.  
Padahal sebelum tu dah beli coolblg Oreo dah. dasar 3 perut betul. Ok, ok sebenarnya kawan yang beli tapi dia tak boleh habiskan so dapat kat aku. Kedai ni macam Coolblog/Each A Cup jugak tapi almost semua drinks dia ada teh dalam dia. Kengkonon tu lah yang membezakan dia dengan yang lain. Kesimpulannya rasa air yang aku order tu 80% rasa tea 20% rasa coklat. So far taste dia ok lah. Ke aku ni memang hadap je semua benda boleh masuk perut?

On the side note apsal semua air-ais blender ni kena letak kata akar blog diakhirnya? Pelik betul. Nak kata ada blog takde pun.

#2 Masuk-masuk bilik terus nampak nota atas meja study jadi macam ni.


I'm sooo sad. Atap bumbung bilik bocor then terpercik kena nota. Tau lah printer saya bukan jet laser print punya. T__T

#3 Esok malam adalah my ever first mock interview. Hati ini mula tidak tenteram. Bila teringat interview ni mula teringat aksi peserta gaduh dalm cerita Donald Trump yang "The Apprentice" tu. Patut ke mulut kena lantang dan ganas sebegitu rupa melawan 6 candidates yang lain? LOL! But most important wish me goodluck ok.

#4 Dah rasa Pizza Hut Ultimate 7 Cheese Pizza and the taste was like...

Camera handphone time ni berkabus pulak kan, sedih betul.  Tapi korang bayangkan je lah tu special effect dari adobe photoshop professional edition.  
totally plain. Haha. What do you expect from cheese right? Better lagi kalau order yang normal set pizza punya. *kecewa*

#5 Running Man is the best variety show on Earth!.. yet. 

Monday, November 14, 2011

Day 8 - A Song That Describes You

Kah kah kah. woi lama gila tinggal benda alah ni. Memang dipandang sepi betul! Kan aku dah kata dulu memang sampai akhir tahun pun tak siap-saip. Memang dasar suka buat kerja bertangguh sungguh. Tapi boleh je sebenarnya kalau aku macam ala-ala buat lupa eh? Bila masa pulak aku ada buat challenge nih? Lepas tu delete semua entry berkaitan *evil smirk*  Tapi memandangkan tak nak pupuk sifat mazmumah iaitu suka buat kerja bertangguh aku buat je lah. Lagi pun ada lagi... WOI 6 HARI LAGI! T___T.

So this time around dia nak lagu yang kalau terdengar akan wajib menjerit "weh ni aku nih aku!" *sambil menujah-nujah jari ke screen lag* LOL! Jadi scroll punya scroll dekat playlist lagi. Adalah dalam 7-8 kali sebab tak jumpa pun satu yang sesuai. So aku amik yang hampir-hampir lah ek.

#OneRepublic -Stop And Stare


"Stop and stare. I think I'm moving but I go nowhere"
Thats it! Jumpa lagi untuk esaimen ke sembilan! Gamaknya lagi 5 dekad kut baru siap challenge ni.

Sunday, November 13, 2011

5 Random Things #10

Sebelum mulakan point pertama sila berikan tepukan gemuruh untuk diri saya (sopan) sebab dah berjaya publish sebanyak 10 entry yang berunsur kerawakan!!! *clap clap*


Ok fine! Let just start the randomness.

#1 Boleh ucapkan selamat datang kepada WZ versi ketagih JDrama. 2-3 minggu ni banyak betul time marathon drama-drama Jepun. Waktu makan yang biasanya 10 minit terus jadi sejam sebab nak habiskan satu episode kan. Ni lah bahananya kalau dah dapat update external hard disk. = =" Setakat ni dah 2 drama sempat khatam tengok. Whis are :

Bloody Monday Season 1 & 2

Galileo


Nak habiskan dia punyalah sampai tertidur-tidur dibuatnya. But both drama are recommended to watch. To be honest lah kan aku prefer JDrama dari Korean drama. My excuse, Jdrama ni tak meleret sebab mostly episode dia between 9-12 episode. Haaa jadi cepat lah habis nak tengok. Tapi sekarang dah habis semua stok drama dah. So mana nak dapat lagi? Hahaha, mysoju.com adalah jawapannya. Tengok secara online. Tapi itu pun kalau internet laju lah. Next stop maybe Boss? or Code Blue 2? Ke korang ada suggestion drama-drama yang best lain.

#2 Perasan tak perasan tak lately ni aku tak balas pun komen korang dekat bawah. Bukan sombong ke apa cuma aku macam eh takde moodnya nak taip semua. Malas nak sugar coated kata busy lah hapa. Straight to the point terus. Tapi aku baca dengan kyusuk tau tak! I really appreciated it. Tapi jangan risau lepas ni aku balas komeng-komeng tu balik lah ye. 

Tapi aku nak tanya lah kalau dapat komen macam ni;

" Bestnya!" @ "Wah!"

 Korang nak balas apa? I really don't have any idea.

#3

See Katy! Siapa kata kalau takde adegan seks dalam satu-satu MV tu dia jadi tak best? This one proves it. Ok-ok lah aku dah spam link vidoe ni kat twitter sampai semua dah muak kan. Tapi aku nak tepek jugak. 

Quiz time!! Ok mari teka umur katy time ni. My guess is between 65-70. Hahaha btw rambut tu tak boleh lebat lagi ke tua-tua ni? oh lupa Yun Nam Haircare.   

#4 Teringinnya nak buat Vlog. Tapi takde courage nak buat satu. Hahaha. Biar lah blog ni popular dulu baru aku buat satu. Which is not gonna happened. =P

#5  Woi!! What is this!?


Sabar, sabar. Masanya akan tiba.

Saturday, November 12, 2011

Awak Gemuk Lah! Pffft~~

For almost like couple of months, kalau jumpa sapa-sapa je pun the first thing yang akan keluar dari mulut orang tersebut adalah berkaitan saiz fizikal badan? Bukan tanya sihat ke tak. Contoh lah kan contoh :

#1 'Eh, WZ dah nampak berisi lah'  >> (Ni boleh tahan lagi sebab tapis kan)
#2 'Ko nampak berisi sekarang!' *mata tercelik tak percaya*
#3 'Gemuknya ko sekarang!' (Berdesing telinga dengo. Tapi lelama macam nak biasa. =(
#4 'Weh Gemuknya ko! Patut kena buat lipo suction ni!' (Ni kuang hajo. Mujur lah ko kawan baik aku kalau tak! Man! You in trouble *asah2 pisau*)

Tengok lah tengok masyarakat sekarang begitu obses dengan rupa fizikal manusia. Gemuk kemain komplen time kurus tak de lah puji melambung. #emoquote 

Tapi disebabkan ingin kurus kembali bukan disebabkan presepsi orang tapi more to sudut kesihatan. Takut in long terms nanti boleh dapat penyakit bahaya kalau tak control pemakanan. (potong kaki sebab diabetes adalah nightmare yang selalu terbayang. =S)

Disebabkan aku ni jenis banyak lah jugak gerak-gerak kan ke sana kemari (more like terpaksa). So pelik lah why the hell masih berisi lagi ni?? So someone answered it dekat twitter yang kata kalori yang ada tak cukup dibakar. Jadi kata kunci disini ialah KALORI ye KALORI bukan pasal ko telan coklat ke hapa.

So i've decided nak kira kalori untuk satu hari makan.

For basic info purata yang diperlukan oleh seorang lelaki comel dewasa ialah 2500 kcal. Kalau tak comel tambah lagi 300 kcal ok. Muahahaha. Ok-ok serius. 2500 kcal sahaja (Meanwhile untuk wanita = 2000 kcal dan kanak-kanak = 1800 kcal)

Klik untuk pembesaran 3 kali ganda!! itu pun kalau rajin lah. Tak paksa pun.
See dah lebih 300 kcal. Itu baru sehari, kalau 30 hari? darab darab! Aku tak nak darab nanti gerun. = =". Tapi sekarang macam bagus lah sebab mostly semua product makanan ada maklumat pemakanan dekat belakang. Jadi macam mudah nak control kalori yang ditelan. Lepas ni nak ucapkan selamatkan tinggal kepada kudap-kudapan dan 2 sudu susu pekat F&N =(

P/s : Kalau lebih takpe janji boleh tebus balik dengan bersenam! Yosh!!

#Nak Check kalori makanan tertentu? Boleh klik SINI dan SINI. Prefer yang first one sebab lagi details.

Wednesday, November 9, 2011

*Lambai-Lambai Tangan*

Excuse me sebab lama tak hapdate. Lagi-lagi bila dah ada dekat rumah ni. Banyaaaaak keje nak kena buat   sampai sedar. 'eh? dah malam!' *gonyoh-gonyoh mata*  lepas tu internet pulak macam grandma tua bertongkat pun lagi laju jalan gamaknya. Lepas tu tnegok blog list kemain semua dok hapdate berdozen entry aku tak baca lagi. Habislah, habislah semua nanti kata aku sombong lepas nih. Sobs sobs. =( But have no worries malam ni   akan bertolak semula ke kampus so akan khatam baca semuanya entry nanti. HA HA HA HA. (gelak takde motif).

Kengkonon nak letak gambar sup tulang dekat sini. Tapi malas betul rasanya nak amik handphone dekat atas peti ais. So korang imagine lah sendiri ye. 

 *Gambar Sup Tulang*

Ok bye.

{UPDATE}

Kemain semua macam tak puas hati bila tak letak gambar sup tulang tu. Ni haa aku upload kan.

Hadapkan! HADAPKAN!!! *jegil mata*

Thursday, November 3, 2011

Chocolaty Day

Dah 3 hari Pesta Chocolate slash PC dekat sini. Tapi apa yang aku tengok gerai PC yang lagi banyak daripada gerai coklat. Ini adalah penipuan kepada pihak pengguna!! Sebab masa tengok banner hari tu perkataan Chocolate tu yang macam ditekankan dalam tu. PC tu macam ala-ala sampingan lah nak bagi meriahkan majlis dan aku expect kengkonon ada lah dalam 15-20 barisan gerai coklat yang macam meriah gila lepas tu banyak kakak-kakak jerit buat promosi nak tarik perhatian. 'Cokelat runtuh! Cokelat runtuh! beli 2 percuma 4!! Beli sekarang!" Haaa lebih kurang macam tu lah. Tapi last-last indah khabar dari rupa. Kakak-kakak dekat situ semuanya pendiam.  Tapi at least improve lah daripada last year. 

So macam biasa kalau tak de fondue coklat memang tak sah. Saja betul lah kan nak tarik penggemar coklat datang tebar duit banyak-banyak sampai kempis wallet kan. Pfft~! Tau sangat lah muslihat penjual-penjual coklat nih. KO INGAT AKU NAK TERPEDAYA! Baik pegi check some of cool gadgets dekat gerai hujung belah sana. 

5 sticks for 5 ringgit. TERUS BELI! Abaikan gerai gadgets.

Zoom in kengkonon macam nak menghayati kesenian coklat yang bersalut  marshmallow. 
Ko tak rasa ke macam yummy gila! Kalau tak, rasanya korang yang gila. Lepas tu sempat beli TIRAMISU. YA KEK TIRAMISU! buka jenama tisu. Brush up your knowledge pelis. 

Memula dia kasi testing satu sudu. Ingatkan rasa dia macam some kind of cheap cake product made from cheap oven. Lepas rasa tetiba je cawan ni ada dekat dalam beg. Pelik betul! Hoi jangan nak kata aku mencuri. Sekeh kang.


Haa! nampak tak serbuk dekat atas tu. Tu serbuk nescafe/kopi. Rasa dia memang UH -MA-ZING. You guys should try it! 
Dia tiga hari pesta ni. So aku cadang nak pegi tiga-tiga hari ni then tapau segala apa yang boleh. I mean yang belum rasa lagi lah. Lepas tu nak rasa semua tester yang ada.