Tuesday, December 14, 2010

Saya Nak Tahu! #1 | Apa Kimchi Tu Yang Sebenarnya?

Right now, aku nak cerita pasal sejenis makanan (duh!). Ok lah tu. 2 entry yang lepas langsung tak sebut pun pasal benda ni. So dah balance kan? Sebenarnya macam ni benda ni dah mengganggu pemikiran aku beberapa bulan lepas. Asyik berteka-teki je. WHAT KIMCHI REALLY IS???



Yup, aku tau lah ia sejenis makanan. Tapi dia buat daripada apa?? Ye, ye aku tau ada yang kata. "Eh Google lah! Kan sonang!" Tapi setiap kali bila aku dah mengadap laptop tak teringat pulak aku nak search pasal info benda ni pulak. Dasar manusia yang lemah pasti akan selalu lupa. 

Jadi ini adalah diantara persoalan aku pasal hidangan tersebut :

1. Apa benda lah yang dok berjuntai2 tuh! Curios betul aku! Siyes first time tengok rasa geli pulak. Mula pikir bukan2. Tu sengungut sotong ke!!! Yikes!
2. Yang salut merah dekat berjuntai2 tu apa lah pulak? Serbuk cili Baba's ke? Ke memang cili or something else?

Maka wujud lah program National Geographic Channel versi Startsruck (Edisi Bahasa Malaysia) yang akan merungkai persoalan2 misteri ini. Miahahah. Gila informatif!

Seperti yang korang tahu especially peminat kipas susah beno nak mati Kpop/Kdrama, makanan ini berasal daripada Korea! Bila aku sebut Korea ia tertakhluk kepada Utara dan Selatan. Sebab aku tahu persepsi masyarakat mesti dok pikir. Kalau sebut Korea aje, mesti dok terbayang2 sekumpulan remaja mengedik di pentas or drama2 di kelilingi salji bagai. - -"  Owh! itu semua bahagian selatan sahaja. Korang mostly dah lupa pasal kewujudan yang diutara tu. Dan iye aku tahu kita sekarang macam nak tertumpu pasal geografi pulak. Sebelum melalut ke benda lain meh kita kembali ke topik sebenar.

Sebenarnya (lawak tak aku tanya soalan, aku yang jawab balik?) kimchi ada beratus2 jenis!! Wow! Sama lah macam kita punya nasi lemak. Ada nasi lemak sambal ikan bilis, ada sambal ayam, udang, ikan, blah blah balah, ada yang letak telur, ada yang tak letak telur tapi letak kacang je, ada yang letak telur rebus, ada yang telur goreng, telur mata blah blah blah. Kan dah beratus tuh! 

Tapi basic kimchi mesti ada...

1. Napa Cabbage (Kobis apa ntah dalam BM? Kobis Napa lah kan?)


2. Radish (Lobak putih)


Lepas tu campur2 lah dengan berbagai jenis seasoning dan rempah. 


And lepas mix semua semua benda alah tu and tada! you get yourself a kimchi!

Segala jenis perjelasan diatas itu telah menjawab persoalan kita yang pertama iaitu tiada unsur sengungut sotong dalam masakan kimchi! LOL! Benda2 berjuntai tu basically adalah Kobis Napa yang dibiarkan panjang berjela tanpa dipotong pendek.  

Dan yang warna merah yang menyaluti Kobis Napa itu adalah sejenis rempah atau secara spesifiknya adalah Cili Hidup ataupun Cili Kering! Sah lah peniaga kat Malaysia guna serbuk cili Baba's ataupun Allagapas.


Jadi ada tak yang diantara korang yang pernah rasa? Tell me me what does it taste. Bagi aku, aku tak teringin pun nak rasa sebab rupa dia agak macam geli campur messy sikit. Tapi kalau diberi peluang bedal je lah. Kalau tak sedap buang kalau sedap puji. Habis cerita. LOL!

Senang cerita Kimchi ni jeruk sayur lah. Ada yang sayur yang dijerukkan selama bertahun2!! Lagi lama lagi lah sedap! Tu orang Korea lah kata bukan aku kata. Tapi kalau kat Malaysia tak de lah bertahun2 kut, yang beberapa jam pun cukup lah. Lagipun tak de sapa pun sedar melainkan ko tu professional food taster! Ehem! Ehem!

Berselera ke tengok??????
Ok, that all for today!! Kita berjumpa lagi di episod kedua pasal benda lain pulak. Itu pun kalau producer kasi green light buat. Kalau rating tak tinggi dia kata terus cancelled! Sungguh kejam industri hiburan ni ye! 

14 comments:

  1. Dia dah start cerita pasal makan..arghhh!!

    Buat la cerita lain weh.HAHAHAHA! Mknn korea mmg pelik2 kan? huhu..Miss A pun makan bende tu .fo sho!

    ReplyDelete
  2. aku tak pernah rasa. tapi kawan aku kate rase die x berapa sedap. mungkin x kene dgn tekak die kot. -_-

    ReplyDelete
  3. Kimchi tu ramen korea kan?
    slalunya ramen byk yg xhalal sbb kt dlm soup dia ad letak bnder yg diharamkan..
    tapi Kimchi lain ad juga yg halal oh ;D yg ad tanda halal jakim tu inshaAllah boleh percaya kot
    err jnji jgn was2 =.="

    ReplyDelete
  4. hahaha. dlu tawu sbb tgk rncgn dokumentari la. mcm x lalu je tekak nak telan. sbb xbiasa kot

    ReplyDelete
  5. ramen 2 bnda pe plak???

    ReplyDelete
  6. @lea
    pergi lah cuba, lps tu bg tau rasa dia. :)

    @Umie Nadhirah
    LOL!. Mmg pun pelik. Hahaha. ni apsal asyik sebut Miss A?? Nk jadi ahli kelima ke?? Miahahaha.. =P

    @Fay
    tu lah ak tgk pun mcm.. hurmmmm...

    @Raji berkata
    ramen mmg byk tak halal. sbb diorg suka beno letak daging oink oink. lps tusikit2 campur arak. haish.. dlm beribu bhn tu jugak nk bubuh..

    @nana cHan
    mcm mana nk g korea mcm ni? LOL!

    @Anonymous
    wow encik anon muncul lagi.. mind introduce urself? btw ramen tu makanan dr jepun. basically macam megi.

    ReplyDelete
  7. selalu jalan jusco nmpak dan teringin nk beli n makan, tp selalu dihalang oleh jeruk mangga, dan kesudahannya jeruk mangga menang!! hahaha

    ReplyDelete
  8. Napa cabbage?Radish???Nappa dan Raditz?Ketua depa Vegeta,cukup dah tu hahaha
    Aku rasa cm xsedap je kimchi ni,sbb lobak putih kot,bkn sedap,nmpk cm pedas n masam,tanpa rasa len haha tp xtaula kn..

    ReplyDelete
  9. @cEro
    ni mesti hantu jeruk! Aku pun suka gak! *dan2* especially jeruk mangga yg kuning tuh!

    @ star
    Uit drogan ballz plak.. LOL! ak pun mcm tak rasa nk mkn pun. mesti masam kan..

    ReplyDelete
  10. aku tak penah makan bnde ala tu.. aku tak penah dgr makan tu jugak.. tgk mcm geli je.. yg penting mak aku masak 1000 kali best ! lapo la tgh malam nie ! dem !

    ReplyDelete
  11. owhhh sume sayur.
    i xmkn sayur lor..
    tp nmpk cam sedap hehe.

    ReplyDelete
  12. @Nur Hafizah bte Za'ba
    Now you know right? :)

    @masshie mastura
    Nampak sedap ke? aku nampak mcm something weird je.. hahaha

    ReplyDelete
  13. lol no wonder obesity rate in malaysia is high. we rarely present vege as main dish

    ReplyDelete