Hari ni tiba2 ada mood nak masuk contest. Dulu punya lah beriya cakap dah tak nak masuk contest dah. Bukan apa sebab aku tau mestilah wajib aku tak akan menang apa2. Tu yang trauma sekejap. Tapi sekarang dah pulih sikit. Boleh lah join apa patut. Tapi yang ni memang confirm aku tak harap apa2 dah. Sekadar untuk memeriahkan suasana. Hehehe (Tengok2 malam kang siap buat solat hajat bagai!)
So Miss Ain Zulaikha! Anda sungguh bertuah kerana bukan senang ye WZulhilmi nak masuk sebarang contest. Selalunya asyik nak mengelak aje. (padahal takde sape pun tag). So ini adalah banner contest tersebut.
Fuyooo!! Siap ada 4 gambar props lagik! Memang betul2 nak menguji kekreatipan nih. Ok ok mula2 ambik mood dulu dengan dengar lagu Katy Perry (?). Ok done. Mari mulakan!!!
________________
Sebut aje nama Ain Zulaikha mesti semua orang kenal. Lagi2 dekat kawasan koloni perumahan tempat tinggalnya. Dia terkenal dengan signature fashion nya yang tersendiri iaitu pemakaian tudung berwarna pink. Memang jarang lah nak nampak Ain Zulaikha pakai tudung berwarna lain. Baginya pemakaian tudung pink akan menyerlahkan keyakinan dan keayuan seorang wanita.
Ya! kepopulariti Ain Zulaikha semakin meningkat apabila dia telah terpilih menyertai kelompok "The Elite Society". Dimana kelompok ini hanya terdiri daripada golongan remaja yang berada dan kebanyakkan ibu bapa mereka mempunyai profession yang berstatus tinggi. Tidak hairanlah mengapa Ain Zulaikha berjaya memasuki kelompok tersebut kerana bapanya mempunyai rangkaian hotel di seluruh dunia dan ibunya adalah seorang fashion designer busana muslimah yang terkenal especially di Timur Tengah.
Tetapi itu semua hanyalah 2 tahun yang lepas kerana dia telah dipecat daripada kelompok tersebut kerana telah terkantoi gambarnya tersebar di dalam Internet sedang memakan Set A KFC Jom Jimat di Restoran KFC!
Peraturan 3 : Semua ahli rasmi dilarang makan sebarang makanan di restoran yang berstatus rendah seperti KFC, Mcdonalds, Pizza Hut dan yang mempunyai set kombo bernilai RM10 ke bawah.
Semasa penjurian sedang dilakukan sekali lagi Ain Zulaikha telah dikantoikan kerana telah menggunakan handphone buatan dari China.
Hakim : Apakah model handphone jenama errrrr Blogwalking ini buat dalam handbag kamu? Mana iPhone kamu?? Dan kenapa button 0 handphone ni berada disebelah kiri??? Bukan ke sepatutnya berada di tengah2 button * dan #. Sah2 ni AP set! And you SHARED CREDIT!!!! Sungguh memalukan!
Ain Zulaikha tahu bahawa dia telah disabotaj. Siapa lagi kalau bukan Siti Gaga dan sekutunya. Mereka memang dari awal2 lagi tidak menyukai kemasukan dia dalam kelompok ini.
Hakim : Hurmm. Dan saya juga dapat tahu yang awak lah juga orang yang membuat usul penukaran tempat perjumpaan mingguan kelompok ini dari Starbucks ke KFC!!! Disgusting! Ini semua mengarut! Dengan ini secara sah anda dilucut daripada memegang sebarang jawatan rasmi dan keahlian anda akan digantung selama 10 tahun bermula dari hari ini!
Ain Zulaikha tidak mampu berkata apa2. Ini kerana segala usahanya untuk menukar lokasi perjumpaan sejak setengah tahun yang menjadi sia2. Dia ingin mengubah pemikiran semua ahli2 kelompok ini bahawa makanan yang murah juga adalah sedap!! Malah lebih baik daripada sesetengah restoran bertaraf 5 bintang!! namun semua itu berakhir hari ini.
Ain Zulaikha terus dimalukan oleh pihak council dengan menghantarnya pulang dengan menggunakan perkhidmatan teksi. Ain Zulaikha tidak kisah kerana dia sudah biasa menggunakan teksi. Dia selalu berfikir orang yang berduit tak semestinya harus menggunakan kenderaan mewah. Malangnya pemandu teksi itu telah diupah oleh Siti Gaga untuk memaki Ain Zulaikha disepanjang perjalanan. Sehingga kucing pun naik hairan melihat tingkah laku pak cik tersebut yang terlebih2 memaki Ain Zulaikha. " Mesti upah lebih ni. Tu yang bising semacam. Ingat aku kisah ke! Baik aku makan ayam lagi best. Miahahhaa"
Add caption |
Dan seperti biasa, setiap minggu Ain Zulaikha pasti akan selalu lepak2 di KFC. Namun hari itu adalah hari yang berbeza sekali kerana terdapat sekumpulan remaja sedang asyik berbual di suatu sudut yang lain. Pada mulanya Ain Zulaikha tidak mempedulikan itu semua namun semuanya berubah apabila dia ternampak salah seorang daripada mereka memakai kot pink. Sudahlah memakai pakaian warna kegemarannya tapi wajahnya juga persis muka pelakon Korea kegemaraannya. "This is totally my man!!" kata Ain Zulaikha (wakakaka!! Sorry2 aku tergelak pulak. Ok ok sambung2)
Ain Zulaikha tahu kot tersebut bukan kot yang murah. Itu adalah buatan Giorgio Armani!! Ain Zulaikha segera mendekati sekumpulan remaja tersebut.
AZ : Are you guys new here, in this town??
Zackhary : Tak lah. Kitaorang dah lama duduk sini.
AZ : Kenapa tak pernah nampak pun?
Zachkary : Most of us baru je balik dari overseas. Tapi our parents memang stay sini. By the way this is my sis Ana, my friend Kamil, Safwan dan Tika!
AZ : MIAHAHAH! I'm Ain Zalikha. Tapi saya nak tanya sikit. Kenapa you guys lepak kat sini? Owh! Jangan salah faham! Bukan ke selalunya lepak kat Starbucks?
Zachkary : Eh? Ok apa kat sini? Dah lah banyak menu yang sedap2. Murah pulak tu. Hahaha. Basically dekat Starbucks tu mana ada ayam goreng Hot and Spicy? Tak semestinya tempat murah, makanan dia tak sedap. Kita orang memang suka lah KFC!
Dari ayat yang diucapkan dari Zackhry tulah Ain Zulaikha tahu bahawa dia sekarang bakal mempunyai sekutu yang berpotensi.
"Jikalau kita tidak dapat ubah kelompok yang sedia ada. Kita bina kelompok yang baru!!"
THE END!
_________________
Gila panjang aku tulis nih weh! Aku pun tak sedar. Kalau kaki merepek memang nombor satu! LOL! Btw aku kena tunjuk hadiah dia kalau tak again tak valid lah ko punya penyertaan. Huh!
Dapat hadiah cerpen paling hampeh pun jadi lah. Lupa pulak. Aku join ni just suka2 je. |
Lupa pulak nak tag!Kikki.. Orang yang bertuah ialah!
Yang lain aku tag contest lain. Ni tengah mood berkontest nih!
Syira Si Itik Kejam
Fay Nana
Cero
Yang lain aku tag contest lain. Ni tengah mood berkontest nih!
hahahaha ni promote kfc ke ape neh? kretip2...panjang gile ko merepek eh...good luck! dapat kredit pun jadilah...
ReplyDeleteeh! kau takde tag sape2 ke...?
tak rag pun saya eh apa itu rag? grrr
ReplyDeletedah macam promoter KFC dah kau ni. Starbucks pun sekali jugak. hahaha good luck good luck.
ReplyDeleteeh? aku ke yg ko tag ni? =.=
wahahahaha smart2 ;D
ReplyDeleteaku rasa kau dulu pun mesti pernah join2 group dorg nih =.="
KFC high class hape
mahal oh xmampu ak nk gi xD
adoi aku dah kena tag
ReplyDeletenyesal pulak aku kasitau !
-KFC mahal kot..hahaha sah2 aku xlayak join the so called "elitists" =jom jimat set C ke D yg ade twister,slalu jd plihanku hehe,
ReplyDelete-wah2 AZ tu gelak stail ko lk -Miahaha ingtkn lelaki berkot pink tu ko LOL
@Syira ITIK KEJ♥M
ReplyDeleteHehe.. gud luck buat cerita! Miahaha
@ Liyana Lunia.
ni mesti salah taip tapi malas nk backspace. sengal..
@Fay
Aku pun baru perasan yg aku terpromote KFC secara berlebihan.. - -"
@Raji berkata
mana adalah aku org biasa je. tak layak lah nk masuk group mcm tuh. kikiki
@star
gmbr tu ada nasi so kena buat set A LOL. aku suka yag ada twister! :D
dia gelak mcm tu sbb selalu baca blog aku kot.. kui kui
hai, eh boleh panggil zul? angguk2.. hehe okey, thanks join my kontest zul, apa2 update sy akan bagitahu melalui blog sy. good luck..
ReplyDelete@Ain Zulaikha
ReplyDeleteThanks!! ^ ^
salam...
ReplyDeletesinggah blog AZ ternampak penyertaan baru..
nice story kamu ni..
hehehe..
ada group2...tak terfikir oleh saya..
dan saya juga tak perasan no ) kat sebelah kiri...
hehhehe..
kamu memang peka...
jom baca cerpen saya pulak
http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/2010/12/contest-cerpen-sesedap-rasa.html
@ Muslimah Optimis
ReplyDeletegud luck!!