Saturday, November 6, 2010

Semuanya Pasal Makanan!!! | Versi Pelahap

Aishhh~~~ Bila time bertungkus-lumus tengah study ni asyik teringat pasal makan aje. Apa nak jadi dengan ko ni Wzulhilmi oi!! Siap boleh lagi tengah dok pikir2. "Hurmm... Kalau kamirkan Cosine dapat apa ek???" Lepas beberapa ketika terus jadi. "Sedapnya kalau dapat makan Kek Span Pandan." or " Kan bagus kalau ada branch Mr. Cendol dekat dalam Uni ni. Senang aku nak tapau tiap2 hari". - -""

Bukan apa kan. Kalau kita tengah study sambil makan. Orang kata nanti minda kita akan cerdas sebab kita tengah buat dua perkara sekaligus. Kan bagus tu! Ok aku menipu. Itu semua idea licik untuk menghilangkan rasa bersalah makan kudap-kudapan semasa study.

Lepas tu kalau dah tension2 sangat study. (Padahal baru je start). Memang tahap nak makan tu makin membuak2 sampaikan siap berdoa ada lah member yang call cakap. "Eh jom keluar makan McD. Ko siap2 nanti aku amik ko ok?". Gila bersinar2 mata aku kalau betul jadi macam gini. YES! I MEAN IT!. Malangnya ni time study week. Kebanyakkan nya dah balik kampung. Ko sorang aje tersadai kat bilik. Blok aku punya lah sunyinya sampaikan kalau 'suster ngesot' mengesot2 kat luar bilik pun boleh dengar. Ok. Mulut dah celupar. - -"

Tak pe lah. Takpe lah. Kalau gitu kita just bayang2 kan je lah makanan tu je ye. Ingat Barney aje yang boleh kuasa imagine2 ni. Aku pun boleh! Ok2. Mari mulakan!! 

Kringgg!! (Bunyi serbuk magic)


1. Barisan Kek2 Yang Lazat Lagi Kaya Dengan Cheesee!!

Uit! Uit!! Boleh colek sikit kek tu??? - -" Ni kat mana ko amik gambar ni?? Owh! Yang ni tak lain tak bukan kat Secret Recipe ye.  Siyes!! kalau boleh aku nak setiap satu slice untuk setiap kek yang berbeza. Kat dalam gambar tu ada 2 kek yang aku suka. Tengok kat para yang atas sekali tu. Tu lah New York Cheese dengan Baked Cheese. Damn it!! Delicioso!! Owh! yang para bawah tu tiga2 aku tak gemar sangat. Chocolate Banana, Tiramisu dengan Pecan Butterscotch. Tapi kalau bagi free boleh je aku rasa. ^ ^. Omgeee!! Aku baru sedar aku tahu setiap nama kek dalam gambar tu!! - -"

2. Aneka Muffins dan Pastries yang Menggiurkan!  


Uuuuuu!! Ni aku tangkap kat Starbucks ni. Siyes tak pernah rasa lagi. Sebab harga dia a little bit pricey bagi student yang tak dapat tajaan dari mana2 pihak. - -". Tak pe lah.. Aku just tunggu kut2 kalau ada orang belanja aku makan benda alah ni. So masuk dalam wish list tahun depan. 

3. Pelbagai Hidangan Bergoreng yang Melazatkan

Wow!! Kalau makan saje2 Fish Fillet ni memang happy betul!! Siap boleh kuatkan memori kita untuk menghafal alphabet! Kut2 ada yang lupa kan. Korang ada nampak tak something yang spoiler kat gambar tu?? It's Kid's Meal. Blamed it at my friend. Konon2 just sebagai dessert selepas makan lah. MALU WEH! Waitress tu pun siap senyum sinis lagi.  No wonder ada alphabets!! - -"


Apa ni? Apa ni?? Ni lah product baru dari KFC. KFC Snack Box. Ni ratah2 saje sesuai leh. Kalau nk makan for dinner or lunch memang tak cukup. Owh! siapa2 yang macam tergoda and nak sejibik macam dalam gambar tu boleh mintak kat kaunter kata. "Bagi saya KFC Snack Box Set B!" sambil mata berkelip2 comel. Gerenti dapat extra. LOL! Jangan lupa Set B ye!! SET B! Remember that!

Snap!!! *Bunyi petikan jari*

~Kembali ke dunia realiti~

Apa macam? Best tak berangan dengan aku. Macam real bukan???  Lepas ni kita berangan lagi dasyat lagi sampai kan ke tahap korang boleh lulus paper kulinari. Muahahaha. - -".

Ok lah ok lah I need to stop now. Seriously! Banyak nak study nih! Haissh. Kang paper tanya pasal senaraikan jenis2 Force yang terlibat. Ko pulak tulis jenis2 pastri. Gud luck for me ok!!! ^ ^

P/s : Hurmmmm.. Supper nak makan apa ek??  :-x

10 comments:

  1. durja ningsun akan ada kalo suster ngesot takde..
    :p

    makan lamb chop ke,chicken chop ke,jgn makan chopstick dah ar..

    ReplyDelete
  2. nak exam jaga makan laa...
    gilo ko mkan byk2??
    cirit birit kang, nayo jo..

    ReplyDelete
  3. kenapa aku bila exam tade selera nak makan macam ko? tsk tsk.

    tapi aku rasa ko sangat sesuai ambik paper kulinari. konfem-konfem A punya. -.-

    ReplyDelete
  4. @aYaz
    Eh tu hantu baru ke tu?? X nk lah aku google..

    @swingoflife
    u suka ke?? i tak suka lah.. pernah beli sekali last2 tak abis.. T__T

    @ cEro
    BAIK!!! =P

    @ Nana Jae
    Ko duk meroyan dgn jaejoong tu mana tak de seleranya.. Hahaa.. paper kulinari mesti lagi susah.. ntah2 senaraikan cara potongan daging. mampus aku nk jawab apa..

    ReplyDelete
  5. hahahaha. samala. asal study je lapa. asal lapa je 24 jam. mau meleleh air liur tgk mknan2 tuh especially kek tuh. wuwuwuw~~

    ReplyDelete
  6. eh gambar nasi minyak xde ke? HAHAHA skrg kan nk masuk musim knduri kawen..hik3^^

    ReplyDelete
  7. kite ade minat yang same...
    mkn slagi bole mkn..hehe
    gudluck for final.

    ReplyDelete
  8. @nana
    mcm ni kena lah kita buat page.. blogger suka makan.. ok tak??

    @wanie
    owh! saba ye.. kita tunggu entry makanan bahagian timur.. ni western punya.. LOL!

    @cik EPAL
    Owh bukan tak sedap.. just kn siapa2 yg suka mcm dlm gmbr tu haruslah berkata set B.. set A & C ok gak.. :)

    @ ilham thursday
    Bagus2! bila nk keluar makan ajak aku. ok? Miahaha.. wah2 rakus gila tuang sos dlm bekas KFC tu! =P

    ReplyDelete
  9. Bersabar Fikk... sabar...

    Ini entry boleh buat mata aku jadik berpinar-pinar disebabkan kuantiti makanan enak yang bertempek-tempek kat entry ko nie...

    Aku suke arr kek yang ader ramuan keju! Serius sedap!

    Weyh! Nanti ko tolong buat review pasai Cheezy Pizza pulak ekk memandangkan aku ni peminat keju hehehee...

    ...Sebab aku balik Malaysia nak serbu laa bende alah tu...




































    ......... itu pon kalo ader duit huhuhuhuuu~

    ReplyDelete