Eh.. eh korang tak sedar ke semalam iaitu Hari Matahari (SUNDAY) aku tak publish satu entry pun??? Tapi aku tak nampak pun sebarang kemunculan *ehem* pertanyaan atau *ehem* kemusykilan dekat Shoutboux tu ataupun dekat fan page dekat Facebook. Ternanti2 lah jugak (LOL!) ada orang yang tulis..
WZ!! Mana ko? Tak sihat ke? Kenapa tak update blog hari ni?? T__T
ataupun
Bro! Mana ko ni? Risau aku dibuatnya. Sorry lah kalau aku tersilap komen. Tapi please lah update blog.
mahupun
Yuhuuu. I nk entry baru! Mana dia? Mana dia?? Mana diiiiaaaaaaaa?
Ok2. Aku tau ada dah yang macam "Eh eh! Aku pangkah kang blog ni. Mengada! Budget konon blogger popular. Entry udahlah tak seberapa. Nak lebih. Bagaikan melukut di tepi gantang! Pigidah!".
Ouch!! - -"
Pengakuan sebenar : Semua ayat2 diatas dibina adalah idea licik untuk memanjangkan entry semata2. Ko tak nampak sikit punya berlambak enter kat atas tu! Sikit2 enter. Sikit2 enter. Baru dua baris ko dah enter. Mana tak jadi panjang?
Sebenarnya aku nak bagi tau. Tak lah penting mana pun. Tapi sebagai pengetahuan awam korang lah. Starting this week aku tak boleh nak update tiap2 hari dah. Akibat kekangan Final Exam yang memerlukan kosentrasi yang padu dari aku. Tapi jangan risau!! More juicer and happening stuff akan aku tulis untuk entry seterusnya (Oh! I wish! Kang balik2 cerita pasal dadih)
Owh ya! Lupa pulak. I have a good news!! Good news bagi aku lah secara specifiknya. Tapi apa salahnya jikalau kita pun turut sama2 berkongsi kegembiraan tersebut?? Tak salah bukan? LOL! Ok. Dah merapu.
(Sekali lagi ayat2 yang dibina diatas adalah idea licik semata2 untuk memanjangkan entry).
Teng teng teng teng te ne te ne ne neng (Bunyi muzik Buletin Utama)
Anchor : "Salam sejahtera. Sebentar tadi kami telah menerima berita dari wartawan kami dari P*r*k berkaitan tentang status kewujudan serbuk dadih segera di negeri tersebut. Dipersilakan Star untuk melaporkan".
Anchor : "Miahahahaha!!! Korang dengar tak serbuk dadih ada jual dekat sana! Happy betul!"
Penerbit : "Psstt!! Kita tengah ON AIR sekarang. Tak dengar ke cue bagi tadi??"
Anchor : "Hah??" sambil berpura2 menyusun kertas. "Ehem! Ehem". "Terima Kasih Star diatas laporan tadi. Sungguh berinformasi sekali. Ini secara tidak langsung akan meredakan kerisauan penduduk di kawasan tersebut tentang status kewujudan bekalan serbuk dadih segera disana. Sekian sahaja berita untuk kali ini. Jumpa lagi di Nightline"
Anchor : "Hey! Kenapa tak bagi tau tadi kita dah ON AIR tadi?? Malu lah I macam gini. Mana nak letak muka ni. Semua orang dah dengar I menjoreng tadi! U sengaja kan nak kenakan I tadi kan. Huh!"
Penerbit : "Kita still ON AIR LAGI!!!!"
mak aih. memang tak sudah-sudah kegilaan ko pada dadih.
ReplyDeleteHahaha mmg xde benda nak tulisla tuh!dah2 studi2 kekeke :p
ReplyDeletehahaha. penbaca berita tu ko ke? gila dadih jugak.
ReplyDelete@ Fay
ReplyDeleteHAHAHA.. sabo fay sabo.. tunggu lagi beberapa minggu.. jemulah aku nanati.. tapi skrg ko kena tahan dulu aku sebut dadih2.. miahahaha
@ star
Ko dh sah dilantik sbgai wartawan cwangan perak.. sila laporkan diri dekat HQ esok.. (dekat KOREA YE HQ Tu)=P
@ ayumiyoshida
owh! bukan2.. star tu manusia yg lain.. bukan aku.. dia sengaja letak nmpak star sbb dia ingat dia pun artis jugak.. Wakakaka..
WZ,
ReplyDeleteko mmg tgh sindrom exam ye skrg? takpe..aku fhm (-.-")
@ wanie
ReplyDeleteLOL! =P