Tuesday, November 16, 2010

Ekspedisi Mencari Serbuk Dadih

Akhirnya selepas duduk dalam bas selama 9++ jam sampaikan boleh tiba2 panik "Eh bontot mana? bontot mana?? Owh! Kebas rupanya.. Fyuhh!!" aku selamat sampai ke kampung halaman. Wahahaha!! Dah lama tak balik. Semua dah berubah ye. Siap Tesco pun dah nak siap dah! LOL! Macam baru balik dari overseas! Tapi cuti sekejap je. Sebab lepas ni ada exam lagi. - -"

Ingat tak lagi masa entry lepas yang aku cakap masa cuti ni bila aku dah sampai rumah aku nak try buat Dadih sendiri? Owh! Itu bukan omong2 kosong ya! Tetapi berisi. 

Bila petang dah menjelma, dengan berbekalkan semangat berkobar2 terus bergerak pergi ke lokasi yang dikatakan ada menjual serbuk segera dadih tersebut! LOL! Ayat bukan main konon macam lokasi rahsia bagai padahal pergi Giant aje.

Maka bermula lah Ekspedisi Mencari Barang Tersembunyi!!

Lokasi : Hypermarket Giant
Masa   : Pukul 5++ petang. Macam nak hujan sikit2 LOL! 

Misi     :  
1. Mencari dan Membeli SERBUK DADIH PERISA STRAWBERRY SAHAJA!!
2. Pembelian hanya DIBAWAH RM5.00 SAHAJA.

Mula sekarang!!!

Akibat terlalu teruja mencari serbuk dadih macam konon2 masuk Amazing Race sampai bergegor2 gambar jadinya.
Besar betul lah Giant ni kan. Sampai aku clueless nak start cari kat mana. Haissh. Dadih ni dekat bahagian mana pulak?? Terpaksalah masuk rondomly mana2 section dulu lah in case kut2 terjumpa ke tiba2. 

*Selepas beberapa minit~~*

Ya Allah!! Sedapnya kalau dapat makan ni. Tak pernah rasa lagi ni. Siap ada banana dengan nut ni. Mesti cuba!!..... Jangan harap aku akan terpedaya!! Aku hanya datang sini hanya nak beli dadih sahaja. Bye2! T__T
Dekat section Cereal confirm tak ada (memang lah takde LOL!). So kita try masuk section air berperisa pulak. Mana tau kut2 ada kan? Jom2 masuk...

*Pitam!!!!*

SELEKSI MINUMAN SOYA PELBAGAI JENAMA!!!! T________T

Banyaknya pilihan!! Mana nak pilih ni!

Wah!! Feveret aku ni! Lantak lah ko misi apa pun. Aku nak beli jugak! Miahahaha *gelak keji* 

Memandangkan misi dah pun gagal!! Sekarang mari kita fokus ke dadih pulak. Fokus! Fokus! Issh! Memang payah betul pergi tempat2 yang banyak makanan ni. Banyak betul godaan. - -"

Finally selepas mundar mandir dekat setiap pelusuk Giant sampaikan staff kat situ pun pelik apsal budak ni berenti kat satu tempat lepas tu tangkap gambar aje kejenya? Akhirnya jumpa jugak benda yang dicari.

Pasal apa berterabur ni?? Semua orang dok beli dadih untuk hidangan sempena raya haji ke?? LOL!
Sini pun ada lagi!!

Macam2 perisa ada!!! Sebut je. Cappuchino, Laici, Jambu air, Mango, Tembikai susu. Wow! Tak sangka pulak aku industri dadih ni dah bergerak maju sekarang. 
And my choice would be!

Strawberry Flavour lar. Simple and Tasty. You better be it!!

Tak sabar aku nak melantak benda alah ni. Lagi2 buatan sendiri. Ni kalau nak bubuh dekat gayung mandi pun boleh ni. Puas sikit makan. LOL! So korang nak tengok dadih aku ni menjadi ke tak?? Kena tunggu untuk next entry ya! Kalau tak de tu tak jadi lah.  ={

10 comments:

  1. haha. tak sabar nak tengok dadih ko jadi ke tidak.

    ReplyDelete
  2. hahahah tak abes2 ngan dadih kau.

    eh lain pulak packaging kau beli. siap dalam kotak. aku beli yg plastik je, sebungkus RM4.50 kalau kedai yg murah leh dapat RM4

    semoga berjaya !

    ReplyDelete
  3. @ayumiyoshida
    mari kita sama2 nantikan!! ^ ^

    @Syira ITIK KEJ♥M
    Ya ke?? aku punya maybe sikit kut dlm dia tu yg murah sikit.. Hurmm aku agak2 was2 dgn rasa dadih segera ini.. T__T

    ReplyDelete
  4. semangat dadih nih..
    hahaha..tp soya ttp tak dilupakan..
    hahah

    ReplyDelete
  5. amazing race ! hahahak !
    x boleh bla seh !
    ape la jadi dgn dadih tu ?
    mcm x jadi je..
    hee~

    ReplyDelete
  6. @cEro
    Soya still lagi dihati.. LOL!

    @Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza
    Panjang betul nama.. LOL!.. weh jgn lah doakan aku tak jadi T__T

    ReplyDelete
  7. Sebelum itu, benarkan aku untuk mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua umat Islam kat atas bumi even untuk Abang WZulhilmi yang tengah membaca komen ini sebelum di'approve'kan.

    Ok.. harap² ko jangan delete pulak komen ni yaa heheheee...

    Citer pasai dadih ni, memang satu makanan yang simple dan sedap kalo ko buat. Dah la banyak, modal pulak tak payah nak kuar banyak-banyak...

    Aku suke kalo buat puding mangga!!!

    Sedap woo~ Serius tak cukup satu gayung ko makan nanti hahahaaa..

    Dan yang paling penting, harap misi buat dadih tu berjaya le hendaknya~

    ReplyDelete
  8. Ya maklumat diperolehi dr sumber sahih hahaha kalo yg ko buat menjadi aku pun nak try la nnt hehe weh len kali leh try kristal jeli gk LOL

    ReplyDelete
  9. @ F.I.C.K.R.Y
    Sempat lagi ko buat salam aidiladha ye.. hahaha.. puding dgn dadih tu benda yg berbeza kan? LOL!...

    @ star
    tunggu review aku dulu baru ko pikir nk beli ke tak. kang menyesal kang... LOL..

    ReplyDelete