Monday, November 22, 2010

Aku Sebagai Wartawan Amatur (Siaran Ulangan)

Wahahaha!!! Lama gila tak update. Bila tengok blog terbiar macam ni je. Kesian pulak rasanya. Kalau nak tulis entry pulak nanti berjam2 jadinya. Last2 aku pun tak study. So jalan penyelesaianya adalah dengan... publish entry yang lama!! Bijak betul! Lagi satu ni bukan sebarang entry nih. Bak kata orang Kompilasi Best of the Best entry termantap tahun ini. LOL! Aku yang tulis ni pun boleh gelak baca balik. (Tak ke buang tebiat gelakkan entry sendiri??). Lantak lah! So happy reading!

________________


Tadi masa aku tengok Buletin Utama. Teringat pulak aku pasal satu peristiwa ni. Tergelak sorang2 bila  terkenangkan balik. Benda nie jadi masa tahun lepas. Masa nie kat Uni aku nie diwajibkan amik satu subjek Ko-Q (Kokurikulum). Aku rasa semua U ada subjek nie kan? kan? Nak tak nak kena amik. Kalau tak, tak grad le jawabnya. Dah nama pun wajib.

So masa pendaftaran subjek ni, aku nak lah cari kod subjek yang orang kata agak mudah nak score. So check punya check dekat board tu tengok2, SEMUA subjek yang tersenarai dalam kepala otak aku nie dah penuh. What!!!! Yang tinggal subjek yang tak pernah aku dengar dan terpikir nak masuk. Macam Etika Pemakaian (Elooo apa benda nie??), Scuba (Kena bayar 100 dulu. So bye2), Teater T__T. Dilemma2!! 

Lepas dalam sejam jugak lah aku berdiri macam badut dekat board tu. Last2 aku submit borang tu. Korang tau tak subjek apa yang aku daftar?? Aku sendiri tak percaya apa yang aku tulis. 

Kod Subjek: UHB 1***6
Nama Subjek : Asas Kewartawan/ Basic Journalism
Kredit : 1


Tak de lah beriya macam dalam gambar ni. Reporter amatur sahaja.

Amik kau!! Tak pasal2 aku jadi reporter dah. Akibat dah desperate sangat, subjek nie yang aku pilih. Ish2. Buat karangan pun tak lepas berangan nak jadi wartawan. Hahaha. So nak dipendekkan cerita korang nak tau tak apa assignment pertama aku? Ingat lagi apa lecturer aku cakap

"Korang kena cover satu news pasal apa2 event yang berlaku dalam U nie. Saya mahu ada gambar. Gambar tu wajib original. Saya tak nak copy paste dari internet. Kalau saya tau saya bagi kosong!"

*Pitam!*.

Kejutan budaya terus. Dah lah bapak susah assignment!! Apa nie!! Jangan panik jangan panik. Last2 aku discovered satu event nie. Nama event nie aku tak ingat lah pulak.(Tak popular!!). Tapi yang pastinya ada gerai2 dibuka untuk majlis nie. This is perfect for the assignment!. So bila petang menjelma aku pun gerak lah ke event tu. Konon2nya nak tangkap gambar kemeriahan event tu lah. 

Dalam hati punya lah excited nak buat assignment pertama nie. Ye lah nk bagi first impression yang baik kan. Bila aku dah sampai dekat tapak event...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bunyi Cengkerik ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pang!! Event yang paling bosan dalam abad ini. Loser giler!! Korang bayangkan lah. Kalau dah nama pesta  mesti lah havoc, riuh rendah orang ramai datang. Yang ni aku rasa macam dalam morgue! Alahai!!! Rosak berita aku!! Muka makcik2 yang berniaga tu pun dah nampak kebosanan yang amat sangat. Sebab customer tak ramai. Korang tengok gambar nie kalau tak percaya

Sekarang perhatikan betul2 kedudukan makcik di kerusi merah tersebut. Hafal ye! 

Makcik tu siap baca majalah lagi sebab tak de orang datang!! Punya lah hambar. (Majalah apakah itu? Mangga perhaps?? =P). Misi aku nak buat report yang bertajukkan " Pesta Dot Dot Dot Meriah" terkubur. Apa la aku nak tulis dalam report tu. Kalau ayat2 boleh lah aku goreng2. Nie gambar nie. Mana nak cari??? 

Lepas tu tiba2 aku rasa macam ada satu miracle berlaku. Triingg!!! (bunyi serbuk magic). Tiba2 datang satu angin puting beliung datang. Ok2 angin kencang datang. Bukan angin kentut makcik tu. Tapi angin yang real punya. Korang bayangkan lah tengah kau dok tangkap gambar makcik tu tiba2 datang angin dari mana ntah. Serius kuat. Sampai terangkat2 khemah tu. Semua orang macam panik time tu takut khemah runtuh. Berlari2 semua orang keluar dari gerai masing2 pergi ke kawasan lapang. Ye lah korang nak kena hempap!! Tak pasal2 mati sia2.

Lain pulak dengan aku. Dalam pikiran aku dah tak pikir apa2 dah. Fikir nie je "This is it!! Hot News! Hot News!!" Yang penting dapat gambar yang mantap. Gila pscho. Hahaha. Dan ini hasilnya..



Haaaaaa!! Tengok!! Tak ke berbaloi aku mengadai kan nyawa semata2 nak dapatkan gambar yang priceless ini. Hahaha. Abis semua segala baju bagai dengan tudung makcik tu bertaburan. This is what I called breaking news!! Confirm dapat A subjek ni. Muahaha *Gelak kejam*

This is the funny part. Kan masa gambar kat atas aku suruh korang hafal kedudukan makcik tu kan. Sekarang tengok balik gambar nie. Dekat kerusi merah tu. Mana mak cik tu?? Dah diterbangkan angin kah?? Hahaha. Tak lah makcik tu dah cabut dulu dah. Berlari bagai nak rak aku tengok. KELAKAR!! Makcik tu lari keluar aku pulak lari ke dalam. Haha. Punya lah semangat!!. Siap pikir lagi aku akan popular lepas dapat publish story ribut taufan nie. =P

Last2 aku tak submit pun gambar kat atas. Aku guna gambar lain. Macam hampeh je kan aku nie. Penat je bertarung nyawa nak dapatkan gambar tu. Last2 tak guna. Daripada tajuk "Kemusnahan Tragik Pesta Dot Dot Dot" kepada "Pesta Dot Dot Dot Meriah". Bapak menipu!! Wakakaka. Janji assignment aku siap.

9 comments:

  1. berbakat besar.. bagus2.. keja mencabar.. hoho

    ReplyDelete
  2. hahhahaa...tergelak-gelak bace en3 nih... xpew.. kn selalu jer brblogging, blh aje tu uat report smbil jd repoter...
    *bunyi serbuk magic? agak menarik dsitu ye... >_<

    ReplyDelete
  3. wahahahahahaahhaha! mengonggg...kesian tau mkcik tu...ekekekekeke :P

    ReplyDelete
  4. kat mana ribut topan ni wei?
    kesian makcik tuuu. hoho =p

    ReplyDelete
  5. hahaha...sian tau makcik tu kalau ko guna gambar tu..

    ReplyDelete
  6. hahaha ketawa guling2 dh aku,ade ke ni dikatakn miracle?bkn miracle tu utk benda baik ke???hahahaha baik utk ko la kn...laa,nape xwt psl ribut tu???

    ReplyDelete
  7. Adeii... tergelak aku bace entry hang nie sambil terguling-terguling atas kerusi...

    Tapi terpancar plaks sinar kesianan yang terbit dari hati hitam aku nie..

    Aku ingat hang terperangkap dalam khemah ...

    MakCik tue camner sekarang?
    OK?

    ReplyDelete
  8. HAHAHAHAHA lawok giler, cam magic je tibe2 makcik tu ilang daripada kerusi merah an.


    ko pun satu, alang2 dah nampak tudung2 bertaburan camtuh tolongla angkat. kan dah dapat pahale? haha

    ReplyDelete
  9. bunyik cengkerik? huahuahua
    mcm dalam bilik mayat pun ada kot
    makcik tu hot stuff dowh
    ehkekkeke ...



    asemen lu dapat apa?

    ReplyDelete