Tuesday, September 10, 2013

Mencuba Tips Bersama WZ: Ep 1 Bau Kasut Kurang Enak?

"Walaupun header dah tukar seribu kali, kalau tak update belog apa gunanya~~ (2x)"

Never mind.

Nak tanya, korang ada perasan tak yang kasut bertutup selalunya akan sampai satu masa akan keluar sedikit bau kurang enak. Tapu tu berdasarkan pengalaman aku sendiri lah, tak tau maybe aku je atau benda tu memang completely normal. Aku agak mungkin sebab bahagian dalam dia lembap selepas seharian kaki kita pakai, maka dia macam tak ada masa nak kering lepas tu esok kita pakai lagi dan kitaran ini berulang-ulang. Lepas tu ko kan budget manager maka memang masa nak menjemur kasut tu idok lah ada. For me dia macam 3 bulan after that bau dia dah keluar.

By the way korang jangan salah faham pulak ayat bau kurang enak tu. Dalam konteks kasut aku, ia bukan bermakna 100 meter pun dah boleh bau! Tak tau lah bagi konteks kasut korang macam mana pulak kan, mungkin gamaknya patut tukar kepada busuk melantong since korang semua kan ada cekam kaki, but mine is slightly bau je. Macam kadang-kadang tak perasan lah. Kalau bau dalam jarak 5-10 cm baru perasan. Itupun bau pun macam bau dried passion fruit plus with wild berries weh. LOL!

And fyi aku yang jenis satu hari pakai stokin yang berlainan pun masalah bau kasut kurang enak masih timbul. Apatah lagi korang!

Jadi beberapa bulan yang lepas semasa melihat-lihat timeline di Twidder kebetulan ternampak satu tips berkaitan. 


Like really?? 

Jadi apa kata since tips ni pun mudah dan murah, aku nak cuba buat. Lagipun memang teh pun feveret drinks. So memang takde masalah gigih nak kena pergi mall nak beli semata.

Maka minggu lepas setelah minum selama dua hari dua malam teh dan dengan rajinnnya menjemur uncang tersebut selama 5 hari berturut-turut. Kata nak dry kan? Tada~~

2 uncang untuk sepasang kasut
Jadi just give me a week dan aku akan letak dalam kasut dan tengok result dia macam mana. Berhasil ke tak. Maka sila tunggu entry seterusnya ya.   

To be continued......

No comments:

Post a Comment