Thursday, September 12, 2013

Blogging Stuff

Menulis blog sangat mengerah masa dan tenaga. Sangat! Dalam kes aku lah. Aku tak tau blogger yang lain macam mana pulak. Macam mana flow mereka dalam mengurus blog masing-masing. Ada yang jenis kena fikir tajuk dulu lepas tu fikir isi-isi dia then lepas tu baru boleh mula menaip. Macam aku, aku jenis menaip secara spontan. Which is kadang-kadang agak troublesome.

Sebagai contoh kadang-kadang bila dah syok menaip bila proof reading balik rasa macam takde keseragaman diantara perenggan atas atau bawah. Selalu macam tu. Dia macam tak wujud transisi diantara perenggan tu. Tu yang jadi macam tak lancar dan agak tidak berhubungkait. Elemen ni aku rasa penting sebab nanti tak lah macam tiba-tiba atau out of sudden perenggan tu.

Selain tu aku rasa faktor yang consuming time buat entry ialah macam 'upacara' pemeriksaan ejaan (which is I'm not really good at, sebab kadang-kadang mesti terlepas), pemilihan tajuk (part paling blur, remeh sekali), proses timbang tara sama ada nak masukkan gambar ataupun tak atau kalau nak letak gambar, gambar mana yang sesuai.

Jadi kalau tengok entry yang macam biasa atau pendek dalam blog ni percayalah, I spend time around 1-2 hours nak hasilkannya. It is not an easy job. You have to be fully committed. Sebab tu aku faham ramai bloggers hari demi hari semakin kurang bilangan dia. Ni baru blog personal yang remeh-temeh. Cuba bayangkan yang jenis blog ilmiah, yang perlukan fakta dan research yang intensif. Memang lagi lama lah. Kalau aku paling-paling koman research entry yang memerlukan semangat dan kekuatan stamina ialah Top 10 List Dessert Paling Diingini untuk Bulan September. LOL. 

Lagi satu bila dah hilang faktor utama iaitu duit. I know most of the bloggers tulis sebab nak buat side income tapi bila hari demi hari penat-penat tulis lepas tu tak dapat sebarang hasil yang dikehendaki daripada para pengiklan memang terus demotivated lah. That why passion untuk menulis tu lagi penting. Benda tu yang akan encourage kau untuk keep on going.

Dan aku baru perasan yang aku dah mula membebel padahal tujuan mula-mula konon-konon nak taip dalam 2-3 perenggan sahaja. Haha. Oh ye dan aku sebenarnya dok teringat-ingat ada ayat yanag mengatakan;

'Blogging is sooo 2011'.

Walaupun macam kurang tepat tapi dalam hati aku macam agak sedikit setuju dengan statement tu. Adakah trend blogging semakin terhakis dan akan menjadi pupus hari demi hari? Ataupun adakah ia akan mati suatu hari nanti dan akan digantikan dengan platform lain yang lebih mudah dan pantas seperti social networking etc. 

Only time will tell.

No comments:

Post a Comment