Sebenarnya masuk hari ini dah 4 hari aku dah kena selesema. Dia macam tak kebah-kebah walaupun rasanya dah berdozen pil dah telan. Tak kisah lah sama ada ubat dari kedai runcit depan rumah ataupun ubat daripada farmasi sekalipun. Semua macam tak lut. Mukus pulak seakan-akan tak mahu kering.
FYI, aku ni kalau selesema selalunya ni petanda pertama sebelum dia akan beralih kepada demam. Tak tau lah semua orang hadapi benda yang sama or it just me. Jadi seboleh-bolehnya memang nak selesema ni hilang cepat-cepat sebelum tanda-tanda demam tu mula menjengah. Kali ni dah sekali dua dah rasa nak demam datang tapi berjaya ditepis tapi selesema tak hilang juga. Konklusinya, Selagi tak hilang selesema ni selagi tu lah demam tu datang on off on off. Saja betei. Jangan cuba nak rosakkan plan untuk dapatkan gaji penuh bulan ni tanpa sebarang cuti. lol
Selalunya kalau selesema aku selalu makan Panadol Soluble. Tapi baru-baru ni aku dengar sebenarnya Panadol Soluble tu untuk mengurangkan demam bukan untuk hilangkan selesema. Betul ke? Padanlah tadi pergi farmasi Cosway aku cakap nak Panadol Soluble dia macam mengingatkan aku benda tu bukan untuk hilangkan selesema tapi lebih kepada hilangkan kesan-kesan daripada selesema itu sendiri macam sengal-sengal otot atau pening kepala. Aku nak mintak beli pun macam pikir 2-3 kali. Sebab dia macam reluctant betul nak bagi tadi. HAHAHA.
Selalunya kalau makan benda tu mesti hidung akan kering balik. Kalau tak lama pun untuk certain time sahaja lah. Tapi at least berkesan. Nak aje aku kata 'Just give me that Panadol, de**it!' lol! Last-last dia bawak ke kaunter ubat suruh pilih nak jenis mengantuk ataupun tak. Dan of course lah yang versi tak mengantuk lagi mahal. RM15 satu papan. And I was like 'MENDE MAHAL NI?'
Last-last ambil lah yang versi mengantuk RM7 satu papan walaupun aku budget beli Panadol Soluble baru RM2 lebih untuk 4 tablet. -__-
Jadi persoalan besar sekarang, adakah Panodal Soluble itu adalah penawar kepada penyakit yang dinamakan selesema ini hanyalah mitos semata-mata? Hanya dakyah consumer yang tidak mempunyai pengetahuan medikal yang meluas?
Plus bila search Google, yang result keluar banyak ialah; 'Jangan ambil Pandol Actifast/Soluble! Bahaya untuk kesihatan'. What the what? Apakah ke'psycho'an ini?
But for now I'll stick with what the pharmacist just said to me. Ia digunakan untuk menghilangkan sengal-sengal otot, pening kepala dan demam yang disebabkan selesema bukan untuk hilangkan selesema. Kalau nak hilangkan selesema kena guna ubat lain.
panadol is just painkiller kan senanya?bg kelegaan sementara.memana aku g slalu kata amek panadol soluble tu kalo selesema which I just found out early this year.nk sembuh mau tak mahu mmg kena byk rehatla,InsyaAllah.
ReplyDelete