Sejak bekerja sebagai sales assistant dekat satu butik menjual pakaian ni (nama butik terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan, lol!) aku rasa jadual kehidupan aku makin tunggang langgang. Kebanyakkan jadual pula jenis pergi pagi habis malam. Kalau yang dapat full time memang masak ah lagi-lagi jenis dua hari berturut-turut. Rasa macam prinsip hidup dah jadi macam 'I was born to serve people!!' Kah kah. Jadi memang langsung tak ada life untuk dinikmati dah. Projek Botani pun ntah kemana. Nak siram 2 kali sehari pun macam dah tak sempat dah. Apatah lagi nak luangkan masa tulis entry. Tapi akan ku gagahi juga demi memuaskan kehendak nafsu menulis ini. lol.
Secara jujurnya dalam diam aku macam agak enjoy buat kerja ni. Beri khidmat servis penjualan semua. Tawar dan cadangkan orang apa yang terbaik untuk pelanggan (mostly bodek). Jadi secara tak langsung kemahiran bersosial pun boleh meningkat. Tambahan pula customers pun datang daripada peringkat umur yang berbeza-beza. Belum lagi termasuk dengan customer luar negara lagi. Macam-macam kerenah ada. Nak ini lah nak itulah. But for me semua tu pengalaman yang aku rasa memang tak boleh dibeli dengan duit.
Tapi memang tak dinafikan kadang-kadang (lately ni aku rasa tiap-tiap hari) bila tengok customer datang yang jenis pakai uniform syarikat diorang yang ko ada mintak apply kerja awal-awal dekat situ dulu tapi still tak dapat reply apa-apa sampai sekarang rasa macam rendah diri sangat. Kecewa pun ada. Mula lah macam-macam persoalan datang bertimpa-timpa. Tapi aku sedar sekarang ni adalah peringkat dimana segala sifat-sifat positiviti dan optimistik sedang diuji. Dan aku tahu semua benda ada ketentuannya. Yang penting keep my chin up and praying for the best.
Oh ye. Tada~~
Gambar yang aku letak dekat belakang tag nama. Cover untuk single Perfume 'Mirai no Museum'. Dia lepas pakai ni rasa semangat nak berhadapan dengan orang. lol. Tapi ada ke budak-budak sekerja kata perangai macam budak-budak letak gambar kartun. MENDE KARTUN! They literally are more richer than all of your total salary combined! Pfftt~~. These ignorant child.
takpe. jangan rendah diri oi! sabar dan tawakal sebab ko dah usaha apply semua tu kan. at least ko ada something nak dibuat sementara tunggu mana2 panggil ko. pengalaman tu berharga. kalo org cerita2 psl pengalaman jd sales assistant ke atau keje kat shopping complex ke, ko still boleh bangga sebab ko ada pengalaman tu :D
ReplyDeleteAKu tak mau sentuh bab ko bekerja sbb obviously ko seronok dgn apa yg ko buat..
ReplyDeleteCuma nak bgtau, hari tu aku ada tanya org kedai yg ada jual album SCANDAL tu sama ada ada tak jual single PERFUME. Dia kata kalo yg baru mungkin susah sikit, tp kalo yg lama, dia boleh carikan kalo betul2 serius nak..
(lari tajuk)
Husband aku pun macam lebih kurang macam ko. Banyak gila apply and bila tak dapat tu, dia tension gila. But in the end, kalau tak dapat tu ada sebabnya. Mungkin Allah akan bagi yang lebih baik. :D
ReplyDelete