Sunday, February 17, 2013

Rambling #1

Sejak kebelakangan ini, aku agak obsess dengan Pearl Milk Tea. Rasa dia macam tiap-tiap hari nak teguk satu gelas. Tak tau lah jampi apa dia pakai sampai asyik terbayang-bayang dalam kepala. Sanggup tahu  bersusah payah pergi Jusco nak beli satu benda tu. 



Since I found this one Pearl Milk Tea (PMT) yang lebih kurang sama rasa dia dengan ChaTime thus I'm not complaining. Harga pun lebih kurang sama mahal by the way. Saiz 'Large' sampai RM6.90. Melampau tahu harga for a basic beverage like that. To be honest here, PMT ni lah rasa dia biasa saja, teh susu yang tawar. Boleh kata teh mamak lagu sedap! Tambahan pula, berpuluh lagi perisa lain ko boleh pilih. Yang lebih adventurous rupa dia pun.  Tapi ini juga yang dipilih. Mungkin  sebab perasan tawar dia tu ditambah dengan mengunyah pearl sungguh exciting? Let me suggest you the best place nak menikmati benda alah ni ialah time driving alone. Dia paling thrill nak sedut adalah time nak tunggu traffic light bertukar jadi hijau. Ada juga kadang-kadang masa tu jadi jahat sekejap bila kereta sebelah pandang ko, ko pulak dan-dan buat muka reaksi macam tengah minum air yang maha sedap! Mulut tu kalau boleh muncung sebab tengah hirup air kan? Kah kah kah. Lepas tu disambung dengan adegan pandangan inesen ke muka orang sebelah seolah-olah macam tak sedar diperati. Their face expression was priceless! LOL!. Tapi ikut time lah juga time nak buat mende kut-kut tetiba lampu jadi hijau kelam kabut jugak lah ko no tukar gear. 

*Patut ke letak gambar sendiri dekat sini sambil minum PMT?. Kah kah dasar camwhore*

Oh ye talking about PMT, is it that I'm the only one yang suka kunyah-kunyah that thing sebelum telan. Tak tau lah ni habit ke macam mana. Memang rasa macam something wrong kalau minum air then biar sahaja pearl tu masuk kerongkong tanpa kunyah. Rasa sungguh insecure membuat begitu. Adakah ia akan keluar balik pun begitu? lol. Padahal tau lah keje asid perut tu. Same goes kalau minum cincau. I just can't help it. Maybe It just myself being weird.

Jap-jap adakah post ini menunjukkan  berakhirnya era membebel 'How amazing Coolblog is'. Kbai. Oh thanks for reading my rambling column this week. See you later. 

Note: jangan salah faham dengan entry Shodate dan Rambling, mereka adalah dua benda yang berbeza, Shodate lebih kepada announcement, manakala Rambling lebih kepada bebelan tak bermanafaat. 

6 comments:

  1. eh,bukan mmg kena kunyah ke pearl/cendol?senanya aku ni ada tabiat sikit minum air....sedapnya 3 layer-iced tea *off-topic*
    ps: brand apa ni?

    ReplyDelete
  2. normal je kunyah natang tu.. cuma mungkin ada sesetengah yang lagi suka main telan masuk kerongkong je macam ular.

    ReplyDelete
  3. tercekik la kalau tak kunyah. thats why aku tak suka ada pearl dan tak suka air cincau. aku rasa benda2 mengganggu proses aku minum air kena kunyah bagai perasaan dia macam woi aku nak minum haus bukan nak makan lol

    ReplyDelete
  4. Ari tu nesa pun dah nak buat post pasal pearl milk tea! my fav. Yang chatime mmg fav nesa, tp dekat dgn tmpat tinggal nesa ni ada satu nama Tea-Tac-Toe yg hmpir sama rasenye dan murah sikitt je dr chatime! Kalau kt chatime nesa suke mintak less sugar sbb klu yg normal agak manis bg nesa :D

    ReplyDelete
  5. Mahal gila kat chatime, terkejut alu tengok harga dia hari tu. Kat Sarawak ada brand nama Kokoberry. Believe it or not ko boleh dapat PMT tu dengan harga RM2.50 je. pfft

    ReplyDelete
  6. Aku tak pernah telan mana2 bubble tea...
    Sbb aku pernah baca artikel yg kata bubble dia tu bahaya untuk badan...

    Yes, I'm that paranoid!

    ReplyDelete