Friday, January 4, 2013

Aktiviti Pada Hujung Minggu: Membuat Penanda Buku Part II

Hari ni cadang nak buat something entry ala-ala kraft tangan. Budget macam Martha Stewart. By the way macam dah jadi rutin pulak kan asyik elak entry Book Review [BR] lepas tu buat benda lain. Kah kah. Lagipun, dah takde mana-mana publisher yang nak hantar sample buku depa dekat aku bagi review kan. So better aku buat benda lain. *hint hint mana publisher buku yang berminat untuk buku mereka direview oleh blog ini boleh hantarkan email ke starwz10@gmail.com*

KAH KAH! Keji gila sempat iklan. Jadi hari ini aku cadang nak tunjuk kan kat kome semua cara-cara nak buat penanda buku yang senang lagi mudah. Of course lepas kita beli satu-satu buku rasa macam sayang betul nak kelepet tepi muka surat dia tu (can be known as dog-ear). Tapi kadang-kadang aku buat jugak dog-ear tu kalau penanda buku entah terlempar ke dimensi mana ntah cari tak jumpa. (Padahal kau malas nak bangun dari katil cari kan?).

Dulu aku ada buat versi penanda buku bentuk kucing. Check dekat sini untuk baca >>> klik 

Kalau mana yang tangan keras kejung tak reti lukis elok lah buat yang versi ni. Guna method origami saja. Basic lipat-lipat macam tu.

Maka step basic yang pertama adalah mencari design yang sesuai. I mean dalam form kertas lah. Sekarang kan dah canggih apa lagi cari dekat internet then print out.


Kalau mana yang eco-friendly ataupun print yelek takde. Amik aje mana kertas-kertas yang nak dibuang macam pamphlet Restoran Kebab Aminah ke etc. Jimat bukan?

1. Mula-mula terbalikkan kertas tu ke belakang. Kita akan akan start dari situ. Then lipat hujung kertas tu ke hujung anak panah tu. Bagi sama rata. Nanti jadilah macam dalam gambar #2

Gambar #1

2. Lepas dah lipat rata semua. Gunting mana yang lebih. Jadikan dia bentuk macam segitiga.

Gambar #2

3. Lepas dah jadi macam segitiga. Tarik tiap-tiap hujung kertas yang ada angka 1 tu ke angka no 2. Dua-dua belah ok. Then jadilah macam dalam gambar #4.

Gambar #3

4. Then dua-dua bahagian yang dilipat tadi buat jadi macam bentuk asal balik ke bentuk segitiga. Konon macam nak bagi penanda garisan lah. Rujuk gambar #5

Gambar #4

5. Then lipat hujung kertas no 1 ke angka 2. Jadilah macam gambar #6

Gambar #5

6. Lepas dah lipat. Masukkan hujung kertas dekat angka 1 ke dalam ruang angka 2. Kalau tak jelas rujuk gambar #7.

Gambar #6

7. Haaa. Lebih kurang macam ni. Dia macam kau boleh isi kacang kuda dalam dia. Lipat kasi masuk ke dalam. Dua-dua belah.

Gambar #7

#8 Tada~~! Dah siap. Simple sangat sampai rasa tak menguji IQ langsung. Tak sampai 2 minit rasanya. Tapi kalau siapa-siapa yang tak dapat macam bentuk dekat bawah ni. Haaa. Pegi check balik step-step dekat atas. Adalah tu yang salah.

Gambar #8

Ah~~ Sekarang lihat hasilnya. Our precious book doesn't need to suffer anymore. 


Dan macam biasa WZ yang tamak ini telah buat 3 sekaligus. Kah kah. I ada banyak buku what?


Oh ye. Semua origami ni adalah inspirasi dan rujukan daripada website ini 

Ada banyak lagi design dia ada. Tapi yang aku pilih ni yang paling simple sekali. Selamat mencuba. Kalau dah siap apa kata tweet kan gambar tu. Boleh aku tengok dan kongsikan kepada alam semesta twitter. Glamer korang sekejap nanti. #serius. 

P/s: And thanks to Star for the link. =)

*UPDATE*

Seperti yang digembar-gemburkan di Facebook dan Twittter, sesiapa yang post gambar hasil kerja penanda buku masing-masing, tak kisah lah dkt FB, twitpic ataupun linkkan dekat bahagian komen akan aku kumpul kan dan di'feature'kan di dalam entry. Haaa! Ni lah masanya untuk anda glamer!! KAH KAH!.
--------------------------------

Yay! We got our first pic from the reader. This one is from Kiheee. =)

7 comments:

  1. woot woot!baru je nk kepoh sumber dr mana haha..ko print ke design tu? O,o aku dh xde printer semenjak tak bergelar student dh...

    ReplyDelete
  2. star
    oh, skrg ni printer dh murah berbaloi kalau beli. #tetiba

    nurdani
    Couldn't agree more. Mmg jimat klu buat sendiri. =)

    ReplyDelete
  3. Since sekarang ni pukul 3am mcm satu hal aku nak mencapai kertas and bukak lampu utk buat menda ni.. bila aku lapang t aku buat. no promises~ :P

    ReplyDelete
  4. wahh kite same lah. mmg xsuka kelepet2 buku. kalau mber pinjam pon, siap psn awal2 pkai pnnda buku. nway, tengs a lot! gigih kite try. yeahhhh jdi pon. huhu

    ReplyDelete
  5. yeayyy yeayy dah glemer. Hakhahakhakah.

    Update baru pleaseeee.

    ReplyDelete
  6. Wlaupun aku bukan pembaca buku yg tegar, tp mcam best plak nak buat penanda buku camni...

    Tapi, tak ke besar sangat?? Hehehhe

    ReplyDelete