Amboi, sejak dua menjak ni kemain asyik cerita BBW saja. Mesti yang macam bukan ulat buku tu dah start muak. Wakakah. But have no worries, this will be the last entry about it (maybe. hehehe).
So awal-awal pagi Sabtu dah siap-siap nak bertolak, then terus beli tiket. Jenis beli tiket on time ni bahaya jugak kadang-kadang. Kalau time tu semua seat penuh mau rosak plan ko semua. Gamble sajalah. Tapi lepas pergi beberapa kaunter, dapat yang pukul 10.30 pagi. Time tu beli tu dalam around 10.28 pagi. Dan- dan auntie tu kabo lekas pegi naik. Bas tu dah tunggu kat depan. Apa lagi lari lah kejar. KAH KAH.
So around 1 lebih dah sampai dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ye TBS. Aku ingatkan berenti dekat Puduraya. *mini heart attack*. But you know what? Ada hikmahnya turun dkt TBS ni. Since dekat situ boleh saja terus ke stesen KTM Bandar Tasik Selatan dan terus pergi ke Serdang. 1 stesen sahaja dari TBS. Dekat gila. Tak payah lah tunggu dekat KL Sentral.
Sampai dekat Stesen Serdang. jalan-jalan sikit nampak signboard ni.
Ada perkhidmatan naik bot ke The Mines ke? |
Disebabkan time tu celah mana bangunan The Mines pun tak nampak terus decide nak naik ni. Kah kah. So gedik like that lah habiskan duit buat benda-benda macam ni.
Tiba-tiba teringat Melaka River Cruise |
Bayar RM2 (sehala) untuk masuk terus ke The Mines. Tak payah susah-susah nak cari thru map bagai. Tapi, tapi naik dalam around 5 minit aje macam tu. zzzzzz |
Bila masuk dalm The Mines, terus rasa macam nak nanges, sebab banyak gila, BANYAK!!! Kedai makanan. Huwaaaaa! Bestnya The Mines ni semua complete. Oh, I wish ada shopping complex macam ni dekat my own hometown.
Oh about the BBW, boleh je terus saja access dari dalam The Mines. Macam pergi ke tingkat 4 dan cari papan tanda ke MIECC. Then Voila, sampai ke BBW. Tapi aku pula sebab first timer kan tak tau apa-apa terus pergi keluar The Mines lepas tu pergi ke belakang MIECC. kah kah.
Naik lif ke tingkat 3A terus sampai ke foodcourt dia. Elok lah, elok lah nak suruh makan dulu ke macam mana? Licik betul. Boleh pulak terus skip entrance dia kan.
Tapi kalau lalu ke tempat yang betul nampak lah entrance dia macam ni. |
Dekat entrance dia jugak Kereta Lombourghini hitam. MELAMPAU! kah kah. |
Bahagian children kemain beso dia. |
Ini adalah rupa keadaan dia dari pandangan seekor burung. ecewah. Tiba-tiba boleh teRbang.
Keaadaan disebelah kanan |
Keadaan di sebelah kiri |
This place is freaking huge lah wei!!! Memang rasa nak meroyan tetiba sebab tak pernah seumur hidup nampak buku sebanyak ini. Tu belum start pilih lagi.
Disebabkan aku decided untuk over night dekat situ. *gelak golojoh*. So memang amik masa lah round satu-satu meja tengok mana satu. PERATI SATU-SATU. Mula-mula amik semua buku yang berkenan lepas tu duduk dekat satu sudut. Start buat screening process iaitu memilih buku-buku yang betul-betul nak.
Lokasi merempat. Selalunya orang merempat tepi jalan takde rumah kan. Ni versi ilmiah punya. Time ni pagi-pagi. Memang tak ramai orang. |
# Staff-staff dia very friendly you know. Siap kata 'goodbye, have a safe journey' masa lepas bayar. *terharu*. Padahal waktu tu pukul 6 setengah pagi kut.
# Ada kemudahan seperti toilet, temporary food court (ada gerai KFC, Pizza, Sushi King, The Chicken Rice Shop, Baskin Robbins etc) dan kerusi urut. Which is sangat memudahkan.
# Ada tempat storage buku. Maknanya buku yang korang dah pilih (belum bayar) boleh bagi dekat staff kat sana tolong simpankan. Mana tau time tu nak tengok movie sekejap ke dekat The Mines. *wink*
# Try avoid waktu perdana around 11am - 3pm. Time tu agak sesak lah. Tapi waktu aku memang tak sesak sangat siap boleh lari-lari lagi dari hujung ke hujung sambil jerit 'This is all mine!!!'. Kah kah suka imiginasi bebukan.
# Book selection dia especially dari author terkenal tak banyak sangat. Konon macam aku nak cari trilogy The Hunger Games takde pun. Tapi aku dengar tetiap hari dia akan stok kan buku-buku yang lain. Tengok luck masing-masing lah ye.
So overall aku rasa puas dapat pergi, cuma terkilan sebab tak dapat beli banyak sangat. Yelah budget pun kurang. Next year memang aku nak simpan hoi dalam RM400-500! Lantak lah. kah kah. By the way budget aku still dalam range ok. *libas jaket*
Oh ye aku ada snap satu tips dekat satu buku aku sempat baca. Tak tau berguna ke tak untuk korang.
since it's past midnight n i'm sleepy n need to sleep,this will be random.
ReplyDeletebestnya!!!best sbb xde org,so boleh belek lama2.bole bg tips cmne nk pilih buku yg interesting?antara sbb aku keberatan nk g event cmni sbb xreti pilih,takut kuar dgn tangan kosong.sia2.
ps: Tiba-tiba boleh tebang. <- tebang apa cik?
pss: gmbr tu dr buku apa?cm tertarik nk beli je? =P
ReplyDeletenak tips2 pilih buku interesting? boleh je. nnt ak buatkn entry tersebut. lol. mcm expert sgt lh kan. zzz.
ReplyDeleteoh tu buku mmg lawak dn best. memacam tips dia kasi. ak dh khatam baca masa overnight tu. tajuk dia 'More Show Me How: Everything We Couldn't Fit in the First Book Instructions for Life from the Everyday to the Exotic'. hamik kau panjang gila. kahkah check sini utk sinopsis dia
http://www.goodreads.com/book/show/9108167-more-show-me-how
LOL. Kawan aku beli wei buku show me how tu. Lepas tu dia gelak-gelak baca. Siap 3 dari 4 orang geng aku beli.
ReplyDeleteThe odds tu akulah tak beli tapi tengok depa baca khusyuk rasa menyesal plak. haha.
Tapi true, their staffs are friendly. Siap kalau beli banyak tolong bawakan pergi kereta kau! and they smile all the way. tak pernah aku tgk depa buat muka walaupun hafta entertain too many people dalam waktu yang panjang.
Aku tatahu pulak ada KEPCI semua. Aku nampak nasi lemak je.
And kau cop BBW stamp tak kat buku kau? *aku excited gila yang ni* stamp habis semua buku aku walaupun aku cop salah. Hahaha.
woww..byknyeeee buku! kalau dekat mmg gi dah ni..
ReplyDeletekiheee
ReplyDeleteKfc semua tu dkt tingkat 2. ko kena naik ekskelator utk ke sana. btw apa cop2 ni xde pun!!!! T________T.
Plus ak ada nmpk penanda buku. rasa nk mintak tp aku agak tu mcm lebih belian utk certain amount kut. I is sad.
Nesa
dekat kan. 4 jam mcm tu dr Penang. pergi lah. =P
owh,baru terfikir.teknik2 ace ur crush tu mungkin backfire tak?difriendzonedkan si dia LOL!
ReplyDeletemaybe.. tapi ko kena pandai-pandai. jgn lah skema sgt. make urself tempting. amboi! kah kah.
ReplyDeleteAku ada baca buku yg ada tips ace school crush tu...
ReplyDeleteMcam2 tips ada kan?
Semua masuk akal punya..heheh
hoiiii... gila best kot!!!!
ReplyDeleteaku selalu gi mines je, sbb dekat dgn upm, hahah..
tp serius beb, tgk buku yg banyak berlambak berjibun tu, buat aku tergodaaaaa, aaaaaaa......