Seperti biasa hari ni sepatutnya Book Review [BR]. Tapi dengan kuasa veto yang dimiliki, aku enggan! ye enggan untuk membuat sebarang BR hari ni. *libas mantel diraja*
Sebenarnya hari ni aku bercadang nak jawab pertanyaan sorang reader ini. Nanti kalau biar lama-lama karang terlupa pula. Lepas tu nanti bila tak buat mula lah semua buat spekulasi bebukan, kata blogger ni sombong lah apa lah. Padahal sebenarnya blogger tu baik hati dan peramah pula. Ehem!
So the question is:
Baiklah Cik Star, aku akan cuba menjawab soalan tersebut sebaik mungkin. Tapi ingat! ini hanya berdasarkan permerhatian dan ujikaji trial and error aku saja. Maknanya takde lah 100% berkesan untuk semua orang. Tapi at least dapat lah bagi rough idea nak buat apa semua.
Believe me, benda ni adalah perkara biasa, ulat-ulat buku pun kadang-kadang hadapi masalah yang sama. Macam mana nak pilih satu buku yang really worth it? 'Worth' disini bermaksud wang yang kita bayar tidak menjadi sia-sia dan isi kandungan buku tersebut bertepatan dengan citarasa kita. Tak mau lah kan bayar RM30++ but end up bila dah masuk muka surat 5 dah rasa bosan dan menyesal beli buku tersebut. RM30 is a lot you know. Lagi-lagu buku yang berbahasa Inggeris.
Jadi, ini yang selalu aku buat. Ada 2 kaedah yang boleh diguna pakai.
Kaedah 1: WZ Scarch Process
#1 Scanning
Bila aku dah mula bosan dan dah desperate gila untuk mendapatkan bahan bacaan tapi tak ada clue apa yang tengah hot sekarang, aku akan pergi ke kedai-kedai buku. Bukan untuk membeli buku tapi survey dulu. First stop 'New Arrival' punya section. Lepas tu beralih pulak ke 'Best Seller' punya section. Kalau macam MPH dia ada tampal senarai weekly/monthly best seller untuk kedua buku Melayu dan Inggeris. Tak perasan pula untuk kedai buku lain. Tapi rasanya ada.
Check mana tajuk-tajuk yang interesting dan take a note. 'Interesting' dekat sini tak kisah lah dari segi sinopsis ke atau isi dalam dia. Janji kau rasa tertarik. Tapi kalau banyak sangat selalunya aku tangkap gambar saja senang.
#2 Research
Balik rumah, connect Internet and start doing you're research. Mostly aku refer dekat GoodReads saja. Situ banyak review-review berguna. Even ada untuk novel melayu pun. Tapi macam aku ni choosy sikit. Lepas check dekat GoodReads aku akan search pulak dekat Google. Taip 'Review (masukkan tajuk buku, nama pengarang atau apa yang berkaitan)'. Kalau lucky memang berderet keluar.
So kalau sinopsis yang dah dibaca pun best dan review-review dari pembaca yang lain pun macam menyokong apa yang kau rasa. Maka buku tu memang berbaloi untuk dibeli.
Boleh juga pergi ke laman web rasmi publisher-publisher buku. Macam contoh kalau macam dekat website Amazon.com dia akan bagi sedikit sneak peek untuk baca sesetengah buku. Jadi senang lah nak tau buku tu best atau pun tidak. Tapi ni mostly buku-buku english.
Kalau nak baca tekan dekat kotak merah oren tu. |
Kalau buku melayu pulak., jarang ada. Tapi setahu aku Fixi akan bagi kita download 1-2 chapter untuk kita buat test reading.
Klik di kotak putih untuk download. |
Tapi, tapi, macam mana pula kalau saya jenis yangpemalas nak buat research-research ni? Ataupun time dekat buku tu saya rasa nak beli terus. Sebab lepas ni takde nak keluar-keluar dah. I'm busy liddat.
So use this method instead
Kaedah 2: WZ Go Thru Method
#Scanning
Macam step dekat atas juga. Cari mana yang rasa berkenan. First based on the sinopsis. Lepas tu start baca the first page. Keep on reading sampai halaman 6-7 pages pun tak apa. Kalau kau tak rasa mengantuk, atau bila orang lalu kau langsung tak perasan, haaa! ok sangat lah buku tu. Kalau cukup budget, beli.
Yang paling penting kau jangan kisah apa kata orang, ataupun fikir nanti cashier nampak mesti depa marah. IDOK LER. Aku pernah baca satu chapter kut. Takde sapa pun tegur. Kalau ada sapa jeling kau jeling balik. Bukan sempat baca satu buku pun! Kepochi betei. Sebab benda yang kau nak beli ni bukan kangkung bayam semua timbang kati RM1-2 boleh dapat. Jadi ada hak anda disitu. Tapi janganlah buat macam ni time baca suratkhabar atau majalah. Tu sah-sah lah orang marah.
Lagi satu kalau jenis yang macam buku yang balut dalam plastik konon tak nak kasi orang baca tu, korang boleh pergi kaunter mintak depa bukak. Memang boleh macam tu. Aku pernah buat jangan tanya banyak-banyak lagi. Tapi make sure kau macam 50-50 lah nak beli buku tu. Jangan saja-saja 20 buku hempas dekat kaunter suruh depa bukak. Pada-pada lah ye.
So lepas buat semua ni anda still tak dapat lagi buku-buku menarik yang untuk dibaca? Aku ada 3 jawapan untuk persoalan itu:
1. Kedai buku budget rendah
2. Pemilih ya amat!
3. Jenis yang baca apa-apa buku pun automatik mengantuk.
Jadi itulah serba sedikit tips-tips yang boleh dipakai. harap boleh dimanfaat bersama. Tapi kalau rasa nak tambah tips-tips sendiri boleh luahkannya di kotak komen.
Interesting!I'll be sure to use these tips in my next outing.Thanks!
ReplyDeleteSebagai seorang BUKAN pembaca buku tegar,
ReplyDeleteaku ada 3 langkah memilih buku:
1. Tanya diri, "Best ke?"
2. Tanya harga, "Mampu ke?"
3. Tanya masa, "Kalau aku beli, aku akan baca tak? Ke akan jadi perhiasan kat rak?"
Kebanyakkan yg lepas 3 langkah ni adalah komik.
Bye!
star
ReplyDeletelepas ni tak perlu lah ko risau utk pergi ke event2 seperi BBW dan pulang dgn tgn yg kosong.
cero
ko memang! nmpk buku aje ngantuk sesuai dgn #3. =P
Lebih kurang la tips kita pilih buku. Hehehe. *pats shoulder*
ReplyDeleteKalau aku, aku tambah lagi satu. Hehehe. Tanya kawan (boleh masuk dalam review but sometimes review can be overrated, trust me!) dan nasib baik kawan aku jenis sama minat. So kalau dengar apa depa kata, best terus aku beli. Dengan kawanlah kau akan dengar betul2 opinion. Hehe.
And authors pon memainkan peranan. Aku akan beli author yang aku dah biasa baca. Safe side may be or if you like this certain-certain-author tapi dia tader buku yang keluar, you can go to BR or amazon, kat side sebelah ada bar yang tulih you-might-like-this-or-such, kadang-kadang aku refer situ jugak.
Hehe. Wow, I do talk a lot. Ampun maaf dipinta.
Ah! thanks for bringing up those points. Tanya kawan yg hv same interest oso is also a good idea. Tapi aku jenis tanya bebanyak sampai semua stress. lol.
ReplyDeletewhile for the authors, tu, aku pun setuju. ak pun jenis beli semua author aku suka. Tp bila semua koleksi dah ada. jadi mati kutu. That why kengkadang mcm ko kate cri yg suggestion tu.
Eh takpelah. komen pjg2 ni yg kami(?) mahu!
Aku beli yg cover manarik.. Pastu bila baca kat tengah2 and ending rasa mcm,"ok,buku ni boleh pass kat anak cucu nanti.." hahaha. :P Ini semua berkaitan feeel la... Rasa mcm buku ni tercipta utk kau.. Cewah! Haha
ReplyDeletemaknanya ko jenis baca ending dia lah? Haha. ak bukan jenis tu. kalau boleh ending perlu digam sebelum sampai waktunya.
ReplyDeleteTiba-tiba teringat satu babak dalam Castle argue dengan Alexis sebab Castle anti-spoiler pastu Alexis jenis nak tahu apa ending. Haha.
ReplyDelete