Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Tak tau lah aku duduk dalam Batu Caves ke apa, pagi tadi aku baru perasaan esok Maal Hijrah! *facepalm*. No wonder ramai betul ambil kesempatan amik cuti hari Isnin terus sekaligus mengisytiharkan cuti panjang musim tengkujuh.

Sebenarnya Deepavali pun aku tak tahu tarikh dia bila hari tu. That's why lah kalendar petak-petak yang ada senarai panjang 12 zodiak binatang dekat bawah tu kadang-kadang penting rupanya. Aku kadang-kadang (dulu lah) tak bersetuju betul penggunaan kalender jenis ni. Tapi, tapi my father, dia suka benar dengan benda ni sampai setiap kali new year (barat punya tahun) mesti ada at least 2,3,4 eh malah 5 kadang-kadang diperolehinya. Lepas tu tampal dekat segenap pelusuk rumah. Even diruang tamu pun. Alasannya senang lah nak check. Kalau ada satu aje kan jenuh nak pergi check jauh-jauh. Eh! comelnya ayahku ini! T___T

Macam biasa, remaja(?) macam aku selalu lah membangkang cadangan ini lantas kalau ada perayaan-perayaan tertentu mesti senyap-senyap amik lepas tu sembunyikan di dalam almari. Almari siapa? Lemari ayah aku sendiri. KAH KAH. Kau nampak tak permainannya disitu? Tapi sekarang dah kurang lah takde lah macam setiap langkah ada kalender.  

Lepas dah tak ada baru macam eh, ada kepentingan jugak kalender petak-petak tu. Ingatkan kegunaan dia semata-mata untuk check kau tahun binatang apa, lepas tu mengetawakan sesiapa yang dapat bertahunkan khinzir. zzzz.

And I wishing all the Muslims;

3 comments:

  1. salam maal hijrah WZ..ah igtkan rahsia 2 terjawab kt sini td :P

    btw, ayahmu sguh comel skali ;D

    ReplyDelete
  2. no, no, no. I won't tell you. hahaha.

    ReplyDelete