Bila masuk Bazar Ramadhan my first my main priority is to look after desserts. Kedua air pelbagai dan yang ketiga baru main dishes. Macam terbalik aje kitaran yang aku bagi tu kan? But never mind lain lain orang lain pe'elnya. Ada yang first priority main dishes, second main dishes and the third one pun main dishes! Hah! Lagi dasyat.
So basically tahun ni aku dah jumpa desserts kegemaran yang baru iaitu Kek Batik dan Kek Batik ni aku bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. Sebab coklat dia perghhh! melimpah ruah sampai ke ladang gandum! Sampaikan aku rasa kakak-kakak tu dah cam aku dah. Dari jauh dok tenung-tenung kegirangan konon-konon customer setia nak beli kek batik dia. = ="
Selain pergi beli kek batik kalau tetiba rasa hawa nafsu tak dapat dikawal aku selalu singgah jugak dekat satu gerai Makcik-Makcik Kelantan (MMK) ni. Kenapa aku tahu Kelantan? Sebab ada satu time dia tanya. "Nak berapa riyal dik?" Lepas tu aku tergamam sekejap. Apa kebenda riyal tu? Matawang diraja ke? Ke kena ada token-token special baru boleh beli. Then baru aku perasan yang riyal tu sebenarnya Ringgit. ~sigh~
Gerai MMK ni menu utama dia Nasi Kerabu, Nasi Dage (Dangang) dengan pelbagai jenis lauk pauk. Tapi aku lagi suka pergi dekat satu section gerai dia ni yang jual dessert/kuih Kelantan. First time tengok memang pelik gila ar bentuk-bentuk desserts Kelantan ni. Kejutan budaya sekejap.
Yang lawaknya (tak lawak pun sebenarnya) aku main beli aje tanpa amik tau nama-nama kuih muih/desserts tu. Lepas tu kalau nak cerita kat orang terus blur. Tapi ye lah, tak kan makcik tu tengah busy layan customer ko pulak menyinding kat tepi tanya "Mak Cik ni kuih apa? Yang ni? Yang tu pulak? Sebelah dia?" Last2 senduk masuk ke mulut.
So ini antara kuih-kuih/desserts yang berjaya aku kenal pasti dekat situ.
#Gambar ihsan dari Google. Nak tangkap sendiri malu pulak masih menebal dalam diri.
Kuih Bunga Tanjung. Sampai sekarang aku tak berani nak beli sebab nampak manissss gila takut masuk ke Enamel gigi. |
Kuih Bunga Tanjung versi Zoom In. |
Jala Emas. Yang ni kalau nak tangkap mermaid guna nih lah. = =". Owh ni pun tak pernah rasa lagik. |
Kuih Akok. Yang ni dah rasa. Awesome wei! |
Sira Labu. Kalau Sira Pisang tak de dia ganti dengan yang labu which is I doubt I will buy it cuz labu is not my thing. Ha Ha Ha. |
Dan ada lagi satu kuih yang jenuh lah aku search tak jumpa-jumpa nama dia. Dah lah gambar pun tak de. Hari tu beli lupa nak tangkap gambar pulak. So aku biarkanlah ia kekal sebagai misteri dulu. Next time kalau dapat tau aku hapdate kan kemudian.
Kuih "misteri". Warna dia kelabu-kelabu. Lepas tu tekstur dia basah-basah sikit. Dan of course lah manis sikit rasanya. Ada siapa-siapa tahu? |
Oh btw makanan-makanan dekat atas tu manissss gila wei! Memang tak sesuai kalau ada diabetes ataupun siapa-siapa yang tak gemo nak makan benda-benda bergula. Kalau kadang-kadang makan tak pe lah. Okie dokie, thats it for now. Nak pergi Bazar Ramadhan!
Hang ccite pasal dessert nih....aku teringat pasal coklat kecik kat dalam beg aku :O
ReplyDeleteOkeh...aku nak ambik coklat tu dulu...hahahhaaa
Tengok gambar pun macam dah boleh rasa manis dalam mulut. Yummmmm~
ReplyDeleteWah siap ada kuih misteri. Kalau teka dapat hadiah misteri tak? :p
memang manis2 makanan diorangggg. ko nak tahu? member aku ade g makan kt umah akak ipar die iaitu org kelantan. akak ipar die goreng ikan masin. tapi ikan masin tu rasa manis. haaa cemane tu? hehehe
ReplyDeletekuih yang kau suke semua nye peliks2 belaka WZ.
ReplyDeletehaha. lawak tul aku bace entri neh. tegelak2. komen wanie pun wat aku tergelak2 gak. even buat gulai, tumis, mak aku memang letak gula sikit. tapi ikan masin tu taktaula pulak cane bleh manis kan.
ReplyDeletewalapon aku orang kelantan suka manis tapi aku tak pernah makan bijik2 tanjung ngan desert sira2 neh. geliman aku tengok, macam manis yang sangat.
hm mende kelabu tu apedia eh? takkan bubur asyura kot? haha
makanan diorang memang sangat manissss. kalau lauk pauk biasa boleh manis inikan kuih.
ReplyDeleteahh aku teringat bazaar ramadhan dekat kampung baru. ada satu gerai jual kuih-muih kelantan ni la. aku pernah rasa kuih apa entah memang manissss nya. takut nak makan
aku suka akok tue weh..
ReplyDeleteboleh makan banyak.. koh koh koh
Kuih bunga tanjung tu sgt manis, aku kurang minat...
ReplyDeletebtw, abah aku suka gila kat lompat tikam..nama pon pelik, jd aku tak makan...
btw lagik, kuih ape yg warna kelabu n manis?? mesti aku tak pernah tgk...
byk aku kena blajar ni dari master of makanan...
WZ sensei...
@ Yui_Wani
ReplyDeleteweh! komen lari tajukk!!!! hahaha
@ napeace™
hadiah? kemain! tp ak rasa tak de sapa ep un boleh bg jawapan sbb aku pun tak taun jwpan dia. T_T
@ wanie
Wakakakakah lawak beno baca ikan masin last2 rasa manis. pelik nya.
@Umie Artoqiemie
haaaa! yu baru sikit umie baru tang Kelantan belum sentuh lagi yg internasional! lol
@ Fay
nasib baik lah kat gerai MKK tu dia tak uat nasi kerabu dia manisss. tu yg ramai beli.
@ Aujinz
akok sedap kan? haaa. tapi klu mkn bebenyak jadi muak.
@ cEro
aku rasa lopat tikam kan? haaa yg tu aku tak berani nak makan. sbb mcm boleh habis ke nih?
Cis~! menganjing aku panggil sensei.
haha, ni kau belum pergi bazar ramadhan dekat kelantan lagi, memang macam2 kuih manis-manis belaka. ayah aku semua kalau boleh dia nak beli bila nampak pelik sikit. haha. tapi, aku kurang suka akok sebab telur dia guna banyak sangat, bau hanyir. haha
ReplyDeletevery the manisss..hoho..tp klu mkn sikit sdp juge :D
ReplyDeletekuih bunga tanjung tu rs pelik sgt bg aku..jala emas tu ok lg...
ReplyDeleteweh nasi dagang le...bkn nasi dangang..
wah ko ckp psl kek batik teringt kek batik housem8 aku meniaga,sedap!!!(kawal diri,tgh pose nih)
btw,ko g bazar kt mana nih???
@ayumiyoshida
ReplyDeleteko dh pernah g kelantan ke? aku tak kisah pergi mana2 negeri pun yg ada bazar. lol
@ Nesa Wazir
kdg2 tak pe lah. apa salhnya kluar dari rutin sekejap. =)
@ star
aku typo weh! lol! ko bg tau baru perasan. malas lah nk betulkan. ekekek. ak g kt bazar manjung dekat stadium nun.
kampung ibu dekat kelantan la. so, every year, sekali dua kali, at least time raya mesti la balik sana. XD
ReplyDeleteaku pun suka cake batik, tapi kadang2 beli tu coklat dia tak sedap,..
ReplyDeleteaku pun suka cake batik, tapi kadang2 beli tu coklat dia tak sedap,..
ReplyDelete