Saturday, April 30, 2011

This Is Sooo Random But Right Now I'm So Happy Cuz I Got My Own..

Lebih kurang dah 2 tahun rupa2nya aku dh tak update blog. LOL! Bukan apa selagi tak habis semua assignments selagi tu lah tak sedap hati nk berblog. Maklum lah ko tu jenis kalau nak taip entry mau makan 2 jam padahal entry ntah apa2 ditaipnya. 

Tapi sebenarnya aku amat bahagia dalam beberapa hari ni. Hahaha. Pengunaan perkataan yang tak boleh blah. Actually satu benda yang aku teringin nak ada akhirnya termakbul! Iaitu mempunyai akuan online supaya senang untuk berbelanja di alam maya!! See! Bukan susah nak bagi aku happy. Even benda kecik dah cukup.  Tapi bukan lah buat account guna Mastercard ke Visa ke hapa. Den tak mampu ler nak ada. In my case I'm using CIMB Clicks!! Kalau korang nak buat Maybank2U tu pun boleh gak. Tapi aku punya akaun Maybank entah zaman bila tak update. Lagipun bukan guna sangat pun. So better buat dekat akaun CIMB.

Homepage CIMB Clicks.  Sotong kurita merah tu sangat merunsingkan pemikiran aku.


Saya sangat menyukai account online ini kerana :

1) Boleh top up bila2 masa. Tak kisah lah pukul berapa pun. Pukul 2 pagi, Subuh, tengahari buta. Cakap je. Tak payah lah susah2 nak pergi kedai semata2 nak dapatkan sekeping kardbod kecil (This is my personal fovourite style nak top up. Dah jarang nak top up yang kena tulis2 dekat buku lapan puluh sen tu. Takut nanti kena spam!! Mula lah dapat SMS 'On Sunyi' lah blah blah blah)

2) Boleh membayar bil broadband (in my case) secara mudah! Tak payah lah nak menapak pergi bangunan alumni yang bapak gila jauh setaraf macam masuk merentas desa untuk kategori dewasa. Kalau nak naik bas pun sampai kena tukar 2 kali. Padahal dalam satu Uni je pun. Haissh. tu lah payah kalau tak de transport ni. MPP! Sila jalankan tugas! *tiba2*

3) Boleh membeli belah secara secara online! Tak kira lah nak beli buku kat MPH ke atau nak beli kupon diskaun dekat MilkADay, Groupon etc. Semuanya boleh! Huahaha. Tapi dengan syarat company tu bagi lah buat pembayaran guna account yang korang ada.

4) Keyakinan diri sedikit meningkat kerana mampu menggunakan teknologi sekarang. Sedikit sebanyak tidaklah ketinggalan zaman.  = ="

Actually ada banyak benda lagi boleh buat kalau ada benda alah ni. Cuma aku tak habis explore lagi. Tapi memang tak rugi lah ada. Nak buat pun senang aje pun. Tak payah nak isi borang lima puloh page bagai. Just dapatkam E-Pin dekat atm lepas tu buat ID dgn password dekat homepage CIMBClicks and voila! You got urself a permission to membeli belah secara online. 

P/s: Baiklah2 dah ada yang merungut (?) sebab dah lama tak update pasal makanan. Nanti aku try cari mana2 menu yang sedap. Kalau review Carnetto boleh tak?

Friday, April 22, 2011

Amarah Burung

Note : This will be a super duper lengthy entry ever made in this blog with a lot of descriptions and pictures  sebab mood tengah rajin gila nak update. Sila baca dengan teliti dan penuh penghayatan.


Pada suatu pagi yang dingin. 5 ekor burung aneh berasa sangat terkejut apabila mendapati  telur-telur  berharga mereka hilang begitu sahaja. Ini adalah sesuatu yang aneh kerana selama ini mereka tidak mempunyai musuh yang iri hati dengan kewujudan mereka disitu. "Siapa yang curi? Siapa yang curi?" persoal mereka lagi. 
"Weh! Ada kesan tapak kaki!" Jerit burung kecil berwarna biru. "Apa lagi mari kita ikut jejak ni. Tau lah apa yang aku nak buat kalau jumpa binatang tu nanti!" Amarah burung berwarnamerah. Tanpa membuang masa mereka bergegas mengikuti tinggalan tapak kaki tersebut. Namun begitu jauh disudut hati mereka, mereka tertanya2 makhluk apakah yang mempunyai 2 jari kaki sahaja. Like OMG!! LOL!

Rupa2 tidak lain dan tidak bukan "it's the freaky green weird kind of thing of pigs!!" pendatang baru dikawasan ini. " Wah! Ini sudah lebih2 dah ni. Dapatkan balik semula telur2 tu semula walau apa pun pun terjadi! Attack!!!!"



LOL! Kemain buat karangan. Actually for who don't know. Benda2 alah kat atas tu sebenarnya sebahagian daripada game yang tengah popular popular popular gilaaaa dekat apps iPhone, iPad, iPod certain android devices sekarang. Macam sekarang aku tengah addict nak main sampai semua benda boleh tinggal kadang2. 

Game ni simple gila sebenarnya main. Just guna burung2 tu untuk attack those piggy (krooghhhh) sampai tak tinggal satu pun. Then baru korang mara untuk level seterusnya. Ye ye aku bagi contoh. Kang cerita bukan paham pun. Ish! tu lah orang suruh baca buku banyak2 suruh bagi imiginasi tinggi kan dah susah sekarang nak imagine. Hahaha. = ="

Mula2 aim baik2 punya guna lastik yang disediakan. Al-maklum lah these birds can't fly. Bila dah puas hati, lepaskan burung tu. Then watch if the bird hit the piggy (krogghhh) or not. Basically each bird got their own unique ability which I will explain that later. Ni dah jadi duta angry birds ke hapa! 


Repeat the steps until all the pigs (krooghh) lesap dimuka bumi ini. 

Mula2 aku main benda alah ni ingatkan senang je lah. Main tembak je kan. Tapi bila nak naik level makin annoying rasa nak hempuk sekor2 pigs tu bila tak mati2. Dah lah bila level failed pigs tu akan mengeluarkan satu bunyi mengejek (kroggghh) secara berjemaah which is very annoying gila. Nasib baik ko haram kalau tidak dah lama panggang buat sambal nasi lemak.

Meh2 aku perkenalkan burung2 ni kat korang. Siap sediakan doodle (?) yang super duper cute untuk tatapan ramai. With colour ok!

1) Red Birds

Kelebihan : Tiada actually. This is actually only a basic birds. So semuanya basic. So pandai2 lah guna nak aim those annoying pigs. 

Kekurangan : Memang useless gila kalau nak attack struktur besi!! Contoh macam korang baling selipar dekat Mak Cik Tijah yang jual karipap yang kecik gila tapi harga mak aih cekik darah apa! Ada dia mati? Tak kan. Dia kejo korang balik adalah.

2) Yellow Birds


Kelebihan : Mampu bergerak dengan laju. Kalau nak dibandingankan dengan kelajuan internet kat Malaysia dengan burung ni, burung ni bergerak lagi laju. Serius!

Kekurangan : Bentuk segitiga yang seakan2 simbol Illuminati????

3) Blue Birds
Kelebihan : Mampu mengklonkan diri kepada tiga burung yang lain. Which is awesome kalau nak attack pigs yang suka duduk dicelah2 bangunan.

Kekurangan : Dah bentuk pun kecik. Bagi lah tiga sekali pun. Tak runtuh bangunan especially yang buat dari besi. Oh yah lagi satu!! Eye bag dia sangat disturbing.


4) White Bird


Kelebihan : She/He can produce egg bomb!! Bomm!! Even Mak Cik Tijah takut dengan  benda ni.

Kekurangan : She/He is fat and got some serious amnesia problem. Look at her/his eye bag!! Melendut sampai ke bawah!


5) Green Bird


Kelebihan : Bergerak seperti boomerang. Maksudnya bila dah lastik ke depan dia boleh patah balik secara automatik. "Sesuai untuk pigs yang budget ego dan overconfident". <<< Ayat ni sangat2 lah sarcasm. 

Kekurangan : Susah nak predict movement. Cuba tengok korang baling real life boomerang? Boleh tak kawal??

6) Black Bird


Kelebihan : Burung ini adalah bom hidup which is super duper awesome untuk menghancurkan pigs bongkak2 itu.

Kekurangan : Nothing. Mak Cik Tijah akan berlari dengan karipap2 kecik dia sejurus melihat burung ini.

Dan tak lupa juga. Our enemy

The Annoying Freak Looking Green Thingy Kind Of Pig

Kelebihan : Pandai mencuri telur sama macam Mak Cik Tijah yang pandai buat karipap kecik tapi jual dengan harga yang mahal.

Kekurangan : Bunyi gila annoying!!!! Ce try buat (krogghhhh) banyak kali. 


Walaupun aku dah main benda ni lebih kurang 2 bulan lebih still tak habis2 lagi. Sebab level dia kemain banyak!! Lepas tu bila dah habis dia update lagi and lagi and lagi. Which is like infinity!

Adakah game ni secara tak langsung membuatkan diri aku jadi seorang yang super perfectionist??? Semua nak 3 bintang?

In conclusion this game is must try! I mean it! Btw don't worry kalau tak de iPhone, iPad yang ber i i lah. Ada je game ni untuk versi PC. Korang carilah. Sebab hari tu aku ada main kat PC kawan aku.

P/s : The doodle (?) is kinda selekeh sebab guna marker pen instead of pen basah. And this is my first time colouring my own doodle! ^__^

Tuesday, April 19, 2011

Nyatakan Hobi Anda : Membaca (For Real?)

You can called me nerd, ulat buku atau seumpama dengannya. The truth is I love reading! Sejak dari zaman childhood lagi suka beno menatap buku2 nih. Some people said that reading is the most boooorinng hobby ever! Kalau baca satu rangkap pun dah boleh terlelap bijik mata. Hey don't blame the book! Blame what type of book that your read. Aku bet mesti ramai gila kata Buku Sejarah is like the Mama Monster Of Yawning and Sleepiness. Ye ye ye. Aku pun setuju jugak sometimes. Mungkin sebab benda tu dah di mind set sebagai subjek menghafal. Terus jadi tak fun. Lagi2 kena hafal in great details bagai. Macam tahun ni siapa arwah, tahun depan siapa serang siapa, bulan ni perjanjian apa tercapai blah blah blah... Kroghhhhhh~~~

Ok ok back to other refreshing topic, masa time kecik2 dulu every month my father will always bring me to the bookstore.. ehem! ehem! I means I, myself, always forced my father to bring me to the bookstore to buy at least one book. LOL! Redho aje lah anak dah kaki buku. Kang buat kerja lain kang macam main tikam2 kat kedai sampai bankrap ke? Tak ke haru. Time tu buku yang popular macam Kawan yang saiz dia macam mastika tu. Tak tau masa tu kenapa aku suka gila buku tu. Sekarang tak tau ada lagi ke tak? Ke dah mati? Lepas tu buku Along versi karton. LOL! Bangga weh! Sebab dulu aku pernah ada Along Special Edition which is cover dia macm bling2 glow in the dark macam tuh sampaikan semua orang kagum gila. Wakakah. 

Hah! Dan lagi satu ada buku Ana Muslim which is again semua student time tu wajib subscribe (sekolah apa nih main paksa?). Ok lah kadang2 aku excited jugak tunggu sebab dapat sticker free selain dari ilustrasi gambar yang berwarna warni dimana bagi aku salah satu idea licik nak perangkap suruh budak2 beli! Lepas tu tak cukup dengan buku yang sedia ada berlambak kat rumah tu beli lagi kad perpustakaan. Bukan satu tapi tiga berbeza dengan kanak2 normal time tu yang ada mostly time tu ada satu ataupun yang langsung takde.  See!! How obsess I am that time? Cuma bila dah meningkat remaja ni LOL! Waktu nak baca tu makin lama makin kurang. Banyak komitmen lain nak buat. Nak buat assignment lagi, test, project, cough~ beronline cough~ mana ada masa nak bukak2 buku nih? Buku akademik pun tak habis baca.

Oh! How I missed the old days..

I got all 7 books of Harry Potter Series you know! Sama semua cover dengan GIF kat atas nih. This is the most exciting series ever!  Please don't talk about the movies guys. The books are 70, NO! 80 percent much more exciting!

Sebenarnya aku ada lagi beberapa siri yang aku ada besides 'Hairy' Potter. Tapi aku cerita lain kali lah. In great details. Lagipun nak tunjuk gambar. Gambar pulak tak de. Bukunya kat umah. Ko pulak dekat Uni. Mana nak cari? Nak suruh kucing bluetooth kan? Boleh, boleh kalau kucing ko Hello Kitty. 

P/s : Ramai yang kata novel2 hlovate best2 belaka? Is it true? I will try read it for sure! Kalau best aku bagi tau.

Saturday, April 2, 2011

[UPDATE} [KUIZ] Agak-Agak Korang Boleh Teka Tak Apa Benda Ni?

Petang tadi masa tengah nak tunggu order siap dekat cafe. Ternampak benda alah ni dekat kipas syiling. Gila sadis. LOL!

Klik GIF ni kalau tak bergerak.

Can you guys guess what it is??

Aku tak akan provide apa2 hints sebb benda ni senang sangat. Aku akan update kan jawapanya nya nanti. Happy guessing!!

{UPDATE #1}

Hurmm.. nampaknya macam nampak susah je. So aku bagi hint je lah.

1) Ya ya. Benda tu adalah belon. Tapi aku nak korang teka belon tu watak apa? Guys yo can do it! sekali tengok pun dah tau watak apa.

{UPDATE #2}

Ok ok masa untuk jawapan!! Sebenarnya benda alah yang dok pysho pusing2 dekat kipas tu adalah watak daripada kartun.........



UPIN DAN IPIN!!

Basically jawapan yang tepat ialah Ipin. Sebab dalam gambar tu tak de rambut yang terpacak sehelai tu (Baru tau sebenarnya). Dan hanya ada sorang sahaja yang berjaya menjawabnya dengan betul kali. That person is Miss ayumiyoshida!! Gila betul bagi jawapan dengan yakin tanpa menoleh ke belakang. LOL!

Ya ya aku tahu kuiz kali ni a little bit tricky kan. Tapi tak pe all of you is forgiven. Better luck next time. So see you next entry! Have a great weekend!! =)

P/s : Boboi Boy?????!!! What a weird cartoon name. Macam ko sebut Boi Boi Boi sebanyak berulang kali! Hahaha.