Friday, March 11, 2011

Tempat Letak Air. Kalau Bubuh Tumbler Je Kang Nampak Sangat Tak Kreatif Dalam Membina Tajuk Entri.

Sebenarnya dalam hati ni dah lama gila simpan niat nak beli Tumbler. Tapi seperti biasa lah simpan niat je lebih tapi nak buatnya payah gila. Tanguh punya tangguh sampai rasanya dah bertahun agaknya tak terbeli2. Untuk makluman rakyat jelata kalian, aku ni jenis bawak air ke kelas. Selalunya aku beli botol mineral yang seringgit tu je. Lepas dah habis air dalam dia boleh recycle balik guna untuk tuang balik air masak kat bilik. Tapi tau tau lah kan, bila ko dah jenis ganas versi extereme. Lepas 2 hari kemek segala bagai air botol tu ko kerjakan. Paling extreme sampai botol tu tak boleh berdiri tegak. Sungguh memalukan! 

Lepas tu kena pulak beli botol mineral yang baru. Padahal ko nak botol je bukan nak air dia. Bayangkan kalau setiap 2 hari asyik nak kena tukar. Kalau sebulan? Tak ke ko je just spent about 15 ringgit just for a  freaking stupid bottle?? Daripada membazir baik aku beli terus Tumbler senang cerita. Kalau masa berebut bas pun sah2 lah tak kemek.

Btw sebenarnya ada sebab lain aku tak nak guna botol mineral ni. Sebab sebenarnya botol plastik ni berbahaya kepada kesihatan! Terkejut tak dengar? Aku pun terkejut dengar mula2. Apa lah kan salah botol mineral ni. Aku tengok suci aje. Bukan boleh buat apa2 selain bagi tercekik penyu dekat lautan. Tetapi sebenarnya dia adalah pembunuh dalam senyap! LOL! Lagi2 kalau korang nak guna botol tu untuk buat isi air secara ulang kali. Cuba baca ni. Tu pun kalau rajin lah. and I bet most of you wouldn't read this! Terus skip. Huh!

However, when you re-use plastic bottles, you run the risk of encouraging bacteria to grow in your water bottle. Many bacteria love moist environments, and your well-used plastic water bottle can host a complex biofilm of organisms, some of which could make you sick. This is one reason metal and glass are preferable, because they can be easily sterilized, reducing the risk of ingesting bacteria - wisegeek.com 
Nampak je suci tapi sebenarnya!! Ish ish ish..
Terkejut tak? terkejut tak? = =". Maknanya tak boleh lah guna ulang2 kali macam yang aku selalu buat tu. Kalau minum sekali boleh kut. Tapi jangan ulang2 banyak kali. Macam kita selalu buat ais sejuk dalam peti ais. (Rasa ilmiah betul lepas letak bukti pernyataan diatas)

Tapi 2-3 bulan lepas sebenarnya aku ada jugak buat lawatan sambil belajar Tumbler dekat Starbucks. Diorang ada jual kat situ. Padahal banyak jual kat Jusco mengada nak pergi Starbucks. Dasar kemalayuan betul! Lepas tu siap ada bubuh papan tanda beso2 lagi kata siapa2 ada Tumbler sendiri (Tumbler Starbucks sahaja. Jangan nak assumed boleh bawak tupperware air yang panjang yang penutup dia kaler warna warni tuh) dia akan potong 2 hinggit air yang kita beli tu. Licik betul!

Korang tau tak betapa tampan dan bergaya gila Tumbler dari Starbucks! Gila aku nak rembat satu! T__T

Rasa macam anak murid Leornado Da Vicnchi laka ada tumbler macam ni.

Wah!~~~ Mermaid sexy. LOL!


 Ni Recycle Edition sebab tu di hijau satu badan. Memang macam semua orang pandang ko macam aktivis sukarelawan alam semulajadi lah lepas ko bawak benda ni.

Ni pompuan suka kut. Tapi dia debab sikit.

Ni sama macam kat gambar kat atas tapi cover je lain. Cantik lor~

My goodness! Boleh letak cover ada nama sendiri! Ni kalau beli semua ni boleh bawak setiap hari dengan botol yang berlainan. Pasti pengalaman ke kelas akan berbeza setiap hari.

Tapi tau tak? tau tak? tau tak? Bila tengok harga diri. Siyes automatic jantung di dalam badan akan  mengepam darah dengan lebih cepat! Sebab mostly harga dia average RM50-70 sebotol bukan sedozen. GILAAAA!!

Letak balik botol tersebut ditempat asalnya semula!!! T__T

Sedih betul kalau berkenan je mahal, kalau suka je mahal. Kalau tak suka pun mahal jugak. Apa kes? So seperti biasa lah kalau ko anak Dato' ke, CEO ke, taukeh hotel ke boleh lah beli dengan sewenang-wenangnya. Lepas tu boleh main campak2 dengan bibik kat dapur. Kalau pecah boleh beli baru.

Ok fine! Jom kita berpijak alam yang nyata. marilah kita ke Jusco. *hati berkecamuk*. Tapi mostly aku tak akan beli yang jenis macam ni

Macam botol susu untuk baby tua. Memang ramai  yang beli macam ni. Tapi aku tak suka. Lagi satu sebab dia beso sangat sungguh lah tidak sesuai untuk aktiviti berlari2 berebut bas. LOL!
  
Tapi yang macam ni ok sikit

 Design pun nampak moden. Kalau hempuk orang pun sakit. Perfect! Tapi satu je kelemahan dia. Cepat calar. Tapi tak pelah aku rasa aku amik yang ni je berbanding Tumbler Starbucks yang gila cekik darah sengaja tak nak bagi aku beli tuh.  
P/s: Bestnya kalau dapat Tumbler Starbucks sebagai hadiah birthday! Tak paham2 ke aku bagi hint ni suruh beli kan untuk aku satu!

17 comments:

  1. sebotol RM50-70??
    okeyyy tak mampu.. ><

    ReplyDelete
  2. aku dah tau tabiat tu bahaya tapi masih jugak buat. -_- dasar pemalas nak beli tumbler

    ohh cantik gila design dia. isk tengok harga fikir dua-tiga ratus kali baru beli.

    weyh pekata ko suruh follower ko kumpul singgit sorang. lepas je nak membeli tumbler starbucks tu. ;p

    ReplyDelete
  3. Lawa-lawanya tumbler Starbucks tu !!!
    Waa ! * nanges tengok harga T___T *

    ReplyDelete
  4. haha, giler mahal kut, harga tumbler sama dengan kos hidup aku utk makan seminggu. TT_____TT

    baik beli yang 1 litter kurus panjang design comel2 siap promote alam sekitar semula terasa seperti sangat bertanggungjawab pada alam kat popular baru 18 hengget.

    ReplyDelete
  5. oh my!
    cool sangat!
    tapi mahalnya..
    heee

    ReplyDelete
  6. bab re-use plastic bottle tu mmg buat mata aku terbeliak sbb botol dlm bilik aku ni adalah botol air 7-up 3 tahun lalu yg dire-use slalu..

    ReplyDelete
  7. haha.sbut tumbler teringat kat tumblr yg org ltak gmbar byk2 tu :P

    nesa pye blikat tesco.yg mcm baby tua pye botol susu~ T_T

    ReplyDelete
  8. @♥aqmalazmi♥
    bukan aje ko malah aku pun tak mampu..

    @Fay
    ko tau tak aku pun pikir idea yang sama macam ko!! hahaha. bukan kata seringgit lima puluh sen pun boleh beli jugak!

    @Budak Chomot
    Lawa kan. tapi harga pun lawa jugak. = ="

    @ayumiyoshida
    ada eh kat popular. tapi kat sini x de popular. T___T. kt KL banyak kan?

    @ little cart00n
    Cool and expensive is a best a friend best actually.

    @cEro
    Omg! 3 tahun!! CEro buang terus! aagaknya dh jadi zoo bacteria dlm botol tuh!

    @Nesa Wazir
    buang botol yg nesa beli tu sekarang beli yang baru! =P

    ReplyDelete
  9. hahaha, aku bukan duduk kl la. aku duduk penang. selok belok kl memang aku buta kayu.

    ko kat jb kan? jusco tebrau tu ada mph sebijik. mph dengan popular macam sekali kan? entahlah. haha. oh ya aku orang jb. keke

    ReplyDelete
  10. Woww! Aku suke tumbler yang kaler hijoo tu hehee.. menawan!

    Mesra alam gitu.. save the global warming~!

    ReplyDelete
  11. aku beli tumbler mph dalam jusco.
    jusco ah gak an.

    xgemuk. slim je.

    asal jgn gune botol air biasa tuh sudah. :)

    ReplyDelete
  12. mahal kan tumbler nih
    nak2 yg besi tuh
    ;D tapi kalau pk balik boleh guna smpai 50 kali
    xperlu susah2 beli 50 air mineral botol dah xD

    ReplyDelete
  13. Hai, Salam.
    Saya tengah buat survey pasal blogging untuk thesis saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

    https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

    Salam,
    Lily

    ReplyDelete
  14. pegi kedai 2 ringgit jer...beli satu...ekeke

    ReplyDelete
  15. @ayumiyoshida
    mph tu luarnegara punya. popular u malaysia punya. ya ke LOL.. Owh orang Jb rupanya.. haha

    @ -Incek Fik-
    dh habis stok dh. konon2 baru nk beli tuh. hahaha

    @ n i k l i s a
    ni mesti mph tu besa. Kat sini mph dia kecik so tak jual benda2 alah ni..

    @ Raji berkata
    yang besi tu ak check kat jusco langung tak jual. mahal sangat ke ntah..

    @ Kancilbiru
    tu versi kanak2 punya lagipun mesti menggunakan bhn bertoksik. Wakakakh

    ReplyDelete
  16. hahaha..kalakor bebenor..awat Tumbler Starbucks mahal sangat?? mungkin sbb function dia kan? di samping design dia pown chantek.. dekat Sabah rase nyew takder botol air jenama ni...:(

    ReplyDelete
  17. kt tesco baru kita ada popular!!!Aku baru je beli 1 tumbler rm15.90..Cunla gk design die hehe (ni beli sbb nk guna ke sbb lawa??? - -")

    ReplyDelete