Saturday, February 26, 2011

Sesi Melawat Chocolate Fair! Ok, Ok Book & Chocolate Fair (Edisi Coklat Sahaja Buku Tak Dak)

Minggu ni memang busy betul. Dengan test berderet2. ASSignments tak bersiap2. Langsung tak boleh nak taip apa2 entry. Kalau next week usah lah cerita. Derita dia 2 kali ganda this week!! Gila annoying. Memang rasa nak pura2 demam konon2 dapat lah skip test ke hapa. *hasutan syaiton*. Tapi anyway aku sempat pergi ke "Book & CHOCOLATE fair" Jumaat lepas. Tu pun pergi last day. ~Sigh~ Nasib baik sempat pergi kalau tidak memang aku goreng2 buku2 teks dengan tepung adabi lepas tu makan. Kecewa punya pasal.

And somehow I managed to capture dozen of pictures! Hooray! And take a note ya. Aku akan terus cerita pasal coklat tak mau cerita pasal buku eventhough nama pesta ada kait tulis buku. Gambar gerai buku pun tak selera nak ambik weh dah hari2 mengadap benda tuh. So lets skip the book part. Anggap je nama tu just hiasan je untuk bagi lepas tandatangan Dekan buat benda ni. Nanti kalau letak Chocalate Fair saja kang nampak sangat tak seimbang agak menuju ke arah "Menjadi Mahasiswa Berobesiti" instead of "Walaupun Saya Mahasiswa Obes Namun Saya Berilmu". Now I got it. Licik betul. LOL!

So lets start with..

Coklat berwarna-warni versi gila girlish aku tengok. And don't ask me me why some of the chocolate is missing!
Hurmm. Macam mana agaknya rasa dia ek? Ke "indah khabar dari rupa" Nak beli tak mampu. Nak rasa tak de tester. 
Sebab dah lawa sangat tak sayang ke nak makan. For me I will!  *muka rakus* Ni macam mahal sikit. Kalau korang pewaris hotel ke anak CEO ke boleh lah beli kut. Dalam 40 hinggit. Maybe kalau taraf2 student atau rakyat kebanyakkan boleh beli coklat dekat gambar lepas nih.
See! 10 hinggit je. Memang boleh beli. Tapi design.... T___T. Melainkan jikalau anda adalah seorang kanak2 berusia bawah 7 tahun sah2 memang happy gila dapat. 
Selain coklat, ada jugak benda lain jual macam..

Muffins! 

Cupcakes!

Candies and Toys!! Ok gambar ni nampak sangat tangan dah start menggeletar tengok coklat kiri dan kanan.

So lepas dah stalking melawat semua gerai we've all decided (kongsi 5-6 orang) beli satu set coklat yang 4 cucuk 10 hinggit. Amik je mana2 ingredients yang korang nak lepas tu dia akan salut benda tu dengan coklat. Perghhhh! Tak ke merembes air liur mendengarnya! 

Ok aku, I means kami pilih 2 cucuk marshmallow
Dan 2 cucuk buah-buahan. P/s: Kecik gila! Hummph!

Ada jugak yang macam burger2 mini ni. Tapi kitaorang tak amik.
Lepas dah pilih semua benda bagai. Kakak tu amik benda tu dan akan salut coklat kelilingi dengan guna benda nih!

Air terjun coklat apa kebenda ntah nama dia. Aku pun tak tau. Menggoda bukan? Buktinya ko tengok je lah mata budak2 pompuan tuh. Hahaha. I know you want one bucket right! 
Dan tada.. Jadilah Sate Coklat!!

Drooling!!
Dan bila dah rasa. Astaga! Rasa macam baru je jumpa salah satu syurga dunia. Especially Marshmallow dengan Coklat. Memang serasi betul rasa dia. Rasa nak beli 30 batang lagi! T____T Siyes is sooo damn delicious!! So agak2 lah kan siapa readers aku yang taukeh coklat (ada ke?). Tolong lah beri kan saya kupon diskaun!! Or paling koman sponsor coklat fondue selama sebulan? 

P/s : Hah! Coklat air terjun tu nama dia Chocolate Fondue! Baru teringat. LOL!

12 comments:

  1. Perghh!!! Air terjun coklat tu nampak menggiurkan! Dah macam movie The Chocolate Factory! Hahaa..

    Kalo dapat kat aku.. memang buat stok hirup kat situ jugak.. lantak la orang nak kata ape..

    ReplyDelete
  2. omygod. sedapnya. kalau aku x keluar dari situ dah. kalau aku la, memang aku conquer sorang2 chocolate fondue tu. ;p

    ReplyDelete
  3. pergh =.="
    sedap tuh weh aku nk try gak celup dalam chocholate foutain tu >.<

    ReplyDelete
  4. uhhhhh,,, sedapnya... marshmallow memang sgt bet bila campur coklat mmg double heaven. haha.

    coklat yang cartoon2 tu kenapa naluri aku mengatakan nampak macam tak sedap je. macam coklat budak-budak yang singgit dapat lima bila makan rasa minyak. betul ke? hahah

    ReplyDelete
  5. @ F.I.C.K.R.Y
    ak boleh bygkn muka ko sememeh gila dgn coklat lepas tu kena lempang dgn akak tu sbb rosakkan air terjun dia. LOL!

    @ Fay
    be careful what ur wish for. kang dpt betul2 mau muntah ko nak habiskan. tapi aku pun rasa mcm nak buat satu dekat ruang tamu rumah aku. senang nk cicah bila2 masa. = ="

    @Raji berkata
    manusia mmg suka mencelup kan. hahaha. pantang nmpk kolam ke hapa. =)

    @ayumiyoshida
    aku pun rasa mcm tu. maybe mahal sbb print laser dia tu kut. lol..

    ReplyDelete
  6. yg paling buat aku cair ialah marshmellow...
    tgk pon dh rasa macam mende alah lembik tu tgh cair dlm mulut..
    ummmm...

    ReplyDelete
  7. errr sate coklat cane nak makan do. geli gile

    ReplyDelete
  8. @ cEro
    betul!!! aku ak buat sendir nanti. LOL

    @sELipAr_biRu
    Ehem ehem! nmpk sgt ke Utm tuh. LOL

    @ ARC™
    ko jgn ckp geli. belum cub abelum tau. nanti malam sampi termimpi2.

    @ zida
    minggu lepas.so bye2 LOL. bila nk buat lagi ek. *tiba2*

    ReplyDelete
  9. tgk je air terjun coklat tu mmg dah tau dah...
    ~ terliur jgk tgk coklat tuh

    ReplyDelete
  10. pernah try air terjun coklat tu =.=" agak manis :) cukup makan satu dua ^_^

    ReplyDelete