Lepas sembahyang Jumaat je terus buat muka tak percaya sebab baru dapat tahu yang semua student wajib kena scan kad matrik masing2. Konon lah nak menghapdate data ke apa. Dan aku baru tahu. Yes! Walhal sejak hari Isnin hari tu dah start benda alah ni. Gila betul! Lain kali kena peka sikit dengan keadaan sekeliling selalu tengok notis board ke apa. Haissh. Sekarang last2 minute baru nak terhegeh pergi. Dasar kemelayuan!
Dan seperti yang aku agak aku tak lepas scan kad tu. Sebab apa? Sebab kad matrik aku dah patah dua. Hanya saletip ajelah yang menyambung riwayat kad matrik aku tuh sampai sekarang. Ingatkan boleh lah tahan sampai final year tak payah ganti. Last2 kena juga. Lesap 20 hinggit!
Yang tak boleh blahnya masa nak scan, makcik tu siap perli lagi. "Dik, ni confirm tak boleh scan ni. Dah lunyai sampai jadi macam ni". Lepas tu siap pegang kad matrik tu tinggi2 dan layar2kan kat udara sebab nak bagi tunjuk dekat kawan sebelah. MAK CIK WHAT ARE DOING?? Nak bagi satu dewan tahu?? Nada suara pulak bukan main gila kuat. Macam nak bagi announcement. Siyes! Memang dengar bunyi ketawa kecil orang ramai kat belakang. Nasib baik kecil. Kalau beso? Sabar aje lah.
Nasib baik lah aku ni dah dah lali dengan aksi2 dimalukan dihadapan khalayak ramai. So buat lah gelak2 sikit balik. Konon2, "I'm fine with that makcik! You're funny!". - -" Tapi sebenarnya aku rasa mak cik kaunter tu ok je. Cuma time aku tu je kut dia tercakap bukan main kuat lagi. *positive thinking* Tapi part nak bagi tau kat kawan tu yang best tu. Memang dasar kaki gosip LOL! Kalau aku kat tempat dia pun aku suruh kawan aku tengok jugak. Lawak lah kot tengok pe'el student jaga kad matrik masing2. Ada yang patah dua lah Ehem! Ehem! bengkok lah, berdaki lah. Kalau lagi rare kes tu macam kad patah 5 ke, cip kad matrik hilang ke memang boleh dibuat modal untuk bergelak ketawa semasa diwaktu rehat! (Lagi dasyat rupa2nya aku daripada mak cik tuh)
Last2 kena pergi buat pembayaran dekat kaunter Bendahari (tu pun kena berebut dengan foreigner nak dapat nombor giliran), dapat resit then then baru boleh buat kad baru. Yes!! Sekarang tiada lagi gambar wajah yang naif semasa di minggu orientasi. Dah digantikkan dengan wajah yang terpancar dengan sinar keyakinan yang tinggi berserta senyuman yang ikhlas! Wakaka. Padahal first shoot mata tertutup! = ="
Studio menangkap gambar. Tabir merah for student. Biru for staff. Nak je aku cakap aku staff. |
Tunggu around 3 minit terus dapat kad baru! Gila teknologi zaman sekarang, Pantas dan efisien! Lepas dah dapat kad ni rasa macam nak gantung aje sepanjang masa. Macam first2 year dulu. =) *dan dan*
kalau ko jaga kaunter pun, aku rasa pe'el ko mmg serupa makcik tu dah.
ReplyDeletegila dahsyat sampai patah dua. fuiiyyyoooo
hahahah
ReplyDeleteaku kad ic baru xbuat lagi
segan plak nk pergi buat baru
IC lama pun dh hampir2 terkoyak =.=
err pakai lah setiap masa
baru nmpk cm student u kan?
hak2
@ Fay
ReplyDeleteak mmg ganas kadang2.. hahaha. actually patah 3 sebnarnya. baru aku perasan.
@ Raji berkata
x buat lagi??? Baik ko buat nanti susah weh. bukan apa nanti klu nk apply berkaitan kerajaan susah kang.
makcik kaunter memang laser...haha
ReplyDeletehahahahaha..funny la..memang cool la makcik tu..terbaik dari opis..
ReplyDeletehahaha, percaya atau tak, makcik tmpat aku pon camtu...
ReplyDeleteagaknye ni mmg sindrom makcik2 sedunia kot..hahahah
ohh syangilah kad matrik anda. hehee
ReplyDelete@ gabanMorka
ReplyDeleteMacam ada kenangan pahit je nih.. cuba cerita.
@tulip
Berani ko memuji makcik tuh! hahaha
@ cEro
Agaknya lah kot. mostly semua mesti nak bebel aje
@ z a n a
mestilah sayang dah baru kan. wakakaka
Perghhh!! hahah!! bez jugak mak cik tu. =p
ReplyDelete