Mostly hari ni bila tengok dekat semua blog semua dok cerita pasal azam baru masing2. Memang wajib yek cerita pasal azam kalau masuk je tahun baru? Sebab aku sebelum ada blog bagai ni tak pernah pun sekali ada terasa dalam hati nak ada azam sendiri. Senang kata sama lah azam ni dengan persoalan dengan kenapa kita perlu ada nombor kegemaraan? Sampai sekarang aku pelik kenapa perlu ada nombor kegemaran? If kalau kita dapat nombor kegemaran tu kita semakin bertuah ke? Hurmm, entah lah maybe lain orang lain pe'elnya. Bagi aku it's nothing so I don't have any favourite number. Lain lah kalau feveret foods ke beverage. Tu mestilah wajib!! Bak kata orang salah satu perkara yang senang untuk memikat hati orang adalah melalui perutnya!! *tiba2* So buy me A LOT of Vanilla Cream and I will love you more. Ok what a pathetic excuses. - -"
Seingat aku lah kan perkataan azam ni selalu guna time sekolah rendah. Yes! time semua budak2 masih kepala hotak tak boleh pakai. Time tu punya lah popular perbuatan mengejek nama bapak orang. And you know what. Kebetulan pulak salah seorang kawan sekelas aku bapak dia nama Azam. Hah! Amik ko! Tiap2 tahun baru mesti lah wajib ada budak2 sebut azam masing2 kuat. "AZAM (Suara sengaja ditekankan pada perkataan ni) saya tahun ini ialah rajin membaca buku!". Kalau ada 10 budak. Sepuluh2 lah dok cerita azam masing2. Padahal tak de siapa pun nak amik tahu. Children! - -"
Tu je lah kot time yang paling banyak azam digunakan. Lepas tu pufff!! Hilang. Nak apply pada diri sendiri tak pernah terpikir pulak. Sebab lagi satu aku tak pernah buat sebarang ni sebab aku tengok daripada orang yang buat azam tu sendiri. Seminggu sebelum new year, fuyoooooo berapi2 cerita azam dia tahun depan. Ok senang cerita aku bagi contoh. Azam yang paling popular lah setiap tahun mesti wajib ado! "Saya ingin turunkan berat 10 paun tahun ini". Ok yang 10 paun tu aku reka. Lepas tu bila lagi 2-3 hari mula lah bagi tau semua plan apa nak buat bagi mencapai azam tersebut. Konon2 nak skip dinner, nak berjogging setiap petang, skipping seratus kali blah blah blah. Mati aku kalau kawan aku baca nih.
2-3 hari masa tahun baru boleh lah nampak kesungguhannya dalam merealisasikan azam tuh. Tapi ehem! ehem! bila dah seminggu lepas tu. WOW! Berbaringan secara berleluasa diatas katil sambil menikmati jajan pelbagai perisa!! Wahahaha. Sebab tu lah aku malas nak apply azam bagai2 ni. Sebab aku tau aku pun akan end up macam tu jugak. Eventhough bukan azam yang sama.
And you know what? This year, I want a make a difference. Aku nak try nak buat azam. Ya! Azam aku tahun ini ialah ingin mempunyai azam sendiri pada tahun baru ini. Tada!! Azam pertama dah tertunai! LOL! Bukan lah. Sebenarnya adalah beberapa azam yang terpikir nak buat. Tapi pssssstt! It's a secret. Mana boleh bagi tau. Kang ada yang tak tertunai mula lah ada pulak yang dok ungkit akhir2 tahun kang. Aku jugak yang malu. Last2 tutup blog. Tapi apa yang aku tahu azam ni tak semestinya kena start awal2 tahun je. Lain2 masa pun boleh. Bulan 2 ke bulan 3 ke? Peduli apa dah azam sendiri. Nak start bila2 pun boleh. Tapi kena lah pastikan benda tu akhirnya tercapai. Dan yang penting sekali jangan lah dok terikut2 azam orang. Orang lain sibuk diet ko pun nak diet. Padahal badan dah size macam Posh Beckham. Apa kes???
Wahahahahaha. Terasa macam Professor jemputan pulak dalam segmen motivasi pagi setiap 6.30 pagi di TV3. Tu lah kalau bebel memang tak boleh stop. Kalau tang MUET waktu oral test. Kau jeling examiner, examiner jeling ko. Padahal tajuk bukan main senang. - -"
P/s : Menu untuk perjalanan didalam bas aku sudah ditukar kepada hidangan yang lebih sihat. No more Coke!! Dah ditukar kepada Twister perisa Epal! Perghhh! What a good start? How about you? (Cewah!! Macam iklan!)
aku takde azam tahun ni. hehehehe. sama macam tahun-tahun lepas takde azam jugak. tapi aku sokong kalau nak berazam tu tak semestinya awal-awal tahun je bila-bila pun bolehh. ihikkk. :D
ReplyDeleteazam kau tahun nie harus kurangkan makan doe, LOL =p
ReplyDeleteGambar kucing tu....hahaaaa...=p kucing pun ada azam baru... xD
ReplyDeletemcam aku, instead of 'azam', aku buat list ala-ala to-do-list...
ReplyDeleten every year aku tulis 100 perkara yg aku harap aku dpat capai...
dan sebenarnya, 100 to-do-list nih bermula pd besday aku, merangkap seminggu sebelum new year, jd boleh kata azam gak laa...
hehehe
@ Fay
ReplyDeleteKlu mcm tu mari kita mulakan azam pada bulan 2!! Hahaha
@ Encik Tikus
aku pun rasa mcm itu.. =P
@ Yui_Wani
Yes. fat cat actually..
@ cEro
apa yg ko ckp sama macm program buried life dekat 8tv. dia pun ada senarai 100 benda yg diorg nak buat sebelum mati. Best cerita tu. :)
Welcome..Happy..New..Year
ReplyDelete╔══╦══╗╔╦╗
╚═╗║╔╗║║║║
╔═╝║║║║║║║
║╔═╣║║║║║║
║╚═╣╚╝║║║║
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Maju Jaya... Di harapkan Tahun ini adalah terbaik dari sebelumnya...
Bulatkan tekad mencapai impian ... Bukan sekadar manis dimulut.. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam
happy new year.
ReplyDeleteaku dah follow twitter ko huhu =)
@Afzainizam
ReplyDeletehappy new year!
@mimizuzuhaha
ya ke?? Rajin2 lah tegur ek! :D
hahahahaha klakar2
ReplyDeletemmg slalu time ak kcik2 ejek nama bapak agak fame ;P
nama ayah aku slalu la kena ejek =.=
sebab senang je dorg pergi beli burger pstu nk juga makan dpn2 aku
lol
hak2 tahniah azam 1st dh tunai tu ;P
@Raji berkata
ReplyDeleteRamly ke?? :X hahahaha