Friday, December 3, 2010

Permulaan Yang Baik Di KL?

Semua dah sedia maklum kan? Sampai aku siap buat entry special lagi nak war2 kan aku dah habis exam.  So apa lagi, kemas2 lah barang untuk berhambus ke kampung masing2. Ko nak kena extra charge! So cuti untuk musim sejuk kali ni, durasi dia adalah dalam sebulan (tu pun curi2 tengok pekeliling dekat blok sebelah). Wow! Boleh sambut Krismas di kampung!! - -". Tapi sebelum balik ke kampung terchinta yang durasi dia 9++ jam sehingga menyebabkan bontot mengalami selulit kekal. Aku decide untuk menghadkan tempoh tersebut kepada 4 jam sahaja!! Ya 4 jam!

Mustahil korang kata?? Boleh lah! Kalau kita berfikiran out of the box boleh buat ni! Kalau siapa2 yang teka aku naik airplane untuk balik ke kampung. *Clap* *Clap*. Jawapan anda adalah salah sama sekali! Uit! tak mampu lah aku nak naik benda2 berkepak besi tu. Nak tempah tiket online pun tak reti. Apatah lagi membeli nya di airport. So guna  lah perkhidmatan Bas Eksprees sahaja.

Jadi jawapan untuk persoalan kita diatas adalah simple aje weh! Ko singgah aje lah kat KL. Kan dah 4 jam je!~~~ Another stupid question from me. Sebenarnya aku singgah KL sekejap sebab nak visiting my sista there! Yeah! Boleh tengok Astro cerita Music Bank dekat channel KBS!! - -"

For your information. Aku ni memang tak gemar betul lah naik bas2  ekspress ni.  Lagi2 yang perjalanan yang 9-10 jam. Kalau boleh memang nak naik kapal terbang. Tapi diatas faktor kewangan dan tidak memiliki  sebarang status salah seorang sosialis elit terkenal di Malaysia aku pendam aje lah hasrat tu dalam2. Tapi! Tapi! There is one thing that I like about journey with the bus express! Tak semua benda tu ada keburukan je betul tak? 

Treng teng teng!!!

Gerai-gerai makanan di Hentian Rehat & Rawat (RnR)
Uit! ko ni pasal makan aje! LOL! Mostly aku tengok penumpang2 lain beli buah dengan asam ataupun keropok udang yang 2 ringgit je. Ye lah. Nak buat sebagai lapik perut. Lagipun ada lagi SEJAM macam tu je nak sampai KL. So buat apa nak habiskan duit dekat sini? Lagipun dekat KL tu berlambak2 lagi gerai yang ada! Betul tak? TAPI.... adalah lah seorang hamba Allah ni. Alahai! Beli makanan macam esok nak puasa sunat!

Anak sape lah ni! - -"

Diantara makanan yang hamba Allah ni sempat rembat ialah..


Hotdog Dalam Roti

Kerepek Ubi Pedas 

Susu Soya Segar yang bermaskot kelakar
Based apa yang aku nampak, hamba Allah tu sempat lah habiskan semua makanan tu. Alhamdullilah tiada pembaziran disitu ya. Syabas!

Tepat2 je hamba Allah tu habis makan akhirnya sampai jugak dekat Stadium Bukit Jalil. Bila lah Puduraya nak siap ni? Dah lama kan renovation dia?. Tak siap2 lagi? Tapi kat sini memang crowded + haru biru lah. Kalau nak beli tiket pun entah bangunan mana nak pergi? Jadi kalau nak pergi rumah sis aku tu, aku kena naik LRT. And this is the interesting part! Dari jauh masa nak pergi beli tiket LRT aku nampak ada 2-3 orang pakai wig warna biru!

Katy Perry ke!!?? *Pitam*

Bila dah nak dekat, rupa2nya bukan. Mereka semua adalah sekelompok promoter yang tengah mengagihkan sample percuma Shampoo Head & Shoulder dekat orang ramai. Hampa! Baru nak minta sign.

Eh?? What!! Do you just says "SAMPLE PERCUMAAA'??  Ehem ehem! Terus buat muka curios gila campur innocent sikit2 lepas tu lalu lah dekat promoter tu konon2 dapat lah satu free. Sape tak nak kan? LOL!

And you know what? Promoter tu mengeluarkan kata2 keramat yang ingin betul aku dengar. "Sample promotion for you Sir!". YES!!! Plan berjaya.

Miahaha! *gelak puas*
Lepas tu, lepas tu! Dekat depan ada lagi a bunch of promoter yang sama bagi sample shampoo jugak. "Sorok shampoo dekat dalam beg cepat!!!" Again muka curios + innocent telah diapplykan.

Tada! And you get youself! 

2 sample percuma .Miahahaha! *gelak double puas*
Siyes! Memang aku nak je patah balik nk ambil sample ketiga. LOL! Lepas tu baru teringat yang tamak itu adalah amalan syaiton. Terus batalkan niat. Sebenarnya dalam dia tak de pape pun. Just

What do you expect? Bukak2 keluar Feraro Rocher? LOL!  Just 3 paket shampoo and a couple of voucher. WOW!
So in total 6 hari lah aku dapat supply shampoo percuma. Wakakaka. Harap2 hari2 yang seterusnya di KL  akan lebih bertuah ya. Perhaps free Kenny Rogers or a large Starbucks' Vanilla Cream?

16 comments:

  1. Hahaha "The misadventure of WZulhilmi" LOL
    weh xreti beli tiket kapal terbang cmne nk msk amazing race???
    ps:sedapnye kerepek ubi tuh...*drool*

    ReplyDelete
  2. okayyy ni dia wan maimunah nk dtg mengomen. HAHAHA hoiii kt kawasan situ laaa aku menci nk lalu..sbb rmai benor salesman menepek kt situ..kikiki...nasib ko baik sbb dpt bnd free..

    boleh tak katy perry tuka jd wan maimunah?

    ReplyDelete
  3. wah interesting journey. aku haritu pergi dekat LRT tu menang kereta Proton Persona sebijik weyh. haha dahsyat. :D

    oh happy holiday! aku sebelum krismas dah balik dah. :(

    ReplyDelete
  4. hahahahaha
    hampeh jer snggup 2 kali buat muka innocent =.="
    bnda free sapa xnak kan
    huahua

    oh aku suka naik bas express
    nak2 kalau naik sorg
    kita mcm gamble
    siapa duduk sebelah kita =.="
    kdg2 best kdg2 xlah
    huahua

    ReplyDelete
  5. Omaigod..LALALAL!.HAHA! Lepas ni boleh tgok Miss A kat tv tu...Head & Shoulders tu lagi ade tak? HAHA...

    ReplyDelete
  6. @star
    LOL!.. Klu masuk amzing race mmg aku buat muka tak malu lah tanya akak kaunter tu..

    @wanie
    Hahaha.. tu lah jadi lagi wan maimunah. semua salesman dtg serang. Tuah ayam nmpk di kaki tuah manusia nmpk di taik lalatnya..

    @Fay
    WOW! Biar betul! Oprah turun padang bagi ke? LOL! wah! ko start awal habis pun awal lah. Jealous!

    @ Fakhrur Razi
    Aku mmg suka buat muka innocent lagi2 klu berkaitan sample percuma.. Haha.. aku selalu dpt org sebelah yang loser T__T

    @Umie Nadhirah
    Miss A dh buat goodbye stage dh 2 minggu yg lepas cik umie oi!! LOL!

    ReplyDelete
  7. woit! KL ko dimanakah??

    jom arr minum2..

    ReplyDelete
  8. Aku pon tak suka naek bus ekspres tapi disebabkan kekadang pokai xleh tempah tiket flight, tak leh la nak demand sangatkan.tepaksa gak la naek, yang penting sampai umah ngan selamat :]

    ReplyDelete
  9. @ayumiyoshida
    Mak sin chan?? LOL.. apa persamannnya? ka jrg tgk sinchan.. hurmm ak anggap sbg satu pujian je lah.. Miahaha

    @cEro
    nk jumpa ke? Malunya~~ LMAO! Boleh pakai topeng tak masa jumpa?

    @Cikbelog
    Ak mmg tak suka. klu boleh mmg nk terus je ada kt tempat yg dituju. x nk naik bas. LOL!. tapi redho aje lah.

    ReplyDelete
  10. ceh ada2 jer
    ;P
    ak suka kalau dpt duduk sebelah gadis =.="
    phtu konon2 rajin la baca bku komik
    eh rajin ke cmtuh?

    ReplyDelete
  11. @ Fakhrur Razi
    bertuah lah klu gadis.. klu mak org dn baby? atau foreigner? LOL!

    ReplyDelete
  12. sukati ko je 'perhaps free kenny rogers or a large starbucks vanilla cream bagai..
    besok la aku belanje. kua la dlu dari uma akak kau..
    haha

    ReplyDelete
  13. @Ilham Thursday
    ok ak dh keluar dr rumah akak ak dh. skrg cepat belanja!! LOL!

    ReplyDelete
  14. Hahahahaa... lawak entry hang ni. Kalau aku la, suke rembat sos cili Kentaki banyak-banyak... Tapi member aku lagi hebat, bab² dapat barang percuma tyme promosi sampai 4~5 kali datang ambik dengan muka yang high-level confidence hahahaaa...

    ReplyDelete
  15. @F.I.C.K.R.Y
    uit! tak malu betul kawan ko. LOL! ntah2 ko pun tumpang sekaki.. ke ke ke

    ReplyDelete