Semalam.. bila balik dari cafe (20 minit perjalanan! Dah rasa macam hiking Bukit Busu). Ternampak lah seorang mamat chinese ni tengah naik basikal. Athlete Uni kot? Waktu maghrib pun still berlatih lagi. Muka pun gigih gila mengayuh. Memang sah2 lah kan wakil Uni. Ke budak tu sakit perut nak pergi toilet cepat2 sebab nak u'u'??? Aku ni nak cerita pasal apa sebenarnya ni???
Owh pasal basikal!! Ok2.. Bila ternampak budak tu kayuh basikal teringat lah kisah lama2 dulu. Boleh pulak? Hahaha. Kembali pada tahun 1952...... Ok2. Lebih kurang sedekad yang lalu time waktu sekolah2 rendah. Aku pergi sekolah naik basikal. Basikal yang aku dapat tu pun hasil ehsan sumbangan wakil rakyat mana ntah. Konon2 siapa2 dalam kampung tu yang anak yatim. Mesti dapat sebijik punya lah. Prihatin lah konon nya. Padahal ko pergi jugak majlis tu amik basikal tu. Ke ke ke~~ . Kalu tak de orang bagi basikal tu memang aku jalan kaki je pegi sekolah. Sebab tak jauh pun sekolahnya. Dalam 10 minit pun dah sampai.
Memandangkan pemberian basikal tu diberi secara pukal. So semua orang dapat model basikal jenis yang sama. Basikal yang ada raga kat depan. Warna merah pulak tu. - -" Tapi time tu memang ramai yang pakai basikal yang ada raga kat depan. So pandangan masyarakat tak de lah serong mana. Lagi kanak2 yang naif lagi comel yang bawak. Tak delah orang pikir bukan2.Tapi kalau sekarang lelaki pakai basikal macam gitu. Memang pelik beno. Aku pun malu nak naik!
Yang paling aku ingat sekali pasal basikal ni. Bila dah beberapa bulan guna habis semua skru2 tanggal sebab ganas beno bawaknya. Bukan sebab apa dah tiap2 petang main dengan kawan2 game aci basikal. LOL!. Instead of aci duduk. Kitorang guna basikal pulak. Maknanya kejar orang guna basikal. Disebabkan tak nak kena 'sep'. Habis aku redah semak samun, parit, ladang kepala sawit, lorong taman. Memang aku dah anggap basikal tu dah macam mountain bike dah. Owh! Forgive me my lovely bike..
So pada suatu pagi yang hening. Waktu nak pergi ke sekolah. Pulak tu lagi sepi2 lima minit nak loceng nak berbunyi. Memang kena bawak selaju yang mungkin. Tiba...
Raga terjatuh ke depan... - -". Aku rasa makcik yang tengah mengejar masa yang nak hantar anak dia guna motor pun terkejut sekejap. Dah lah time tu time turun bukit. Lagi lah dasyat aksi kejatuhan raga tersebut. - -". Tapi yang lucky nya nasib baik raga tu tak jatuh ke tanah. Kalau tak malu aku nak patah balik nak mengutip raga tu balik. Ke ke ke~~ Maybe basikal ni nak bagi tau yang dia dah fed up dapat tuan yang ganas macam gini. Hari2 kena dera. So buat aksi tak puas hati dengan memalukan tuan dia dekat khyalak ramai. - -"
Tapi sekarang basikal tu pun dah tak de. Rindu pulak. Ke ke ke~~. Tapi aku ada jugak pikir. Bila kita dah semakin meningkat usia, tua lah senang cerita. Ramai yang tinggal terus basikal. Sebab dah ada motor or kereta. Or senang cerita malas nak kayuh. Conclusion: Manusia semakin malas bila semakin tua.
Even aku pun dah lama tak naik basikal. So bila nak naik cuti nanti aku nak curi basikal nephew aku nak round satu taman sambil nyanyi lagu Pokerface. :P.
P/s : Lama dah tak buat aksi menggayuh tanpa pegang handle. Skil yang paling terhebat!
kikikiki..aku rs mcm prnah jd mcm ko je? bg aku dlu2 la kan, kalo beskal xde bakul mcm beskal tu bogel T___T dlm byk2 adik beradik aku, beskal aku plg byk kali tuka bakul..bese lah..rjin bwk buku byk2 kannn...HAHAHA
ReplyDeletecomey je naik basikal pusing taman nyanyi lagu pokerface!hahah
ReplyDeleteMiaHAHAHA.
ReplyDeleteRaga tu bleh jatuh plak..hadooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Ko amik balik tak raga tu? LALALA~~
@wanie
ReplyDeletepelajar mithali lah ni.. HAHAHAHA.. Mesti penuh bag dgn buku sampai nk letak dekat raga kan.. Cis!!!
@ little cart00n
Hahaha.. mau budak2 kat taman tu baling batu kat aku sbb menganggu ketenteraman awam..
@Umie Nadhirah
Dia melekat kat depan tu lagi.. tapi klu jatuh kena lah amik balik.. karang cacat basikal aku.. hahaha
salam.. takn berjaya.. i havent updated yet the tutorial.. salah sikit la tuto tu.. ni link sy bagi untuk cover balik. sorry, tengs 4
ReplyDeletetrying ^^
http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/09/letak-facebok-button-like-dalam-blog.html
@ PinQib
ReplyDeleteya ke??? Thanks sbb bg tau.. :))
Hahaha basikal..ingat lg beskal 1st ak dpt darjah 3...rase best n cool gile kayuh beskal keliling taman hehe...kt U pn ak ade beskal gk..tp dh kene curik beskal full houseku itu huhu T T
ReplyDeletehaha, dua skill aku takkan dpat buat smpai skang...
ReplyDelete1. bersiul..
2. naik beskal lepas tangan...
serius, betapa byk pon aku berlatih, dua mende ni aku mmg takleh buat...
takde bakat...
@star
ReplyDeletekesian.. mesti org tu jual sbg besi buruk je asikal ko tu..
@cEro
Yake?? hahaha.. apa kata cuba try cari tutorial bersiul dekat youtube.. mesti ada.. :)
hahaha tak mustahil,pasal U aku dulu tepi pantai,mmg senang karatla beskal ke motor ke..pape yg besila..tp beskal aku tu masih lagi dalam keadaan yg elok,sbb aku slalu bela die hehe
ReplyDeleteMasa kat Malaysia, aku praktiskan tak pegang handle motor. Kat sini aku try lepas handle basikal pulak...
ReplyDeleteHasilnya cukup menggagumkan dan memberangsangkan kerana aku jatuh dengan bergayanya ibarat nangka busuk yang gugur kelayuan.
wahahahahaha
ReplyDeleteanimation!!!!