Sunday, July 18, 2010

Tak Muntah Ke Dengar Banyak Kali??

Lalalala~~~~

So macam mana dengan hari Sabtu korang? Enjoy tak??!! Mesti enjoy sakan buat aktiviti2 masing2. Berbeza dengan aku, hari ni adalah hari yang paling tak produktif rasanya. Tak buat kerja langsung!! Tido,online, makan, tido, online, makan. Itu je kerja yang aku buat hari ni. Padahal assignment dah ada next week nak hantar. Tapi malas gila lah jari nak menekan kalkulator bagai. - -". Takpe2 malam sikit lagi aku buat lah ye.. Hopefully!!

Kali ni aku nak cerita kat korang nih pasal satu lagu yang aku agak obses dengar sekarang. Tahap keobsessan nya tu macam kalau korang jadi rommate aku korang boleh muntah kuning dengar aku asyik ulang2 macam takde lagu lain kat dunia ni. Sebab dah lebih 2 minggu aku asyik dengar lagu ni!! Kalau sehari ulang 20 kali kalau 2 minggu??? 280 kali++!!! Gila banyak.. 

So, tanpa perlu aku nak berdolak dalih, meh aku kenalkan lagu apa yang aku dok gila dengar tanpa sebarang unsur jemu pun sampai sekarang. Tada!!!


Seperti yang korang nampak dengan jelas kat dalam gambar tu. Lagu tersebut ialah 'Bad Girl Good Girl' from group Miss A!!(Bukan ciplak lagu Rihanna!!). Jangan tanya aku kenapa nama group diorang macam tu. Sebab aku pun tak tau. By the way group ni berasal dari Korea ye. Bukan dari Malaysia. - -" << Obvious gile!!

Sekarang mari kita mulakan sesi kenal mengenal. Sebab part ni penting. Kalau korang tak tau nama diorang nanti kalau jumpa diorang ni kat pasar malam ke, Giant ke tak kan nak jerit 'Woi!!!' ataupun 'Yuhuuu!!'. Sungguh tidak sopan!. Last2 korang melepas peluang nak tangkap gambar dengan artis.


Mari kita mulakan dari bahagian kiri ye adik2.. Start dari wanita (ce.. wanita!! hahaha)  berambut pink ye. Jia, Fei, Min, Suzy. See!!! Mudah bukan nak ingat nama diorang ni!! Lagi senang daripada nak hafal 150 nama2 pokemon.

Serious!! Bila aku tengok perempuan rambut pink tu teringat satu karakter cartoon dalam cerita Sailormoon.

  Sama kan? Sama kan? Especially warna rambut!!

Ok! Lupakan perbandingan yang nonsense tu. Kali ni aku nak buktikan kat korang group ni memang elastik gila!!! Se elastik getah pengikat rambut!! 

Bukti Keelastikan #1


Amik ko!! Ni kalau buat pembaris pun boleh nih!!. Kalau lupa bawak pembaris masa exam. Boleh guna kaki ukur. Hahaha. Kalau ni pun korang still tak impress tengok next bukti pulak.

Bukti Keelastikan #2


Gila!! Ni serius elastik tahap extereme. Aku kalau try buat macam ni. Mau masuk hospital sebulan. Sebab bontot beralih ke depan. - -"

Bukti Keelastikan #3


Tengok!! Pakai kasut tumit tinggi lagi boleh buat gaya alah macam ni. Aku rasa renungan mata dia seolah2 mengatakan  'Boleh ke korang buat macam ni??'*Baca dengan nada keji*. 

Bukti Keelastikan #4

Teknik lengkukan kaki bentuk 'V'. Lagi satu korang tengok! Tebal gila tumit kasut tu. Kalau tonyoh sekali kat muka korang. Mau bisu!!!! Trauma tak nak cakap setahun.


Cukup2 lah aku tunjuk 4 bukti je. Nanti aku letak banyak2 kang. Ada pulak yang nak try!! Jangan sesekali mencuba aksi tersebut di rumah. Nanti ada yang lumpuh dari pusat ke kaki kang.

Memandangkan aku suka sangat lagu ni. Aku teringin sangat nak nyanyi sama2 dengan diorang. Yang versi remix punya. Bangga kut rakyat Malaysia kalau aku berjaya rakamkan lagu remix 'Bad Girl Good Girl' ni. First Malaysain tuh!!. Hahaha. So atas tujuan tersebut, aku dah siap2 design cover album versi tempatan untuk diedarkan di Malaysia nanti. 

Tada!!!



Smart tak aku buat concept warna rambut biru.??
Miahahahahahaahahaha~~~~~~

P/s :
Kalau nak tengok video lagu tu boleh klik kat SINI
Kalau nak download lagu tersebut boleh klik kat SINI
Kalau nak dengar lagu tersbut secara live boleh dengar dekat sidebar blog ini

Harap maklum.

14 comments:

  1. Amboi melampau gle byknye ko dengar lagu tu1mmg kesian kt room8 huhu...
    bsungguh2 nmpk promote lagu nih,siap bg link lg...
    ps:sabtu ahad mmg hr utk ak mbuta spjg hari,qadha tido...zzz

    ReplyDelete
  2. haha .
    aku pun same .
    kalau dah suka certain lagu ,sampai berdarah telinga dengar pun sanggup .
    haha .

    ReplyDelete
  3. @ star
    Hahaha.. aku ni bak promosi2 mmg tak bole blah.. btw lagu tu mmg sedap.. haha..

    aku dah bazir beberapa hari dah dgn uat kerja tak faedah.. T T

    @amirahsamat
    Wah!! Sama lah kita.. ingatkan aku sorang je yang mcm ni.. :)

    ReplyDelete
  4. kah kah kah tak boleh blah kaki lurus gila bontot boleh beralih ke depan pulakkk :D

    hadoii

    ReplyDelete
  5. Terus download..

    HAHA ^__^

    WZulhilmi suka yg rambut pink tu erk?

    ReplyDelete
  6. aku tetap sokong suju.dah kumpul duit nak pegi korea ni kalo suju tak buat super show lgi.hahha.band lain, rejekkk.haha

    ReplyDelete
  7. @diraja22
    ni namanya minat yang berlebiihan sampai dgr beratus2 kali - -"

    @zither
    betul!! sebab bontot dh terseliuh sbb nk buat adegan ngeri.. (tulang dh keras sgt!!)

    @shiyda
    Betul2!! mmg tak dinafikan.. :)

    @Umie Nadhirah
    wau!! tak sia2 aku bubuh link.. hahaha
    Dulu minat pink.. tapi skrg suka yang rambut pendek tu.. Min nama dia.. hahaha

    @cracked bunny
    Insaf2 lah dgn suju ko tu.. tak lama je hayat diorg tu. Bubar lah nanti.. skrg pun problem byk bagai..

    @Fay Nana (Cik Fana)
    ni addicted cara yang sihat.. Sihat ke utk telinga??

    @wanhani
    Yes!! ada geng!! :)

    ReplyDelete
  8. ^__^ haha ganas-ganas wanita nih.. ^__^ nak try dengar lagu die..




    Aiz latest entry
    Aiz return.. haha.. memang takleh blah

    ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

    ReplyDelete
  9. ggaagagagaaa... xpwasan ko pun ader kt gamba last tu..huhuu...
    hak3x...bab caption gamba ko mmglawak lar.. boleyh eh, bontot beralih ke dpn..hahahaakk..

    ReplyDelete
  10. @ AiZ
    Elastik kan?? hahaha.. ni klu masuk gimrama confem menang!! hahaha

    @ishiko
    Kenapa tak nampak?? penat edit... T T

    ReplyDelete